Isnin, 9 Januari 2017

# Tazkirah

Anak cemerlang bila dapat perhatian.


Ibu yang sibuk
==========
Masa Nasa darjah 1 saya terlalu sibuk dengan bisnes. Sangat sibuk sehingga saya tak alert pun macam mana result dia di sekolah.Masa tu 2014 bisnes memang macam air bah.
Sampailah cikgu tegur kenapa Nasa tak pandai [ erti kata lain corot]
Dalam concern saya tak take action....sampailah hujung tahun. Nak masuk darjah 2...saya mula rasa bersalah.
Namun 1 saya selalu minta orang doa agar anak2 saya jadi anak yang baik dan masa depan yang baik.
Saya mulakan dengan doa. Saya mula beri masa mengajar kat rumah. Addin darjah 6 maka perhatian dah kena lebih sebab sorang nak amik exam dah.
Abah Addin dan Nasa pun buat jadual khas untuk mengajar mereka berdua.
Ya saya bekas guru dan punya diploma namun sapa kata senang nak mengajar anak sendiri kan? 
Setiap tahun akan ada cara dan teknik yang baru. So dalam waktu yang sama kena belajar juga dengan anak yang nak amik exam.
Abah ajar English dan Sains. Ibu ajar BM dan Maths.
Duduk kat meja dalam sejam or sejam setengah untuk belajar.
English dan BM diorang kena salin karangan aje. Setiap hari kena ada 1 salinan. Kalau mood saya tak berapa baik, banyak karangan yang kena salin.
Subjek Sains mencabar gak tapi kami akan tengok jawapan dulu kemudian baru mengajar cara jawab. 
Sama dengan Nasa....dia mula score English dengan 88/100 dan buat kami pun terkejut. Pandai pula dia jawab exam permulaan periksa tahun 2.
Addin ada improvement dari subjek banyak dapat C kepada B. Percubaan UPSR banyak tapi tak pernah satu pun dapat straight A's. Pada saya tak per dia dah cuba yang terbaik.
Anak-anak yang baik sebab tak merungut kena ikut buat training...ye la selalu turun naik kapal terbang. Ada habuan menanti setiap kali lepas kelas@ training saya.
Saya selalu tanam dalam minda anak saya, yang bagi A dalam peperiksaan bukan cikgu tapi Allah. So kena usaha amik hati Allah dengan rajin solat sunat, solat hajat etc. Mereka juga belajar mengaji surah lazim seperti Yassin, Al Waqiah dan Al mulk setiap hari.
Ya kena ada pengorbanan...nak anak berjaya kena ada masa untuk anak. Bukan bisnes semata dan tolak tanggungjawab pada cikgu sekolah sahaja.
Alhamdulillah Addin dapat UPSR straight A dengan izin ALLAH juga.
Nasa juga dapat anugerah pelajar cemerlang untuk kelas dia pada tahun 2015.
Apapun result periksa bukan penentu kehidupan mereka akan datang... tapi ilmu agama yang mantap adalah jaminan untuk mereka menjadi orang yang beriman dan alim, mudah-mudahan.



Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia