Sabtu, 17 Jun 2017

Jangan hanya jadi juara kampung !

Jun 17, 2017 0 Comments
Dulu, dia komplen bila dia sedang menghafal Quran, kawan-kawan sekeliling bising dan ajak bersembang. Malah jika di rumah, dia lebih suka menyendiri mencari ruang sendirian untuk menghafal.

Sehinggalah satu hari abah Addin berkongsi cerita tentang Datuk Misbun Sidek...abah pun share la keunikan Datuk Misbun Sidek yang akan berlatih di tempat yang bising malah banyak tempat untuk menguji kekuatan mental beliau sepanjang dalam pertandingan.

Maka abah pesan pada Addin jangan jadi juara kampung. Juara kampung maksudnya dia hanya boleh jadi hebat dalam persekitaran yang dia suka sahaja [ yang tak banyak cabaran].


Sejak dari tu, Addin cuba menghafal dalam keadaan bising dan dia cuba fokus sebaik mungkin untuk menghafal Al Quran seperti tugasan yang diberi oleh ustaz beliau.


Syukurnya baru ni Addin dalam buat Khatam Mukhtar untuk 5 juzuk dalam masjid Nabawi bersama ustaznya. Alhamdulillah ustaz juga gembira bila Addin dapat membaca hafalan dengan lancar walaupun berada dalam masjid dengan pelbagai jenis ragam manusia.


Hakikatnya samalah dengan apa juga yang kita usahakan. Jika kita nak harap semuanya mudah, best, lancar dan tiada cabaran...hakikatnya kita hanya juara kampung aje.



Keadaan sebenar kita belajar dari setiap ujian, hinaan, penganiayaan manusia dan cabaran yang ada untuk menjadikan kita bukan hanya juara kampung tetapi juara diperingkat yang lebih tinggi. Ya persediaan mental kena kuat.

Sebagai muslim kita perlu berpegang pada Al Quran dan Sunnah dan yakin pertolongan ALLAH sentiasa ada. Allah tak pernah meninggalkan kita tetapi manusia ni sering lupa bila dia dapat nikmat Allah yang banyak.


Namun jangan lupa banyakkan berdoa semoga kita dipelihara dari segala fitnah dunia dan fitnah selepas kematian. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang dinaungi rahmatNya.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 8 Jun 2017

Keyakinan VS Kebolehan

Jun 08, 2017 0 Comments

Masih ingat tahun tu Addin berusia 6 tahun dan bersekolah di tadika di area Melawati.

Kebetulan tahun tu Addin dihantar masuk pertandingan membaca. Walhal masa tu Addin boleh membaca tetapi tidak lancar.

Jadi masa hari pertandingan dapatlah lihat gelagat peserta yang terdiri dari kanak-kanak tadika dari peringkat umur 4-6 tahun. Ia berlangsung di PWTC.


Kebetulan masa tu ada seorang kanak-kanak yang petah sangat bercakap dan membaca. Masa rehearsel suara kanak-kanak itu membuktikan kebolehan dia membaca. Kami sangat yakin dia boleh jadi pemenang utama kerana kefasihan dia.

Ya manakala Addin waktu tu kami hanya nak expose kan dia kepada suasana pertandingan. Tak harap apa2 kerana tahu dia masih merangkak lagi dalam membaca.


Masa giliran kanak-kanak hebat tadi dipanggil , beliau jadi gugup agaknya sehingga bila berada dipentas dia tak mampu nak membaca. Puas ayahnya naik sama ke pentas menemaninya disamping bertujuan nak memberi semangat. Hingga ke sudah dia tak membaca dan akhirnya turun dari pentas begitu saja.

Tibalah giliran Addin membaca di atas pentas. Bayangkan Addin membaca sangatlah perlahan dan boleh ibarat kura-kura yang sedang berjalan. Slow and steady.
Syukurnya audience waktu tu sangat sabar mendengar Addin membaca dan memberi sokongan untuk lihat Addin habiskan bacaannya.

Ya Addin mampu selesaikan pembacaan di atas pentas dengan jayanya. Alhamdulillah! Sebagai ibu saya sangat bangga. Dia berkeyakinan. Walaupun hanya membawa balik hadiah saguhati tapi dia mampu lakukan kerana keyakinan yang dia ada.


Waktu tu saya belajar sesuatu; hebat mana kita dengan kebolehan yang kita ada tapi kalau tak yakin memang tak ke mana pun.

Orang yang berjaya dalam bidang yg diceburi adalah kerana mereka YAKIN dengan apa yang mereka lakukan. Kerana atas dasar YAKIN mereka FOKUS dan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya!

Mengapa ramai yang buat sekerat jalan dalam usaha mereka? Jawapannya mereka sendiri tidak percaya dan yakin dengan impian mereka sendiri.

Anda percaya ( yakin) anda berjaya!


#shakleemiri
#shakleeputrajaya

Rabu, 7 Jun 2017

Amalkan GLA bersama Omega Guard Shaklee

Jun 07, 2017 0 Comments

Selepas saya menonton satu video oleh seorang Doktor tentang vitamin yang bagus untuk kulit wajah... antara vitamin yang disyorkan adalah GLA atau nama panjangnya ialah Gamma Linolenik Acid. GLA juga adalah vitamin yang kaya dengan Omega 6.

Walau bagaimanapun makanan kita yang kaya dengan Omega 6 adalah terdiri daripada kekacang.
Pengambilan Omega 6 yang berlebihan boleh menyebabkan inflammation sebab tu orang yang suka makan kacang terutama kacang tanah mudah mendapat jerawat.


So apa yang perlu diambil bersama supaya dapat mengimbangi keperluan Omega 6 dalam tubuh?

Ya jawapannya adalah Omega 3. Mengapa Omega 3? Kerana Omega 3 berfungsi sebagai anti inflammation.

Jika kita amalkan secara konsisten pengambilan Omega 3 kita akan dapati kulit kita lebih sihat dan jerawat juga mudah kecut.

Ini pengamalan saya sendiri dan memang sangat puashati.


Jika anda pengamal vitamin seperti GLA atau EPO jangan lupa seimbangkan dengan pengambilan Omega 3 supaya dapat keseimbangan keperluan Omega 6 dalam tubuh.


Selasa, 6 Jun 2017

Nak makan vitamin waktu bila berpuasa?

Jun 06, 2017 0 Comments


Selalu customer akan tanya bulan puasa time bila nak makan supplement ya?

Ada 4 waktu yang boleh amalkan;
Selepas makan waktu berbuka,
moreh time,
sebelum tidur dan
waktu makan sahur.

Vitamin apa yang bagus di amal sebenarnya?

Vitamin asas untuk kita nak kekal sihat ialah Multivitamin@Vitalea, B complex, Vitamin C dan Protien @ ESP.

Nak kekal bertenaga boleh tambah
Performance drink.

Nak kekal cantik dan muda boleh tambah Kolagen@SCP dan Vivix

Nak kekalkan kesihatan jantung dan sistem imun boleh amalkan Vitamin E, Omega Guard dan Carotomax.

Nak kekalkan ketumpatan tulang boleh amalkan Kalsium@Ostematrix.


===========

Nak kekalkan kejayaan dunia dan akhirat, banyakkan zikrullah, mengaji, amal makruf nahi mungkar dan khidmat pada mak ayah.


Salam 11 Ramadhan

#ShakleeDistributor

Isnin, 5 Jun 2017

Siapa kata belajar Hafiz tiada masa depan?

Jun 05, 2017 0 Comments
Alhamdulillah sampai juga hajat nak merasa umrah pada bulan Ramadhan. Kami pergi berenam sahaja bersama Ustaz yang mengajar Addin di madrasah.

Ada beberapa perkara menarik yang kami belajar dari umrah kali ini.

Syukur juga sempat berkenalan dengan seorang bekas pelajar Madrasah yang Addin belajar sekarang. Beliau memiliki syarikat travel yang menguruskan umrah dan pakej pelancongan.

Beliau mendapat anugerah Dato' melalui perniagaan yang sedang beliau jalankan.

Ya siapa kata belajar Hafiz (belajar hafal Quran) tiada masa depan?


Selepas belajar Quran, beliau sambung belajar mendalami Bahasa Arab seterusnya menguruskan perniagaan yang diwarisi dari keluarga beliau.

Quran itu adalah asas yang perlu dipegang dengan kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan akan datang.

Sekurang-kurangnya mereka yang ada ilmu Al Quran hidupnya insyaALLAH terpelihara dari fitnah akhir zaman sekirana ilmu itu diamalkan sepenuhnya.


So bagi parents yang berniat nak anak belajar di mana-mana Madrasah, janganlah ia dijadikan satu asbab hanya untuk anak tidak nakal...namun niatkan agar mereka punya bekalan untuk hidup di dunia dengan asas agama yang lebih baik.


Zaman sekarang cabarannya sangat dahsyat dengan pengaruh dari luar...maka dengan tali Al Quran dan Sunnah la kita harapkan anak-anak ini hidupnya sejahtera, bahagia dan selamat dunia dan akhirat.

Umrah Mei 2017

First time buat umrah , gambar boleh ada dalam candid orang lain. Sebenarnya beliau nak ambil gambar ustaz beliau yang sedang menunaikan tawaf umrah. Kebetulan kami semua dekat...hehehe dapatlah dalam gambar jadi kenangan.....Umrah 2017.






 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia