Selasa, 26 Disember 2017

Youth Shaklee... wajah lebih muda ?

Produk ini diberi khas untuk kami rasai sendiri perbezaan Youth Shaklee dengan semua produk kecantikan yang ada! Membantu mengatasi boleh kata semua masalah kulit wajah!

Ya semua kita ada tanda penuaan pada wajah dan tak terlelas juga golongan muda tapi wajahnya dah nampak berumur. Mengapa ia berlaku?
Sebenarnya banyak faktor. Salah satunya adalah pemakanan yang tidak seimbang.

Saya sendiri tidak terlepas dari masalah penuaan kerana umur juga makin meningkat.


So kita nantikan hasil Youth Shaklee ini selepas 2 bulan. Nanti saya share perubahan yang kami lalui.







Rabu, 20 Disember 2017

Youth Shaklee- Set Kecantikan Terbaru Shaklee

Sebelum tidur kita belek dulu hadiah yang Shaklee bagi hari ni....


Produk ni memberi jaminan 100% berkesan dan selamat. Wow!!!

Berminat nak tahu lebih lanjut? boleh hubungi kami di
www.wasap.my/60128535689/YouthShaklee.

Selasa, 19 Disember 2017

Youth Shaklee - Look Younger Longer

Alhamdulillah kami diberi peluang menjadi antara orang terawal yang dapat menggunakan produk kecantikan Shaklee terbaru iaitu Youth!

Set Premium Youth dijangka akan berada dipasaran Malaysia pada awal Mac 2018!

Apa yang unik tentang produk ini?

Youth adalah revolusi terkini dalam dunia kecantikan wajah. Dengan 8 paten sepanjang 8 tahun proses penghasilannya, Youth diformulasikan untuk menangani pelbagai bentuk proses penuaan termasuklah akibat cara hidup, persekitaran, kerosakan sel atau penuaan semulajadi.



Selepas sesi belajar guna produk, kami juga mendapat satu sesi make over khas Shaklee sediakan selepas menggunakan produk Youth.

Sesi ditutup dengan minum petang di bilik Orkid di Hotel Majestic.

Bilik yang sangat esklusif kerana dipenuhi dengan bunga Orkid hidup yang sangat cantik!

Ahad, 17 Disember 2017

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH



1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 13 Disember 2017

Perkara rumit yang perlukan kesabaran


Vitamin ni berbeza dengan ubat...dan apa yang diajar selama ini , ubat kita makan bila kita sakit. Vitamin kita makan untuk sihat.

Bila doktor bagi vitamin? Bila ibu mengandung dan menyusu...atau bila pesakit kelihatan sangat lemah dan perlukan supplement bagi menampung kekurangan nutrien dalam badan yang sangat ketara.

Bila makan ubat kita mengharapkan kita akan cepat sihat. Ubat memberi rasa tahan sakit dan kita dapat relax akibat menahan kesakitan. Namun ia tidak bersifat kekal. Habis masa, maka sakit akan datang semula. Namun bila keadaan terdesak...pesakit yang dalam kesakitan akan diberi ubat supaya ia dapat rehat [ tidur] dan dengan rehat yang mencukupi diharapkan sistem imun dapat bekerja semula dengan baik. Ini saya belajar dari doktor yang pakar dalam bidang nutrisi.

Berbeza dengan vitamin....ia diperlukan oleh mereka yang ingin kekal sihat.

Bila dah sakit kita mencari vitamin...badan perlu masa untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Vitamin yang diambil tadi secara beransur akan membantu memenuhi keperluan badan yang selama ini mungkin lompong dan menjadi simptom kepada penyakit.

Jadi hasil dari makan vitamin susah nak nampak 1-2 hari tetapi mungkin 1-2 minggu dan mungkin 1-2 bulan bergantung kepada kelompongan  zat vitamin dan galian yang badan kurang selama ini.


Sama macam mengait...perlu masa untuk siapkan sehelai pakaian. Nampak cerewet kan? Tapi percayalah berkat sabar hasil makan vitamin tu kita akan nampak juga dan adakala orang lain yang lebih perasan kehadiran kesan tersebut dalam hidup kita.







Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 12 Disember 2017

Tak sangka ianya adalah hasil 18 tahun dulu

Masa saya kecik ada satu pokok besar yang menghasilkan buah yang masam manis yang kami panggil buah kemang. Entah sapa yang tanam tapi pokok tu sangat la besar dan tinggi. Pantang dengar buahnya gugur kami mesti berlari amik dan kutip. Sedap betul bila arwah atuk potong dan taburkan gula dan peram dalam peti sejuk. Nanti bila makan rasa masam-masam manis dan ianya sangat sedap dan adakala buat sambal belacan...fuh memang terliur.

Mungkin ada yang tak tahu buah kemang tu apa...tapi selepas saya google...ia juga dipanggil buah binjai. Tapi arwah mak kata pokok ni dah tak de lagi kat kawasan rumah atok lama sebab dah tumbang...wallahu alam. Namun pada saya sangat bersyukur masa kecik puas juga makan buah ni.


Ya bila teringat pokoknya yang besar...saya pasti terfikir berapa lama agaknya ia ambil masa nak membesar setinggi sedemikian?Pastinya lama. Orang yang kutip hasil [ buah yang gugur] jarang amik peduli hal begini kerana ada yang menganggap ianya remeh.

Hal sedemikian berlaku pada saya...18 tahun dulu saya sign up Shaklee sebab nak cari penawar migrain teruk saya dan saya nak cari pendapatan tambahan masa belajar. Siapa la sangka berkat sabar dan istiqamah [ walau ada segelintir yang anggap lambat]  saya tetap bersyukur kerana ia menjadi kerjaya saya hari ini. Bangga bila orang tanya kerja apa? Saya akan jawab...freelance trainer dan health advisor.

Alhamdulillah hasil dari tindakan 18 tahun dulu, saya kini bekerja dari rumah. Alhamdulillah merasa jalan luar negara yang free [ ditaja] atau berbayar. Syukur alhamdulillah.


Ya apa yang kita usahakan dulu hasilnya baru kita raih sekarang. Jadi apa yang kita usahakan sekarang....yang pasti hasilnya kita raih akan datang.


So jangan dok termenung...usahakan sesuatu supaya ada masa depan yang terjamin.

Kita yang mencipta masa depan kita.


Shaklee Terengganu





Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 9 Disember 2017

3 Jenis Doa

Sambil buat kerja menggunakan PC tadi dengar la ceramah ustaz Somad dari Indonesia tu....boleh kata popular jugalah ustaz ni sekarang gara-gara orang selalu share ceramah beliau dalam whatsapp group.

Namun yang menarik perhatian saya adalah apa yang disampaikan oleh beliau....

Doa ini ada 3 jenis

1. Cash and Carry - Allah langsung perkenankan doa apabila kita berdoa.

2. Doa yang ditunda - Allah kurniakan yang lebih baik dari apa yang kita doa kerana Allah tahu yang terbaik buat kita.

3. Allah simpan apa yang kita doa untuk di akhirat kelak malah diberi dengan berlipat ganda banyak di akhirat kelak.



Maka tugasan kita adalah terus berdoa dan letakkan pengharapan pada Allah dan percayalah segala yang Allah beri adalah yang terbaik untuk kita insyaALLAH.


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 26 November 2017

Demi anak.....



Semua ibu hari ini sibuk, baik yang bekerjaya mahupun yang buat bisnes dari rumah.

Ya kita berusaha nak bantu keluarga dan kita juga mahukan yang terbaik buat keluarga.

Maka oleh itu sebagai ibu yang pastinya prihatin...ada beberapa perkara yang boleh dikongsi agar anak-anak dan kita sekeluarga kekal sihat.

Sebab bila anak sakit...semua kerja tak boleh buat. Kita akan runsing memikirkan hal anak.

So jom kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk anak dalam masa yang sama kita mampu lakukan apa yang kita usahakan dengan baik.

1. Memastikan anak makan makanan yang seimbang. Pastikan menu dalam seminggu adalah seimbang dan lengkap...ada hari kita sediakan ayam. Ada hari kita sediakan daging dan ada hari lauknya ikan. Ya ada anak yang suka sayur tapi ada yang tidak. Maka kita kena kreatif sediakan buah-buahan supaya anak kita tiada masalah sembelit.

2. Jangan lupa pastikan mereka mengambil supplement yang diperlukan untuk mereka membesar dengan sihat dan sebagai prevention awal. Hari ini kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit terutama bila kita membawa anak kita bersiar-siar diluar.

3. Kita perlu alert dengan tuala mandi anak dan cadar mereka. Ia perlu ditukar dan jangan biarkan mereka pakai sehingga berbau. Ini akan mendedahkan mereka kepada penyakit.

4. Pastikan kita menyediakan portion duit bulanan untuk bersedekah dan diniatkan pada anak. Selain sebagai pendinding dari segala yang tidak baik, moga sedekah itu membantu mereka sihat dan selamat. Moga sedekah itu juga melahirkan anak yang lembut hatinya terhadap kedua ibu bapa mereka.

5. Pastikan mereka minum air yang mencukupi setiap hari demi memastikan mereka tidak dehydrate. Punca demam dan penyakit kebanyakan adalah berpunca dari kurang bendalir dalam tubuh. Maka sangat penting mengambil tahu berapa gelas air yang anak perlu ambil sehari.

6. Jangan lupa pastikan persekitaran rumah bersih. Terutama tandas. Tandas ni kita tahu adalah tempat yang kotor. Namun kita tak boleh membiarkan ia menjadi lebih kotor dan menjadi punca merebaknya penyakit. Jika ada pembantu rumah, memang beruntung kerana ada orang yang boleh diharap untuk uruskan semua namun bagi yang tiada helper, kita perlu bijak menguruskannya agar anak kita berada dalam persekitaran yang bersih dan terjamin.

Pentingnya tandas yang bersih supaya kuman tidak merebak.



Ya banyak lagi cuma ini antara yang penting...

Sesungguhnya kita kerja memang untuk keluarga kan....dan kita mahu yang terbaik untuk keluarga. Jom kita usahakan yang terbaik.

Get Clean Home Care System


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Semangat yang tinggal....

Masa sangat cepat berlalu....dah lebih sebulan mak meninggalkan kami....

Ya, sesungguhnya Allah lebih sayangkan mak. Allah tahu yang terbaik buat mak....

Syukur kerana Allah beri kesempatan pada kami dapat khidmat kat mak sehingga saat terakhir....

Arwah mak orang yang kuat semangatnya....

Arwah mak hidup tanpa suami selama lebih kurang 20 tahun dan selama itulah arwah mak usahakan macam-macam nak menyara keluarga. Alhamdulillah ada adik beradik arwah mak yang membantu. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan.



Setiap kali teringat arwah mak...sebuah Al Fatihah kami hadiahkan agar tenang mak abah di sana.


Bila ingat arwah  mak saya pasti teringat cerita beliau tentang 'nilai' yang arwah pernah sampaikan....

Masa arwah abah baru meninggal, arwah mak layak dapat duit kebajikan sebagai seorang balu yang mempunyai 7 anak yang masih belajar.

Tapi selepas beberapa bulan menerima duit kebajikan ....arwah mak kata, ada yang lebih layak terima duit tu memandangkan arwah masa tu masih sihat tubuh badan dan ada kudrat untuk bekerja. Jadi arwah mak mula bekerja dengan kerja kilang dan selepas tu bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah di Muar.

Ya 'nilai' inilah yang membuatkan saya kagum dengan arwah mak. Seorang yang kuat jiwanya dan arwah mak merasakan duit kebajikan itu patut diberi kepada mereka yang lebih layak.

Ya arwah mak perlu bekerja untuk menyara keluarga selepas arwah abah meninggal dunia. Namun syukur kerana beberapa tahun selepas itu mak tak perlu bekerja lagi kerana telah ada anaknya yang mula bekerja dan membantu kewangan keluarga.

Ya kerana kisah inilah saya sendiri mempunyai impian untuk melihat setiap surirumah dan para isteri mempunyai pendapatan tambahan kedua setiap bulan dalam memastikan keperluan ekonomi dapat dijaga jika berlaku apa-apa yang tidak di ingini.

Tambahan lagi jika kita punya pendapatan tambahan, dapat juga kita hulurkan lebih kepada mak ayah andai mereka masih hidup dengan niat meringankan perbelanjaan harian mereka.
Andai mereka tiada lagi, dengan duit tambahan kita ada dapat juga kita buat majlis tahlil di masjid setiap bulan sebagai hadiah buat mereka di alam sana. Wallahu alam.


Al Fatihah buat mak dan abah...semoga mereka damai di sana.


" Ya Allah ampuni kedua ibu bapa kami. Luaskanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka,lepaskan mereka dari azab kubur dan jadikan kuburan mereka sebahagian dari taman-taman syurga dan jangan Kau jadikan kuburan mereka seperti kawah api neraka. Ya Allah kasihilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Amin ya rabbal alamin."





 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 November 2017

Apa yang kita percaya menarik ia berlaku dalam kehidupan kita.

Hari ni saya nak menulis tentang apa yang pernah saya lalui.... dan saya belajar dari kesilapan masa lalu.


Selepas habis belajar saya saya menghabiskan masa 2 tahun untuk cari kerja. Masa tu saya ikut suami pindah ke Sarawak. Kat sana pada saya yang tiada kawan hanya jiran rumah kiri dan kanan itulah rakan berbual saya.

Semua jabatan dan pejabat yang ada di Miri saya cuba minta kerja. Sana sini hantar resume. Tak ada yang response. Memang rasa sedikit putus asa. Paling teruk adalah apabila selepas mengaji saya akan rasa seoleh-seolah nasib tak menyebelahi saya. Memang adakala rasa kecewa tapi saya cuba juga atasi dengan mengaji pada malam hari.

Hakikatnya saya tak perlu pergi kerja pun sebab suami saya mampu untuk tanggung tapi saya rasa tanggungjawab pada arwah mak. Arwah mak meneruskan kehidupan dari seorang surirumah kepada pekerja kilang dan akhir sekali bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah sekolah di Muar untuk membesarkan kami adik beradik.

Maka saya rasa saya perlu usahakan sesuatu supaya saya dapat kirim sedikit belanja untuk mak. Dan saya rasa saya perlu usahakan sesuatu kalau tak sia-sia belajar sampai Universiti tapi tak dapat nak sumbang pada keluarga, agama dan bangsa.



Selepas satu ketika, Allah ilhamkan saya minta kerja sebagai guru tuition. Alhamdulilah nak apply guru tuition sangat mudah...dengan sijil SPM aje. Senyum lebar bila owner tuition centre puji result Matematik dan Matematik Tambahan saya mendapat kredit yang baik. Tapi sayang, gaji yang ditawarkan terlalu rendah dan tak setanding dengan masa bekerja yang ditetapkan.

Masa ni saya baru bangun dari lena yang panjang....bagus lagi mengajar tuition di rumah.

Ya suami sayalah tulang belakang saya....yang bantu nak ramaikan pelajar datang belajar di rumah.

Saya dah mula berani berangan untuk dapatkan pendapatan tuition beribu sebulan.

Ya sebenarnya kita akan dapat apa yang kita fikirkan. 

Fikiran itu sebenarnya mempunyai tenaga yang sangat hebat dan mampu menarik apa yang kita mahu datang kepada kita.

Sekarang baru saya tahu ini dinamakan Law Of Connection. Hukum Tarikan dalam bahasa Melayu.

Sambil saya mengajar tuition, saya beranikan diri apply KPLI. Saya dah membayangkan saya menjadi cikgu sekolah rendah.

Kuasa Allah , saya dapat panggilan interview dan akhirnya dapat masuk Maktab di Miri.

Makin lama saya tak dapat nak fokus... ya homework sebagai pelajar KPLI, tugas isteri dan seorang ibu dan masa mengajar tuition. Akhirnya saya fokus untuk menjadi seorang guru sahaja.


Bermulalah keyakinan secara perlahan-lahan mengubah jalan cerita hidup kami sekeluarga.


Kini saya faham dan lebih faham....Apa yang kita fikir mempunyai tenaga untuk menarik ia datang kepada kita. Kuat atau perlahan kuasa tenaga itu balik pada kekuatan dalaman dalam diri kita.

Ya dengan memperbanyakkan istighfar, berselawat, berzikir, mengaji dan amal makruf nahi mungkar akan membuatkan tenaga tarikan lebih kuat. Itu yang saya amati.


Maka sebenarnya cara untuk otak kita singkirkan perkara yang kita tidak mahu adalah dengan berkawan dengan orang yang sentiasa positif dan berkeyakinan pada Allah serta yakin segala aturanNya adalah yang terbaik. Selain membanyakkan melihat perkara yang baik, mendengar surah mengaji, dan mulut mengeluarkan kata-kata yang baik mampu menarik energi yang baik.

Sebab itu tindakan kita sangat dipengaruhi apa yang kita fikir.

Apa yang kita dapat hari ini adalah akibat tindakan kita.

Cuma kena ingat, nak berjaya perlu bertindak. Bukan hanya melihat dan mengeluh.


Selamat beramal.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Shaklee Terengganu : Resveratrol untuk kurangkan keradangan sendi?


Tahu tak produk ini adalah antara produk yang paling laris. Ini kerana ramai hari ini tidak lagi membandingkan harga apabila mereka tahu nilai dan kesan ke atas kesihatan.

Kami suami isteri memang mengamalkan pengambilan minuman ini setiap hari.

Ini kerana ia mengandungi resveratrol dan folifenol yang bagus untuk kesihatan.

Dengan gaya hidup hari ini resveratrol sangat penting sebagai satu usaha untuk mencegah penyakit.

Malah hari ini ada beberapa kawan saya yang belum berusia 30 tahun , yang mengidap penyakit yang kronik termasuk penyakit kanser.

Alhamdulillah dengan pengambilan resveratrol sangat membantu mereka beroleh kesihatan yang baik  dan beberapa testimoni kawan kami yang dapat recover dari penyakit mereka setelah mengamalkan pengambilan resveratrol.


Apakah kesan yang ketara boleh dilihat oleh orang yang sihat dan mengamalkan pengambilan resveratrol setiap hari?

Yang nyata ia membantu kita rasa bertenaga [ energetic] , kulit wajah lebih tegang dan kelihatan muda, tiada lagi masalah sendi dan tubuh cepat recover.


Ya bila sihat, kita boleh menjalan tanggungjawab kita dengan lebih bertenaga dan seronok. Sebab tu orang kata duit boleh cari tapi kesihatan tak dapat ditukar ganti.


So bagi anda yang ingin kekalkan kesihatan cuba amalkan pengambilan resveratrol dalam diet seharian dan rasai perbezaannya.


Berminat nak dapatkan promo produk yang kaya dengan resveratrol boleh terus hubungi

www.wasap.my/60128535689/resveratrol


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 24 November 2017

Mengurangkan lemak viseral dalam tubuh.


Ada tak produk yang menarik perhatian anda dalam gambar di atas?

Hehehe saya bukan nak cerita tentang Nutriferon tau...tapi saya nak share tentang produk yang kami amalkan iaitu Cinch Tea. Ianya adalah produk teh hijau Shaklee yang bagus untuk diamalkan kerana ia membantu memberi tubuh rasa lebih bertenaga.

Tahu tak salah satu kebaikan mengamalkan Cinch Tea ini ialah ia membantu mengurangkan lemak viseral di dalam tubuh kita.


Opss tahu tak apa itu lemak viseral ? Lemak viseral adalah lemak yang melekat pada organ dalaman manusia....


Ini antara contoh ;




Ini biasa kita lihat bila kita membersihkan seekor ayam yang hendak di masak di mana kita akan membuang organ dalaman yang tidak dimakan....


Namun amat menakutkan jika kita dapati organ hati kita juga sedemikian bukan?

Lemak viseral sangat merbahaya apabila ia semakin banyak melitupi organ dalaman kita. Apa yang sangat membimbangkan ialah lemak viseral menghasilkan molekul hormon dan keradangan yang dilonggok terus ke dalam hati dan membawa kepada lebih banyak reaksi keradangan dan gangguan hormon.


Ya sebab itu kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, aktivti senaman yang seimbang serta pengambilan vitamin yang betul.


Ya apa yang kita makan hari ini akan memberi kesan lagi 5-10 tahun akan datang....bukannya esok lusa.

Tapi ramai yang tak sedar.

Saya dah jumpa beberapa kes pesakit...oleh kerana tidak menjaga pengambilan makanan yang seimbang...kehidupan yang tidak seimbang serta tiada mengamalkan sebarang supplement...apabila mereka diserang penyakit...tubuh mereka mengambil masa yang sangat lama untuk recover.


Waktu itu untuk menyesal apa yang menjadi amalan ....tidak lagi memberi apa-apa makna. Mereka perlu melalui fasa untuk recover yang memeritkan malah adalah ia membuatkan mereka bertambah stress kerana mengharap proses sembuh itu berlaku dengan cepat tetapi ianya adalah sangat mustahil.


So wahai teman,kaka-kakak dan abang-abang,  ibu dan ayah....jom kita jaga pemakanan harian kita, pastikan ada aktiviti riadah sekeluarga dan mengamalkan vitamin yang betul demi memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang seimbang diperlukan oleh tubuh kita.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 21 November 2017

Tawaran menarik Vivix untuk November 2017!!!






Shaklee offer 2 botol Vivix hanya RM765.30 untuk ahli baru. Betapa beruntungnya kan?

Jika anda selama ini dah makan tapi tak jadi ahli lagi, jom ambil peluang jadi ahli bulan ni kerana tawaran ini adalah terhad untuk bulan November sahaja!

Bukan itu sahaja, layak dapat penghantaran percuma dan BONUS tunai! Wow!

Kenapa perlu tunggu lagi? Jom ambil peluang ini dan turut serta dalam training kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan bisnes.

Boleh hubungi kami di talian 0128535689 untuk mendapatkan Vivix promo ini!

Shaklee Malaysia
Euphoria Shaklee Training

Training di Johor Bahru.


Training di Pulau Pinang


Training di Kuala Terengganu



Training kepimpinan di Kuala Lumpur


Jom sertai kami!

Boleh hubungi kami di talian 0128535689 untuk mendapatkan Vivix promo ini!






Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 9 November 2017

Kerana langit tak selalu cerah.

Selepas JDT menang baru-baru ni...anak bujang kami obses nak letak jersey dia no 7 kepunyaan Aidil Zafuan. So kami bawa la ke kedai printing yang di miliki oleh 2 wanita muda. Baru berjinak-jinak dengan bisnes printing....So sempatlah saya interview sementara menunggu baju anak bujang kami di letakkan no 7.

Saya mulakan dengan bertanya berapa lama dalam bisnes printing ni? Dalam tak sedar baru nak jangkau 2 tahun. Bagus dalam hati saya kerana mereka cuba bertahan.

Kedai mereka terletak dalam bandar Kuala Terengganu dan hebatnya sewa kedai mereka sahaja RM2000 lebih sebulan dengan keadaan kedai yang kecik sahaja keluasannya.

Memandangkan mereka masih muda, saya kagumi semangat juang mereka.

Sempat juga saya bertanya...bagaimana keadaan bisnes mereka...adakah sentiasa meningkat atau adakala biasa sahaja? Pemilik kedai ini memberitahu...bisnes mereka juga ada pasang surutnya....bukanlah selalu ada sales yang banyak.

Jadi saya juga bertanya bagaimana mereka boleh cover semua kos kedai dan mampu bertahan selama 2 tahun?

Jawapan yang bagus dilontarkan.... Kerana langit tak selalu cerah maka mereka akan berjimat cermat bila mendapat sales yang banyak supaya duit yang disimpan itu dalam digunakan dalam masa kecemasan. Dan alhamdulillah sehingga hari ini mereka mampu bertahan walau hanya dengan bisnes printing.


Ya sebenarnya dalam kehidupan seharian...kita juga perlu memegang prinsip yang sama. Kerana langit tak selalu cerah maka kita kena sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Syukur kerana dengan bisnes online kami Euphoria Shaklee makin berkembang kerana ramai para wanita hari ini mempunyai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya mempunyai pendapatan tambahan bulanan dalam membantu ekonomi keluarga selain sebagai simpanan hari kecemasan.


Ya kerana langit tak selalu cerah....jangan lupa sediakan payung sebelum hujan.






Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 November 2017

Kenapa ramai ibu ada beg macam beg Doraemon?

Biasa kan kita pergi kedai makan atau restoren ...kita akan temui banyak keluarga yang semua ahlinya sibuk dengan handphone.





Tidak terkecuali kami juga. Cuma adakala bila datang keinsafan kami kurangkan aktiviti melihat handphone semasa menunggu makanan.

Paling dahsyat bila kena tegur dengan anak sendiri....

Kata cari duit untuk anak...tapi asyik sibuk dengan handphone aje ni.

Terus kami abah dan ibu ni simpan handphone dalam poket dan handbag masing-masing.


Ya sebenarnya ibu dan abah ni kena kreatif kan...


Bila tahu nak makan kat luar yang mana adakala kita perlu menunggu makanan untuk dihantar ke meja ...ada ruang kosong di situ. Masa itu perlu diisi supaya kasih sayang kita sekeluarga semakin erat.

Jika semua ahli keluarga sibuk dengan gadget masing-masing ....akhirnya akan wujud jurang tanpa kita sedar.

Jurang ini akan ditutupkan oleh anasir luar secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Ia akan nampak kronik bila anak itu terjebak dengan perkara tak elok. Nauzubillahi min zalik. Moga Allah jauhkan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.


Maka sebelum ia menjadi parah...kita kena usahakan sesuatu....


So dalam handbag ibu ni kena isi at least beberapa keping kertas dan pen untuk digunapakai semasa menunggu makanan sampai. Kertas, Pen atau Pensil dan pensil warna.



Antara aktiviti yang boleh kita isi bersama mereka adalah


Drawing [ melukis]

Mewarna

Ejaan

Mengisi tempat kosong melalui perkataan atau ayat.

Bingo



Ini kerana masa tu bukan lama pun tapi sangat berkualiti dan anak merasakan ibu bapa adalah kawan rapat yang boleh dipercayai. Mereka tak perlukan orang luar untuk menumpang kasih kerana tahu ibu dan ayah sentiasa ada bila bila masa mereka perlukan.


BINGO games

Jom kita eratkan kasih sayang keluarga kerana hari ini ramai ibu bapa sibuk cari duit untuk anak tapi sayangnya tak de masa untuk anak.





Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 5 November 2017

Shaklee Baby - Organik (semulajadi) , berkesan dan selamat.

Meyakini tagline Shaklee ; semulajadi, berkesan dan selamat menjadikan anak saya teruja dengan set Shaklee baby yang baru....




Ya kami beli 4 set terus memudahkan untuk dua anak bujang kami menggunakan tanpa risau kehabisan stok kemudian nanti.

Ya anak kami mempunyai masalah ekzema dari kecil, namun begitu kami prihatin dengan jenis pemakaian sabun dan lotion yang mereka perlukan memandangkan kulit mereka adalah jenis sensitif.

Buat masa ni mereka sangat serasi dengan set Shaklee baby ini dan kami amat berpuashati melihat kesan ke atas kulit anak kami terutama Addin.

Yes walaupun set ini mungkin khusus untuk bayi namun alhamdulillah ia memberi kesan yang positif setelah melihat Addin menggunakannya. Ini kerana Addin mempunyai masalah kulit yang kering. Maka dengan ini boleh saya katakan ia juga sesuai untuk orang dewasa menggunakannya.



Oh ya, tak lama lagi akan keluar set untuk orang dewasa pula....


So nantikan kedatangannya tak lama lagi






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 19 Oktober 2017

Tips mengurangkan rasa sakit senggugut?

Ada segelintir wanita mempunyai masalah senggugut yang sangat teruk terutama bila datang bulan     [menstrual] dan ia berlarutan dari bulan ke bulan.

Adakala masalah ini menyebabkan segelintir golongan ini menjadi tertekan bila masanya sampai.


Apa sebenarnya sakit menggugut... ia adalah sakit yang dilalui sepanjang proses menstrual berlangsung.
Ini juga dikenali sebegai 'period' oleh golongan wanita. Semasa menstrual, kontraksi akan berlaku sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini dikatakan menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindakbalas, rahim akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.





Saya sendiri melaluinya dahulu...dan ia adalah fasa yang kritikal terutama jika kita sedang bekerja atau menjalankan tugas yang digalas waktu itu.

Namun ada beberapa tips yang saya amalkan setelah mendapat info dari beberapa bahan bacaan....

Antaranya ialah

1. Amalkan minum air suam lebih banyak 7 hari sebelum kedatangan menstrual dan sepanjang menstrual. Ini memang dapat mengurangkan rasa sakit senggugut itu.

2. Elakkan atau kurangkan minum air yang terlalu sejuk kerana ia mengganggu perjalanan proses menstrual itu sendiri.

3. Amalkan minum susu sepanjang 7 hari sebelum kedatangan menstrual dan sepanjang proses mentrual bulan itu. Ini membantu pengaliran darah lebih baik. Jika alah dengan bahan tenusu, sangat bagus amalkan pengambilan supplement kalsium.*

4. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan seimbangkan dengan pengambilan Omega 6. Ini sangat membantu mengurangkan sakit senggugut sepanjang pengalaman saya amalkan pengambilan supplement ini.*

5. Tuam kawasan perut sepanjang rasa sakit akibat senggugut. Ini dapat membantu mengurangkan dan melegakan sakit semasa senggugut berlangsung.

6. Selain pengambilan pil penahan sakit adalah lebih baik kita cuba amalkan pengambilan supplement seperti B Complex. Selain mengurangkan rasa sakit ia juga membantu kita lebih ceria dan kurang rasa moody.*


Selamat mencuba!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.


 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 16 Oktober 2017

Kebenaran dalam kata-kata Imam As Syafie

Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."

- (Imam asSyafie)


"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".

- (Imam asSyafie)


"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"

- (Imam asSyafie)


"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"

- (Imam asSyafie)


"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".

- (Imam Syafie)


"Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."

- (Imam Syafie)


"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

- (Imam Syafie)


"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".

- (Imam asSyafie)


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''

- (Imam asSyafie)


"Jadikan akhirat dihatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu"

- (Imam asSyafie)


SUMBER:OMBAK73 via islamituindahhttp://www.islamituindah.com.my/2017/02/masyaallah-benar-kata-kata-imam-shafii.html


Khamis, 5 Oktober 2017

Sinus bukan perkara enteng - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu

Semalam belajar tentang sinus dengan doctor master sahamm... pentingnya pengambilan antioksidan dalam diet harian. Nampak macam tak penting tapi kalau sinus teruk boleh mengakibatkan sakit kepala yang teruk berterusan. Ini kerana inflamme menyebabkan peredaran darah terganggu.



Tips yang best doctor bagi ialah kumur dengan minyak kelapa muda ( VCO) awal pagi selama 15-20 minit untuk bantu kurangkan sinus.

Selain tu pengambilan resveratrol turut membantu supaya kawasan sinus tak mudah inflamme.

Ya kami amal Vivix setiap hari untuk dapatkan resveratrol.

Anda bagaimana?

Berminat nak tahu
www.wasap.my/60128535689/resveratrol

Rabu, 4 Oktober 2017

Apa sebenarnya Resveratrol? - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


Zaman sekarang orang sudah mula alert dengan kesihatan...malah ramai dah mula bercerita tentang resveratrol dan betapa pentingnya resveratrol dalam kesihatan pada hari ini.

Apa sebenarnya RESVERATROL?

Resveratrol adalah sejenis Polifenol yang dipanggil phytoalexin yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.


Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.


Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, rasberi dan kacang.


Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.


Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.


Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.


Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.


Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine , resveratrol membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.


Resveratrol juga terkenal sebagai agen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, reseveratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain-lain kesan penuaan pada kulit.


Resveratrol juga berperanan dalam meningkatkan ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.


Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resveratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.




Pengedar Shaklee Terengganu



Adakah Shaklee mempunyai vitamin yang kaya dengan resveratrol?  

Jawapannya ialah 


Pengedar Vivix Shaklee Terengganu

Berminat nak dapatkan Vivix? 

Boleh terus order melalui www.wasap.my/60128535689/VivixShaklee

*Dapatkan keahlian percuma dengan belian 2 botol Vivix. Lebih penjimatan!

#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 

Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 


♛ Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 3 Oktober 2017

Penat .... Letih.... datang dari hati? - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri

Mengapa ada orang yang jadual tidurnya hanya 3 atau 4 jam? Namun masih mampu bangun dan bangkit malam untuk menadah tangan pada Allah yang maha Esa.

Tidak kurang dari itu , siangnya penuh dengan tugasan pejabat yang tak pernah ada kesudahan?

Namun ada juga orang yang pulang dari kerja terus keletihan serta kepenatan maka tidurlah ia sampai terbitnya matahari esok.

Sebenarnya bila sesuatu yang kita usahakan itu ia melibatkan hati. Ia kunci kepada semua aktiviti yang kita lakukan.

Jika hati kita senang dan gembira...buatlah kerja lebih 8 jam pun...kita takkan rasa letih dan penat. Malah merungut jauh sekali. Kerana apa? kerana HATI kita gembira dan seronok.

Namun bila kita mula rasa penat, letih dan badan mula lembik....ia juga berkait dengan hati. Biasanya hati kita tak seronok dengan apa yang kita lakukan. Hati kita dibebankan dengan perasaan tak suka. Maka kita lakukan bukan dengan hati yang lapang.

Akhirnya kita akan banyak mengeluarkan kata penat.


'Saya dah penat,  orang asyik tanya aje...tapi belinya tidak.'

Pernah dengar dialog begini?

Dialog ini akan keluar dari hati yang berat untuk menjalankan tugasnya. Jika tugasnya membuat bahagian pemasaran...maka dengan ini boleh dikatakan individu ini membuat dengan hati yang terpaksa.
Pengedar Vivix Shaklee Terengganu


Tiada manusia yang bebas dari dosa. Sebab itu kita disarankan membaca istighfar setiap hari dan setiap saat mengingati Allah.

Sekurang-kurangnya istighfar membantu hati kita kurang dibebankan dengan dosa -dosa kita...secara tak langsung melapangkan hati dan kita mampu bekerja dengan hati yang tenang.



Adakala apa yang kita lakukan tidak dapat menghasilkan apa yang kita harapkan. Ya adakala kita perlu lakukan berkali-kali....namun akan ada 2 golongan ;

Pertama mereka yang mampu mengulangnya dengan sabar dan yakin pasti ada hasil.

Kedua, mereka yang dah merungut dan tidak mahu berusaha lagi.


Semuanya balik pada hati.


Sebab itu ada pendapat orang bijaksana berkata...buatlah perkara yang kita suka. Jika tak mampu cubalah suka kepada apa yang kita usahakan. Kerana apa? Supaya kita tetap bertenaga dan hati kita tenang.


Ya organ hati sendiri memainkan peranan besar dalam diri kita. Jika organ hati sakit...kita turut sakit. Akhirnya letih dan jika berlarutan kita akan terbaring menahan sakit.


Maka sebab itu baik hati [ perasaan ] atau organ hati perlu sihat. Sihat agar kita dapat beribadat.


Pengedar Vivix Shaklee Terengganu








Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 2 Oktober 2017

Bukan insurans untuk langgar pantang - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri

Dalam produk Shaklee, memang ada produk yang dinamakan Phytocol.


Ya ramai yang mencari vitamin ini bila mereka dapati kolestrol mereka makin meningkat. Mereka mengharap dengan pengambilan ini, kolestrol akan berkurang. Namun tahukah kita bahawa untuk mengawal kolestrol bermula dengan cara pengambilan makanan yang seimbang?



Ini pengalaman kami sendiri dan pengajaran buat kami juga.

Masa kami dapat lihat keputusan salah seorang staff yang amalkan Phytocol , kami sangat teruja nak amal sebab nak dapat result yang bagus tentang kolestrol dalam darah.

Maka kami sangat tertib dalam pengambilan Phytocol sebelum makan. Sangat berdisiplin.

Oleh kerana sangat berdisiplin, kami menjadikan Phytocol sebagai satu insurans dengan jaminan bahawa kolestrol akan terkawal.

Kami lakukan satu kesilapan apabila kami tidak menjaga pemakanan harian kami. Masih ingat masa tu kami sangat enjoy makan satay Muar. Makan tanpa berpantang dan makan dengan yakin bahawa kolestrol akan terkawal sebab dah makan Phytocol.

Rupanya kami silap dan sangkaan kami meleset sama sekali.

Bila cek kandungan kolestrol, ia tidak menampakkan sebarang perubahan pun. Kerana salah sendiri makan tidak berpantang langsung!


Bila tanya semula staff yang punya result bagus selepas amal Photocol, beliau pun share dalam beliau amalkan Phytocol, beliau juga amat prihatin dengan menu dan pengambilan diet hariannya.

Ini bermakna, jika kita nak dapatkan hasil dari supplement, banyak faktor turut perlu diambil berat.
Pemakanan yang seimbang.
Makanan yang kurang gula dan kurang garam.
Pengambilan air yang mencukupi mengikut keperluan tubuh badan.
Aktiviti harian yang sihat -riadah
Tidur yang berkualiti [ tidak terlalu lewat dan tidak terlalu lama]


Maka bagi pengamal supplement, jika anda mahukan keputusan kesihatan yang baik maka pastikan faktor di atas perlu diambil berat.

Maka jika anda tahu anda punyai masalah kolestrol yang tinggi, mulakan dengan pemakanan yang kurang berminyak, kurangkan pengambilan daging merah, amalkan sup dalam menu harian dan pastikan ada serat dari sayur atau buah-buahan setiap hari selain punya aktiviti yang sihat.


Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya secara langsung 

#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 

 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 1 Oktober 2017

Pengesahan HALAL produk Shaklee - Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu



Bila sebut produk dari oversea, pertama yang kita mesti nak tahu adalah sijil halal. 
Ya Shaklee hanya mendapat sijil Halal dari ISA [ Islamic Services of America] iaitu salah satu badan yang ditiktiraf oleh JAKIM untuk pengesahan produk dari luar negara. Ini adalah kerana produk Shaklee dikeluarkan diluar negara Malaysia.


Sijil halal ini akan direnew setiap tahun mengikut batch pengeluaran. Maka tak perlu risau dan boleh makan tanpa was-was.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya melalui www.wasap.my/60128535689


Kami akan cuba bantu anda yang ingin mendapatkan maklumat tentang produkShaklee dan jika ingin mengetahui peluang yang ditawarkan oleh syarikat.

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 30 September 2017

Nota dunia penyusuan susuibu ; jenis najis bayi


Saya terbaca dari wall jururawat ke rumah di fb dan ada nota menarik yang nak saya simpan di blog ini sebagai rujukan saya sendiri di masa akan datang....





Dah jadi ibu ibu ni, perasan tak kita dah jadi lebih teliti sampai najis pun kita nak belek. Busuk pun busuk lah janji bayi kita sihat.

Perasan kan warna najis bayi ni berbeza beza?


Jom kenali warna najis bayi berdasarkan dengan gambar di bawah.

1. NEWBORN ( BARU LAHIR)
- biasanya pada usia 1-3 hari.
- Hitam kehijauan
- Sedikit melekit lekit
- Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
- Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium
- Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
- Tidak busuk.
- Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. BAYI YANG MENYUSU BADAN
- kuning mustard/hijau/cokelat
- Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
- Kadang kala lembut atau sedikit cair
- Bertekstur seperti doh pastri
- Berbau wangi
- Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. BAYI YANG MENYUSU FORMULA
- Kuning atau cokolat
- Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
- Lebih kenyal
- Lebih besar
- Berbau kurang enak
- Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. BAYI KURANG HADAM
- Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. HIJAU
- Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
- Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
- Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. OREN, KUNING DAN COKOLAT
- Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.

7. DARAH HITAM
- Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
- Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

8. CAIR
- Hijau, kuning atau cokolat
- Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
- Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. KERAS
- Bayi sukar mengeluarkan najis
- Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
- Bayi mengalami kembung perut dan merengek
- Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
- Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. MERAH DARAH
- Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
- Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
- Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. MUKUS
- Berlendir
- Bewarna kehijauan
- Bermaksud ada jangkitan kuman

12. PUTIH
- Putih kapur atau kelabu asap
- Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
- Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Dah jadi ibu memang banyak ilmu kena belajar dan perlu menjadi lebih teliti dan berhati hati dalam setiap tindakan.

Jangan ambil enteng tentang kesihatan anak anak kita.


Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

#MalaysiaHomeMedicalCare











 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Pokok yang lebat buahnya - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri



Sesiapa pasti tertarik dengan pokok yang lebat buahnya....

Pokok itu  mula mendapat perhatian bila ia dah mampu mengeluarkan hasil yang sangat lebat.

Jika sebelumnya pokok itu hanya lebat daunnya...... hakikatnya tiada siapa yang endah.


Kecuali


memang ada hamba Allah yang memang berniat menanam pokok dan menjaga serta membajai sehingga mampu melihat hasilnya.


Sebelum berbuah, pokok itu dijaga dengan baik. Maka selayaknya dia menikmati hasil yang ada dari pokok tersebut.

Namun berapa ramai yang sanggup untuk menjaga sebuah pokok sehingga berbuah?






Hakikatnya pokok tak berbuah dalam sehari. Perlu masa dan kesabaran.



Namun jika tak diusahakan dari sekarang, agaknya bila nak nampak hasilnya?







♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 29 September 2017

7 Kebaikan Detoks - Pengedar Shaklee Terengganu dan Shaklee Miri


Pengedar Shaklee Miri dan Shaklee Terengganu


Jika dulu detox disamakan macam makan julap. Membuang semua yang tak diperlukan dalam badan dan ia adalah proses untuk kurus [ slim].

Tapi bila dikaji, detox adalah proses yang penting menyahkan bahan toksin dari tubuh agar tubuh dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

Suami saya dulu salah seorang peserta yang terlibat dalam program Detox Shaklee. Ya dengan pemakanan yang teratur mengikut saranan, pengambilan vitamin selain supplement yang membantu proses detox serta pengawalan gula telah menampak hasil pada berat badan suami saya.

Masih ingat lagi salah seorang perserta program mempunya masalah kelumumur yang sangat kritikal. Sudah puas cuba banyak syampu untuk atasi masalah beliau tapi tak nampak hasil. Namun selepas beliau turut serta dalam program Detoks Shaklee alhamdulillah perubahan yang ketara pada kulit kepala beliau selain kelihatan tubuh badannya semakin cantik.


Ada 7 manfaat yang boleh didapati apabila kita mengikuti program Detoks yang selamat dan terancang...iaitu antaranya :-



















* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa