Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!