Keyakinan VS Kebolehan

Masih ingat tahun tu Addin berusia 6 tahun dan bersekolah di tadika di area Melawati.

Kebetulan tahun tu Addin dihantar masuk pertandingan membaca. Walhal masa tu Addin boleh membaca tetapi tidak lancar.

Jadi masa hari pertandingan dapatlah lihat gelagat peserta yang terdiri dari kanak-kanak tadika dari peringkat umur 4-6 tahun. Ia berlangsung di PWTC.


Kebetulan masa tu ada seorang kanak-kanak yang petah sangat bercakap dan membaca. Masa rehearsel suara kanak-kanak itu membuktikan kebolehan dia membaca. Kami sangat yakin dia boleh jadi pemenang utama kerana kefasihan dia.

Ya manakala Addin waktu tu kami hanya nak expose kan dia kepada suasana pertandingan. Tak harap apa2 kerana tahu dia masih merangkak lagi dalam membaca.


Masa giliran kanak-kanak hebat tadi dipanggil , beliau jadi gugup agaknya sehingga bila berada dipentas dia tak mampu nak membaca. Puas ayahnya naik sama ke pentas menemaninya disamping bertujuan nak memberi semangat. Hingga ke sudah dia tak membaca dan akhirnya turun dari pentas begitu saja.

Tibalah giliran Addin membaca di atas pentas. Bayangkan Addin membaca sangatlah perlahan dan boleh ibarat kura-kura yang sedang berjalan. Slow and steady.
Syukurnya audience waktu tu sangat sabar mendengar Addin membaca dan memberi sokongan untuk lihat Addin habiskan bacaannya.

Ya Addin mampu selesaikan pembacaan di atas pentas dengan jayanya. Alhamdulillah! Sebagai ibu saya sangat bangga. Dia berkeyakinan. Walaupun hanya membawa balik hadiah saguhati tapi dia mampu lakukan kerana keyakinan yang dia ada.


Waktu tu saya belajar sesuatu; hebat mana kita dengan kebolehan yang kita ada tapi kalau tak yakin memang tak ke mana pun.

Orang yang berjaya dalam bidang yg diceburi adalah kerana mereka YAKIN dengan apa yang mereka lakukan. Kerana atas dasar YAKIN mereka FOKUS dan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya!

Mengapa ramai yang buat sekerat jalan dalam usaha mereka? Jawapannya mereka sendiri tidak percaya dan yakin dengan impian mereka sendiri.

Anda percaya ( yakin) anda berjaya!


#shakleemiri
#shakleeputrajaya

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!