Sabtu, 17 Jun 2017

# Keunikkan Shaklee # Motivasi

Jangan hanya jadi juara kampung !

Dulu, dia komplen bila dia sedang menghafal Quran, kawan-kawan sekeliling bising dan ajak bersembang. Malah jika di rumah, dia lebih suka menyendiri mencari ruang sendirian untuk menghafal.

Sehinggalah satu hari abah Addin berkongsi cerita tentang Datuk Misbun Sidek...abah pun share la keunikan Datuk Misbun Sidek yang akan berlatih di tempat yang bising malah banyak tempat untuk menguji kekuatan mental beliau sepanjang dalam pertandingan.

Maka abah pesan pada Addin jangan jadi juara kampung. Juara kampung maksudnya dia hanya boleh jadi hebat dalam persekitaran yang dia suka sahaja [ yang tak banyak cabaran].


Sejak dari tu, Addin cuba menghafal dalam keadaan bising dan dia cuba fokus sebaik mungkin untuk menghafal Al Quran seperti tugasan yang diberi oleh ustaz beliau.


Syukurnya baru ni Addin dalam buat Khatam Mukhtar untuk 5 juzuk dalam masjid Nabawi bersama ustaznya. Alhamdulillah ustaz juga gembira bila Addin dapat membaca hafalan dengan lancar walaupun berada dalam masjid dengan pelbagai jenis ragam manusia.


Hakikatnya samalah dengan apa juga yang kita usahakan. Jika kita nak harap semuanya mudah, best, lancar dan tiada cabaran...hakikatnya kita hanya juara kampung aje.



Keadaan sebenar kita belajar dari setiap ujian, hinaan, penganiayaan manusia dan cabaran yang ada untuk menjadikan kita bukan hanya juara kampung tetapi juara diperingkat yang lebih tinggi. Ya persediaan mental kena kuat.

Sebagai muslim kita perlu berpegang pada Al Quran dan Sunnah dan yakin pertolongan ALLAH sentiasa ada. Allah tak pernah meninggalkan kita tetapi manusia ni sering lupa bila dia dapat nikmat Allah yang banyak.


Namun jangan lupa banyakkan berdoa semoga kita dipelihara dari segala fitnah dunia dan fitnah selepas kematian. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang dinaungi rahmatNya.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia