Rabu, 3 Mei 2017

# Diariku # Shaklee Miri

Bidan import dari Miri

Seminggu lepas kami ke Miri atas urusan meeting Shaklee dan alang-alang kami import Bidan yang memang menjaga saya sepanjang berpantang masa melahirkan Nasa. Ramai juga yang kenal makcik ni... lebih mesra dipanggil Bidan makcik Masnah.


Dapatlah berurut dengan makcik selama beliau di Terengganu. Bidan ni dah berumur 80 lebih tapi masih kuat lagi berjalan.

Seronok juga bila rumah ada orang tua.

Ikut plan nak bawak mak datang sekali tapi apakan daya adik yang patut temankan mak datang ada sedikit kerja yang perlu disiapkan jadi makcik Masnah aje la yang meneman kami 4 beranak.

Memandangkan Addin pun bersekolah ulang alik dari madrasah maka nak bawak makcik jalan sangat terhad. Hanya dalam Kuala Terengganu aje.

Alhamdulillah sebelum balik sempat bawak makcik shopping baju raya beliau. Ya makcik ni dah macam nenek sendiri. Addin dan Nasa pun dilayan macam cucunya sendiri.

Untunglah mereka yang duduk Miri...jika nak berurut boleh cari makcik ni. Bayaran? Seikhlas hati. Dia tak minta ...ikut kita la berapa ikhlas yang nak kita hadiahkan.


Moga Allah panjangkan umur makcik bidan ni , dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan moga ada jodoh dapat datang lagi insyaALLAH.

Masa untuk pulang..... kami ke KL menghantar makcik bidan pulang ke Miri.








 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia