Jumaat, 16 Disember 2016

Punca Sendi jadi ketat



Mungkin ramai kita tak sedar bahawa dengan meningkatnya umur secara langsung akan menyebabkan sendi kita semakin kurang elastik.
Bila ini terjadi kita akan mudah merasa sendi menjadi ketat atau kaku.

Ia boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan berlarutan.

Pengambilan Kolagen yang umum ketahui ia bagus untuk kecantikan dan keanjalan. Namun tahukah anda pengambilan Kolagen membantu sendi menjadi elastik semula?

Pengambilan Kolagen juga dikatakan dapat mengurangkan bengkak sendi yang biasa dialami oleh pesakit Arthritis.


Jika anda mempunyai masalah sendi, boleh cuba amalkan Shaklee Collagen Powder. Serius berbaloi!


Berminat nak dapatkan produk ini? Boleh membuat pesanan dari kami dan kami menyediakan konsultasi pada pembelian vitamin dari kami.

Boleh hubungi 0128535689

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Norita & Naquib



 

Isnin, 12 Disember 2016

Rindunya pada Rasulullah

Selepas wafat nya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.



 
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Salam Maulidur Rasul sempena 12 Rabiulawal.

Sabtu, 10 Disember 2016

Seminar penutup untuk Shaklee Euphoria 2016.


Alhamdulillah seminar penutup yang diadakan pada awal Disember 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kehadiran hampir 200 ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat pangkat telah menyemarakkan lagi semangat sesama ahli untuk berjaya dalam Shaklee.


Beberapa topik ditekankan dalam seminar antaranya

Siapa sebenarnya loyal customer kita?

Ada pangkat tapi tak kekal? Mana silapnya?


Bagaimana nak dapat tiket percutian percuma dengan Shaklee?


Alhamdulillah sambutan dan maklum balas yang sangat baik dari peserta.


Dalam ramai orang beri alasan untuk tak datang, saya kagum dengan mereka yang datang walaupun
ada yang dalam pantang....
ada yang esoknya anak nak sunat dengan kenduri
ada yang datang jauh dari tempat seminar.....
ada yang datang dengan seribu harapan, cabaran 
Allah memberi rahmat kerana menggerakkan hadir dalam majlis ilmu.
Semoga Allah memberkati usaha kalian...dengan menganugerahkan semangat yang hebat dan istiqamah untuk berjaya membawa ramai orang ke puncak kejayaan.
Berjaya bukan semua asbabnya usaha sendiri tapi kerana berkat menghadiri majlis ilmu.
Khidmat dengan guru juga boleh menjadi asbab Allah bukakan jalan kejayaan kata ustaz madrasah Addin.





Rugi jika jadi penonton saja....nak join group kami?


 Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 8 Disember 2016

Apakah permintaan si mati andai dia dikembalikan ke dunia?

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al Munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. 

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim. 

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.