Hakikatnya yang tak best tak dizahirkan

Saya tertarik dengan gambar ini yang menggambarkan rahsia sebuah kejayaan.....


Apa yang orang tak nampak dengan sebuah kejayaan.

Ramai yang nak berjaya seperti si polan bin si polan kerana kejayaan yang telah dicapai.


Ramai yang nak hidup macam si polan kerana life freedom, money freedom yang dicapainya....


Ini kerana orang dah nampak hasil kejayaan si Polan.


Tapi apa yang orang tak nampak adalah usaha si Polan....pengorbanan yang dilaluinya.....dedikasi yang diberikan oleh si Polan...disiplin yang dilakukan oleh si Polan...kegagalan si Polan yang takde orang nak tahu....dan kekecewaan yang pernah dilalui oleh si Polan.


Itulah semua Proses yang membuatkan si Polan berjaya mencipta nama dengan sebuah kejayaan.


So jika anda give up dan ambil langkah mudah buat benda baru ....hakikatnya ending masih sama kerana sebuah kejayaan perlukan usaha, komitmen, dedikasi, disiplin, pengorbanan, kegagalan, kekecewaan dan kesabaran.


Ya dalam usaha jangan lupa doa pada ALLAH....bantulah aku dalam usahaku. Berikan aku kekuatan dan kesabaran dan masukkan aku ke dalam golongan orang yang berjaya dengan kejayaan yang besar.


Kejayaan itu datang dari Allah.

Jangan lupa dekati Allah setiap saat di kala senang dan susah semoga diberi kejayaan yang diberkati.







Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan Popular