Isnin, 31 Julai 2017

Pesakit kanser Leukimia perlu amal B complex.

Julai 31, 2017 0 Comments
Salah seorang kawan saya baru dapat berita beliau mengidap kanser darah putih atau nama lain adalah Leukimia.

Beliau terpaksa menjalani beberapa sesi kimoterapi yang telah ditetapkan oleh pihak hospital

Mungkin kerana baru peringkat awal maka kedengaran suaranya ceria dan yang penting kawan saya yakin dia akan sihat semula insyaALLAH.

Beliau sempat share yang pihak hospital benarkan beliau pulang untuk seketika dan sambung semula sesi kimoterapi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Semasa sesi discharge, beliau sangka beliau akan bawak pulang berpeket-peket ubat kanser tapi sangkaan beliau meleset sama sekali. Ini kerana pihak hospital hanya membekalkan vitamin B Complex sahaja.

Tahu tak kenapa B complex? Sebab Vitamin B complex diperlukan oleh badan untuk membina sel darah merah. Ditambah pula kawan saya ni kekurangan sel darah merah.

Ya kita sendiri walau tidak sakit perlukan  tetap memerlukan vitamin B Complex. Ini kerana Vitamin B tidak disimpan di dalam badan kerana sifatnya larut air. Maka ia mudah musnah disebabkan sakit, stress dalaman, moody dan disebabkan kepanasan.

Vitamin B atau lebih dikenali juga dengan nama B Complex adalah vitamin yang penting untuk bina darah, untuk saraf, keseimbangan sistem tubuh termasuk otak, membantu dalam konsentrasi, mood yang baik dan tidak kurang juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan.

Malah untuk atasi masalah rambut gugur juga memerlukan vitamin B complex. So sebab tu jangan pandang remeh tentang vitamin ini.

Ya ada orang mengaitkan vitamin B Complex adalah vitamin yang buka selera makan, namun ia tidak membuatkan kita gemuk jika amalkan B complex kerana hakikatnya ia bantu meningkatkan metabolisme so orang yang metabolisme nya tinggi insyaAllah berat tak mudah naik.


So jangan lupa amal B complex tau. Banyak manfaatnya!




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Nak rawat kulit yang kusam

Julai 31, 2017 0 Comments
Kulit yang terlalu kering akan mudah menampakkan wajah kita lebih tua dari usia yang sebenar....begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berkilat dan tidak menyenangkan.



Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi kedua-duanya... namun satu yang saya perasan...memakai satu jenis sahaja bukan mudah nak dapatkan keseimbanganya kerana banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkankan. Antara faktor yang dimaksudkan ialah





Cara hidup seharian;
Ya jika terdedah dengan panas terik...tak mustahil kulit akan mudah nampak berminyak kerana peluh tadi. Jika duduk seharian dalam pejabat yang memakai pendingin udara boleh mengakibatkan kulit jadi kering dan mengelupas. Elakkan tidur lewat atau tak tentu masa kerana ia boleh mengganggu hormon tubuh kita dan akhirnya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Pemakanan;
Apa yang kita makan memberi kesan pada kulit wajah sebenarnya...sebab tu masih saya ingat tips seorang lelaki yang punya kulit cantik masa zaman belajar dulu...beliau kata nak kulit cantik kurangnya makan cili. Ya pemakanan yang berminyak akan menyebabkan kulit kita mudah menjadi berminyak. Sebab itu ada sesetengah penjaga kecantikan mereka amal makan Vitamin C, Vitamin E dan B complex untuk kulit yang cantik.


Pengambilan air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakala terlalu manis juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah tanpa kita sedar. Pengambilan air kosong sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Penggunaan pencuci muka dan alat kosmetik
Yes pencuci muka perlu ada kesesuaian. Bukan sebarangan. Bagus jika dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ia bukan asli. Selain itu alat cuci atau nama lain make up remover perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi.


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit akan buatkan kulit jadi lembab tapi sayangnya bila bangun tidur kulit jadi terlalu berminyak. So perlu tengok semula kondisi kita dan persekitaran. Saya sendiri akan pakai krim pelembab bila tidur dalam aircond bila travel. Kalau di rumah aircond tak berapa kuat seperti di hotel maka keperluan itu tidak sangat seperti travel.


So sebenarnya ada banyak faktor...semua kena pertimbangkan. Next entry...vitamin yang bagus untuk kulit.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Julai 2017

Kebaikan mengundang barakah.

Julai 29, 2017 0 Comments

Duit biasa menjadi ukuran setiap hari...walhal tanpa kita sedar duit datang bukanlah hanya  sebab usaha semata-mata tapi asbab barakah.

Ada orang pergi kerja sama dengan kita, buat kerja pun tak banyak beza dengan kita ...dapat gaji sama tarikh dengan kita....kenapa dia terpilih jadi pekerja cemerlang? Mungkin sebab dia berkhidmat untuk mak ayah dia, maka barakahnya Allah pilih dia dapat anugerah pekerja cemerlang.

Ada orang kerjanya biasa-biasa aje. Ada yang sampai pencen tak naik pangkat. Tapi semua anak-anaknya berjaya masuk universiti. Mungkin kerana asbab barakah , sepanjang bekerja dia tak pernah menular, tak pernah masuk lewat...cuma sebab tak banyak kemahiran tak dapat naik pangkat. Namun rezeki datang dalam bentuk anak yang berjaya. Anak berjaya ni tadi dapat kerja yang bagus, hari tua dia bahagia kerana rezeki datang dari anak-anak.

Hakikatnya ada banyak asbab yang mengundang rezeki hebat disebabkan barakah ; antaranya

Menjaga kebajikan mak dan ayah termasuk keluarga mertua.

Menjaga kebajikan keluarga sendiri

Menggembirakan hati suami, anak dan mak ayah.

Berkhidmat untuk mak ayah

Banyak bersedekah

Banyak membantu orang

Menghormati hak suami dan anak-anak

Menghormati masa keluar masuk pejabat.

Menghormati masa bekerja.

Menjaga amanah dan bertanggungjawab.

Jika berniaga , amanah dan tidak menyeleweng.

Dan banyak lagi sebenarnya....



Ya , usaha tetap perlu usaha namun jangan lupa bertawakal.



Hakikatnya dunia bukan berkisar pada diri kita sahaja. Ia melibatkan diri, keluarga dan masyarakat. Membuat kebaikan pada semua dan menjaga keseimbangan alam akan mempunyai barakahnya tersendiri.

Barakah....sedikitnya  mencukupi dan banyaknya penuh keberkatan.


Paling utama...

Kena sentiasa bersyukur kerana asbab bersyukur tadi mampu mengundang lebih banyak rezeki. Dan ingat, rezeki bukan hanya duit tapi kasih sayang, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan rahmat yang sangat luassssssssss. Allahu akhbar!





Jumaat, 28 Julai 2017

Cerita cempedak dan rezeki

Julai 28, 2017 0 Comments
Semalam beli cempedak goreng. Agaknya dah musim sebab akak yang biasa jual goreng pisang dah mula jual cempedak goreng.

Akak tu jual 3 biji RM2. Memula memang rasa mahal. Tapi bila tengok ulasnya besar , senang la hati bayar. Memandangkan makan seorang aje [ suami dan anak-anak tak berapa minat] saya beli RM6. Bawak balik 9 biji.

Tak cukup dengan tu, saya beli sebiji cempedak yang beratnya 2 kg dengan harga RM16. Itulah tamak menguasai diri. Terasa nak makan sangat cempedak ...takut tak puas.

Dah semerbak satu rumah bau cempedak. Dalam kerisauan sapalah nak makan bila dah buka...saya usaha juga buka. Bersyukur yang amat sebab dalam cempedak yang saiznya seperti bayi 1 bulan.. adalah 3 ulas besar dalam tu.

Syukur sebab saya dapat makan semuanya tanpa membazir.

Dan waktu tu saya kata, itulah adat berniaga...kalau si peniaga [ akak tu buat goreng]..maka ia hanya berharga RM2 sahaja untuk 3 ulas. Tapi bila jual satu biji harganya RM16.

Hakikatnya Allah dah tahu rezeki yang terbaik buat kita.


Saya sangat bersyukur kerana ada 3 ulas aje. Kalau ada banyak saya rasa ia akan busuk dan akhirnya masuk tong sampah juga.

Paling utama bersyukur. Allah tahu yang terbaik!


Peluang perniagaan di Miri Sarawak

Julai 28, 2017 0 Comments
Merungut dengan masalah ekonomi sekarang bukanlah jalan penyelesaian kan?

Mengapa kita tak usaha cari peluang bina masa depan?

Next week kami akan ke Miri Sarawak untuk share tentang Busuness Opportunity. Sesiapa yang berminat nak join dan nak tahu peliang bisnes yang kami jalankan dengan lebih details boleh pm saya atau suami Naquib Hussain di fb beliau.



Ada juga yang nak tahu bagaimana nak dapat percutian percuma atau mereka yang mencari sumber pendapatan tambahan dijemput datang.

Boleh juga whatsapp direct pada saya ;
www.wasap.my/60128535689





📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 Julai 2017

Tips agar anak kecil tak meragam dalam kapal terbang

Julai 24, 2017 0 Comments
Ya bila cerita naik kapal terbang, kita yang nak travel memang sangat excited sebab naik kapal terbang bukan macam naik kereta [ ia bukan berlaku setiap hari] kecuali mereka yang ada urusan kena naik kapal terbang dengan kerap.

Saya sendiri pertama kali naik kapal terbang pada usia awal 20-an di mana berpeluang jumpa suami di Miri masa cuti semester kedua akhir. Seronoknya bukan kepalang.

Selepas itu menetap di Miri jadi bila suami ada kursus dapatlah peluang ikut sekali.

Namun selepas ada baby, ia tak semudah yang kita fikirkan ditambah bawa baby yang menyusu badan. Mana nak jaga baby dan mana nak jaga aurat ...semua kena fikir. Oh bukan itu sahaja, kita nak juga pastikan baby tak menangis melalak dalam flight kerana boleh ganggu ketenteraman orang lain juga.

Memang tips biasa yang saya dapat dulu...untuk ibu menyusu lebih mudah....di mana once kapal terbang nak take off, pastikan bayi menyusu. Kerana bila baby menyusu membantu tekanan bendalir dalam telinga kekal seimbang dan bayi tak meragam. Bagi yang tak menyusu badan, digalakkan berikan air susu atau air masak atau puting bayi supaya bayi berada dalam kedudukan menghisap...ini untuk membantu mengelakkan bayi rasa tak selesa terutama apabila ada masa telinga berdengung yang mengakibatkan mereka rasa sakit.



Ya ramai ibu ayah yang tak perasan bahawa anak menangis dalam kapal terbang antaranya disebabkan oleh rasa sakit dalam telinga apabila bendalir dalam telinga menjadi tak seimbang.


Oh tapi tak kurang juga, ada sesetengah bayi akan menangis dalam kapal terbang terutama kerana keadaan ramai orang dalam kapal [ crowded]
membuatkan mereka tidak selesa maka mereka akan menangis dan merengek.


Jika anak anda adalah kategori kedua, maka cuba amalkan tips ini ...Tips ni saya dapat dari seorang kawan. Alhamdulillah memang saya praktik sampai mereka besar.


Pastikan tarikh penerbangan.


Bagi penerbangan yang terancang contohnya cuti balik raya, cuti percutian atau apa sahaja yang kita dah rancang lebih awal kan?

Maka sebenarnya kita boleh alert kan anak kita tarikh itu dan selalu sebut pada anak supaya well behave sepanjang dalam flight.

Biasa saya akan sebut banyak kali  pada anak...

'Nanti pada tarikh ni kita akan naik kapal terbang tau. So ibu nak Addin dan Nasa well behave sepanjang dalam flight ya.' 




Dialog ni kena ulang dan ulang banyak kali supaya ia dapat diprogramkan dalam minda anak.



Alhamdulillah, mereka ni dari dalam hari lagi dah naik kapal terbang. Rezeki alhamdulillah.

Memang saya amal tips ni.

Moga ia membantu ibu-ibu yang nak bawa anak naik kapal terbang.


All the best!







Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?





 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689





♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati?

Julai 24, 2017 0 Comments
Dulu saya selalu confuse dengan 2 nama penyakit ni....Psoriasis dan Sirosis. Bunyi dekat nak sama tapi ia dua penyakit yang berbeza. Psoriasis adalah penyakit auto imun dan lebih nyata pada kulit. Sirosis pula adalah penyakit hati yang membengkak secara berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh tetapi  tidak teratur dan akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Apa fungsi hati dalam sistem tubuh badan kita sebenarnya?


  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.


Suami saya selalu ingatkan tentang pentingnya pengambilan Lecitin setiap hari. Ini kerana Lecitin dikenali sebagai agen pengurai lemak.

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati di mana ia mengikat protien yang menurunkan trigliserida dan meningkatkan tahap koletsrol baik dalam aliran darah. Hati kita memerlukan kolin yang menghasilkan lipoprotien berketumpatan rendah yang membawa lemak dari hati.

Maka Lecitin bukan sahaja bagus untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus, selain untuk program pengurusan berat badan, Lecitin juga membantu mencegah masalah hati membengkak dan hati yang berlemak.



Dulu saya amalkan Lecitin untuk daya ingatan dan kurus...tetapi sekarang lebih kepada kesedaran hati. Tak nak hati tersumbat dengan lemak dan akhirnya bawa banyak masalah kesihatan.

Anda dah ada Lecitin? Jangan lupa amalkan dan jadikan pemakanan sihat kita.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 15 Julai 2017

Mengapa Shaklee pilihan kerja part time saya di Universiti?

Julai 15, 2017 0 Comments

Bagi yang dah kenal saya, pasti tahu saya join Shaklee sejak 1999 yang mana saya buat sharing dan jadikan ia part time job zaman student.

Ya zaman student saya memang mencari sumber pendapatan sampingan tapi kerana saya tiada motorsikal atau pada saya nak naik bas hari-hari ke Mid valley atau seksyen 17 PJ untuk kerja tambahan banyak pakai masa dan duit. Maka oleh kerana itu saya pilih Shaklee.

Mengapa Shaklee pilihan terbaik saya?

Pertama ; produknya memberi kesan positif pada kesihatan saya. Sebagai pelajar yang selalu menghadapi migrain bila jarang diserang migrain pastinya menjadi satu nikmat yang sangat besar.

Kedua ; flexi time. Boleh dibuat bila-bila masa dan tanpa mengganggu masa belajar di Universiti. Malah masa bekerja sebagai guru juga saya jadikan ianya pendapatan sampingan yang boleh bantu keperluan kewangan ditengah bulan.

Ketiga; permintaan yang menggalakkan dan alhamdulillah kini dah hampir 20 tahun dengan Shaklee.

Keempat ; pembayaran bonus yang konsisten tanpa sebarang masalah disebabkan oleh kerana kestabilan dan kekukuhan syarikat.

Kelima ; produk yang mampu dibayar walaupun dari golongan student dan permintaan yang berterusan.


Rahsia berjaya? Buat berterusan tanpa jemu ❤️

Jumaat, 14 Julai 2017

Letak gambar dan tenung hari-hari!

Julai 14, 2017 0 Comments
Sapa tak suka melancong kan?


Semua orang suka melancong, berjalan tengok negara orang.

Walaupun ada pepatah mengatakan...hujan emas dinegara orang hujan batu di negara sendiri lebih baik negara sendiri.

Ya hebat mana pun tempat orang, tempat kita sebenarnya lebih best dan lebih baik sebenarnya.

Namun balik pada pepatah...Jauh perjalanan luas pemandangan.


Rata-rata mereka yang berjalan tengok dunia akan lebih luas cara berfikir dan cara bertindak. Sebab dah tengok pengalaman tempat orang.

Ya saya pun suka....namun kekangan adalah anak masih belajar di madrasah. So kena sabar dan tanam impian dulu.

So sekarang study aje dulu mana-mana tempat yang banyak sejarah dan membuktikan cantiknya ciptaan Allah.

Orang kata, nak sampai satu-satu tempat tu...tengok gambar tempat-tempat menarik yang kita teringin nak capai. Tak mustahil pun.

Letak la gambar tu kat dapur, cermin, pintu bilik...


Jom kita pilih gambar yang best-best...insyaALLAH one day kita pasti sampai!


Dulu saya letak magnet Hagya Sofia [ salah satu masjid di Turki] yang diberi oleh adik saya pada fridge. Sampai jatuh pun saya gam balik dan tengok hari-hari. Selepas 2 tahun saya dapat jejak masjid Hagya Sofia tu. Sampai sekarang saya masih tak percaya namun saya teruskan juga untuk tempat lain. Alhamdulillah ...ia boleh jadi kenyataan....



Bila tenung jangan lupa doa...Ya Allah izinkan aku jejak tempat ini.

InsyaAllah dapat!



Salah satu tempat yang ingin dijejaki ....... doakan ya!



Nanti cari gambar lain pula.




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 12 Julai 2017

Sekurang-kurangnya amalkan vitamin C

Julai 12, 2017 0 Comments
Vitamin C adalah vitamin yang kita tahu bagus untuk cegah penyakit...masa kecik mak pun biasa bagi kami makan Vitamin C dan minyak ikan 7 seas. Masih ingat mak kata kena makan vitamin supaya kulit tak de kudis dan jarang sakit.

Ya sampai besar pun kita tahu pentingnya vitamin C. Tapi tahukah kita Vitamin C adalah vitamin yang larut air? Bila kita expose dalam panas terlalu lama, vitamin C akan senang musnah. Bila kita stress atau moody juga buat vitamin C lebih mudah termusnah. Apatah lagi bila kita terdedah dengan asap rokok! Kalau kita tiada ahli keluarga  merokok dah satu bonus tapi kita masih terdedah dengan asap rokok orang lain bila kita keluar yang mana adakala mereka ni duduk sama dalam kedai makan yang kita juga makan di situ.

Sebab tu saya notis ramai orang sakit bermula dengan sesuatu yang kita tak sedar- stress dalaman. Bila stress, vitamin C dan B akan senang musnah maka secara langsung sistem imun menjadi rendah. Jika dah berlarutan, mula la nampak penyakit yang datang.




So nampak kan betapa pentingnya pengambilan  sumber Vitamin C dalam menu harian kita?

Kadang-kadang nak beli buah pun kena tengok masa ...tempat dan banyak faktor yang buatkan menu harian kita kurang buah-buahan.

Antara sumber yang kaya dengan Vitamin C adalah buah-buahan;


sumber google

Namun  kita juga ada pilihan... boleh juga tambahkan melalui makanan tambahan seperti supplement Vitamin C.

Mengapa perlu konsider untuk pilih Shaklee?

Sebab ......





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat nak dapatkan Vitamin C Shaklee? Boleh www.wasap.my/60128535689 untuk membuat pesanan.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

  Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Julai 11, 2017 0 Comments
Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 10 Julai 2017

Mencari vitamin ibu mengandung?

Julai 10, 2017 0 Comments
Ya ibu mengandung perlu cukup nutrisi kerana ia akan dibekalkan kepada baby yang bakal lahir. Malah bila disahkan mengandung doktor pasti akan membekalkan 2 vitamin utama iaitu folik asid dan multivitamin. Ini demi memastikan badan ibu kekal sihat selain itu juga ibu dinasihatkan mengamalkan pengambilan susu supaya sumber kalsium sentiasa mencukupi.


Ya Shaklee juga mempunyai set vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung; sumber dari WEBSITE SHAKLEE. 





Apakah kebaikan setiap vitamin di atas?



Reference:
1. Folic acid to reduce neonatal mortality from neural tube disorders, Hannah Blencowe et al, 
International Journal of Epidemiology 2010;39:i110–i121 doi:10.1093/ije/dyq028
KKLIU 1084/2017
*Please consult with your doctor, or midwife, before using any supplements while pregnant or nursing.
*These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
This is a supplement product advertisement.

Berminat nak order ? Boleh terus www.wasap.my/60128535689, produk boleh terus dihantar ke lokasi anda.


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Julai 2017

Smoothie setiap hari dengan blender Shaklee

Julai 08, 2017 0 Comments

Bersemangat buat smoothie sekarang terutama dengan blender Shaklee yang ringan dan portable.

Tadi petang teringat buah oren dalam fridge, amik beberapa ketul ais, tambah sepeket Nutriferon masukkan sedikit air sejuk dan blend.


Memang bersemangat minum. Minuman kesihatan yang berkhasiat!

Kaya dengan serat dan vitamin !


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 5 Julai 2017

Jangan bagi kulat tumbuh dalam bisnes kita.

Julai 05, 2017 0 Comments
Baru-baru ni kami balik ke condo kami yang dah lama kami tak jengah....

Berhabuk tu normal...maka kedatangan kami waktu tu kerana nak kemas rumah. Nak buang semua yang patut dan pindahkan sesetengah baru ke rumah baru kami.

Satu yang saya kena buat bila bersihkan rumah condo ialah membersihkan kerusi sofa kulit diruang tamu.

Memula dulu saya heran kenapala boleh berkulat....

Then suami explain....kawasan rumah kita ni sejuk. Bila sejuk dan suasana yang setengah gelap setengah cerah menggalakkan kulat hidup.

Ya sebab sejukkkkkkk........


Ops sama juga dengan bisnes tau.

Jika kita buat bisnes, tapi tak de input baru, tak pergi training tak contact mentor....memang akan lemau.

Itu beza dengan mereka yang banyak energy dan sentiasa positif. Mereka ni sentiasa eager nak attend training dan keep learning.

Malah yang lebih kagum ada yang datang dari jauh... [ luar kawasan training] kerana tahu ilmu itu perlu diusahakan bukan duduk termenung mengharap ilmu datang.



So bagi anda yang dah lama teringin nak belajar tentang bisnes Shaklee, jom attend. Form boleh didapati melalui dengan menghantar email kepada nnorita78@yahoo.com dengan tajuk : NDTFORM.


Peserta hanya limit kepada 60 sahaja. So jangan lepaskan peluang!


Hanya untuk ahli Euphoria!



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia