Mahu anak behave tanpa gajet?

Mahu anak behave? Gadget bukan jawapan.

Suami saya kata; bila kita tarik mainan mereka seperti PSP, Game boy, ipod maka kita kena gantikan sesuatu supaya mereka kekal aktif.

Kelemahan gajet adalah mereka jadi taksub dengan mainan sehingga boleh hilang kasih sayang antara keluarga dan rasa hormat antara satu sama lain.

Maka kami gantikan dengan blok lego. Memang penuh rumah dengan lego.Selain itu belikan alatan sukan yang buat mereka kekal aktif. Raket badminton, Ping Pong, Trizer etc.

Bila keluar sediakan buku untuk penuhi masa lapang. Sibukkan mereka dengan membaca. Jangan lokek belikan anak buku. Nak mereka minat baca buku perlu spend masa dan duit beli buku atau rajin ke perpustakaan agar sentiasa ada bahan bacaan dirumah.

Jika keluar bawa buku bacaan yang ringan dan menghiburkan seperti komik namun perlu dipantau pengisiannya.
Selain itu sediakan kertas dan pen agar mereka ada benda yang boleh dibuat walaupun melukis.




Salah satu tips :

Beli kertas A4 1 rim. Amik 5 helai lipat dua. Stapler kat tepi jadikan buku. Sediakan banyak-banyak supaya mereka seronok menulis dan melukis.

Buat utk setiap anak. Jangan lupa bawa pensil warna atau magic pen.

Dengan cara ini mereka akan sibuk melukis dengan kreatif bila kita ada aktiviti luar.
Ada masa jadikan buku itu untuk aktiviti mengeja. Jadi anak akan seronok.


So all the best!

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!