Untuk berjaya kena lalui "proses'?

Semalam saya dengar sharing dari leader saya kepada sideline beliau....tentang "Proses".


Satu topik yang menarik untuk dikupas.


Semasa kita sakit, kita sedar kita perlu melalui proses pemulihan untuk penyembuhan.


Melihat perkembangan anak baru kita sedar bahawa mereka juga melalui proses pembesaran.
Bayi mula dengan menangis, merangkak, bertatih, jatuh bangun bila nak mula berdiri dan berlari....ya mereka melalui proses tanpa rasa mengalah.





Paling mudah kita boleh lihat proses kejadian rama-rama.





Ya semua ada proses untuk dilalui.


Untuk kita berjaya dalam satu -satu bidang, kita juga perlu melalui proses.


Proses pembelajaran ini akan lengkap bila kita ada teori dan praktikal.


Ramai yang berjaya kerana menjalani banyak secara praktikal dan ini lebih membantu dalam membentuk cara kita berfikir, bertindak, bercakap dan banyak lagi.



Jika hari ini anda sedang menapak untuk mencapai impian...teruskan lalui proses dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka. Inilah yang membantu membentuk diri kita lagi 5 - 10 tahun akan datang.

Ya untuk berjaya dalam bisnes Shaklee, seorang distributor perlu belajar , menghadiri latihan dan seminar yang dianjurkan untuk belajar memahami tentang produk dan perniagaan, mempunyai mentor yang rapat dengan anda dan melalui proses berurusan dengan 1001 ragam manusia.


Hati perlu cekal dan positif dan kena bersangka baik pada ALLAH....insyaALLAH jalannya lebih mudah.


Jika hari ini anda masih di takuk yang sama...carilah mentor dan sama-sama belajar membangunkan diri. Semuanya bermula dari sikap dan tindakan.

Saya yakin anda juga boleh berjaya mencapai impian anda dalam Shaklee!


Saya doakan anda bahagia, sejahtera, selamat dan berjaya dunia dan akhirat!

All the best!

Catatan Popular