Sabtu, 29 Oktober 2016

Jangan mudah kata orang salah!



 

Khamis, 27 Oktober 2016

Mencari jalan keluar kepada masalah?


Satu kisah yang bagus untuk kita ambil iktibar.

(Dikisahkan dan dipetik dari syarahan yang disampaikan oleh Sayyidil Habib Umar bin Hafidz, Mudir Darul Mustafa Hadhramaut Yaman)

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat bertemu dengan Syaikh Mutawali asy-Sya’rawi rahimahullah.
Kemudian Syaikh asy-Sya’rawi menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja di hotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

Syaikh asy-Sya’rawi kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”. Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu, “Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”. “Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

Syaikh pun berkata, “Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”. Setelah mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.



 Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi dulu, . “Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”. Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar. Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Kegilaan apa ini? “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.



Moga kita beroleh sedikit kebaikan dari cerita ini.

Ahad, 23 Oktober 2016

Orang sihat boleh makan vitamin?


Mungkin ada yang bertanya, kalau orang sihat dan memang sihat, ada ke vitamin yang boleh diamal?

Jawapannya ada !

Amik yang basic

ESP- membina dan membaiki protien sel.

Vitalea- multivitamin yg lengkap dengan zat besi.

B complex- untuk bina sel darah merah, anti stress dan penstabil emosi.

Vitamin C - meningkatkan imun sistem, menghapus radikal bebas, penting untuk kolagen tubuh.


Orang sihat boleh makan untuk kekal sihat. Kesan ketara yang nampak bila orang sihat makan? Sekurang-kurangnya rasa bertenaga dan SKIN COMPLEXION pun nampak lebih cantik tau!

So kenapa tak nak cuba kan?

Boleh call @ whatsapp 0128535689 untuk order !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Oktober 2016

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Bukan tak pernah terdetik dalam hati sebelum ni...cuma bila ia terdetik waktu yang tak sesuai...time nak tidur atau masa yang tak sesuai nak text tanya...jadi akhirnya ia terkubur aje macam tu.

Bertahun makan tapi tak pernah ada jawapan pun.

Namun kerana keyakinan dan pegangan saya selama ini adalah " Setiap majlis ilmu pasti ada ilmu yang baru aku belajar " .

Ya memang adakala kita ke majlis ilmu kita dapati kita ilmu yang sama atau kita pernah dengar tapi kalau kita amati pasti ada benda baru yang menjentik hati dan minda kita.

Ia berlaku pada saya last week...Dalam kelas Shaklee di Kuala Terengganu bila puan Nutritionist tu sebut 20 KALI GANDA dari VITAMIN C !

Saya terus besarkan mata tengok slide yang sedang dibentang....nak comfirmkan produk apakah itu?

Tahu ke produk apa?

Vitamin ini boleh menghapuskan 20 radikal bebas berbanding Vitamin C menghapuskan 1 radikal bebas!


Apa tu radikal bebas? Ia adalah sel jahat yang yang merosakkan DNA tubuh kita. Jika ia tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit dan paling teruk boleh sebabkan ketumbuhan atau kanser.



So balik pada vitamin  tadi....

Maka kerana kemampuan vitamin ni menghapuskan radikal bebas dalam badan. Inilah jawapan yang saya cari selama ini kepada soalan = Apa sebenarnya kekuatan carotomax berbanding vitamin c dalam melawan radikal bebas?

Nak tahu vitamin apa tak?

Vitamin itu ialah Carotomax !

So siapa yang memang rajin makan ...saya ucapkan tahniah! Kerana hakikatnya mereka yang mengamalkan carotomax bukan sahaja memberi mata yang lebih terang cantik dan bersinar tetapi dalam tak langsung membantu meningkatkan sistem imun badan menjadi lebih utuh.

Sebab tu vitamin ACE [ Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E ] adalah gabungan 3 vitamin yang kuat untuk hapuskan radikal bebas! Mereka yang mempunyai sakit kanser juga disarankan mengamalkan vitamin ini!

So jika anda nak cantik dan nak lebih sihat, selain mengamalkan pengambilan Vitamin C, apakata tambahkan juga carotomax! Worth to buy!


Jika anda mahu mata yang terang, lebih sihat dan bersinar dan mahu kesihatan yang lebih optimum, apakata tambahkan carotomax dalam list supplement anda.

Bagi yang amalkan Vitamin C tapi nak lebih mantop jom tambah sebotol Carotomax!



Serius tak rugi!


Boleh hubungi kami untuk dapatkan stok Carotomax hari ini!





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 18 Oktober 2016

Kisah buah ceri dan rezeki

Sambil kereta berhenti kerana trafik light merah sempat saya kalih pandangan pada pokok yang ada sebelah kiri saya ;



Dulu saya panggil ni pokok ceri hutan.

Biasanya yang makan burung tapi saya suka aje makan bila jumpa yang warna merah.

Ya saya cuba zoom lensa kamera handphone saya; nampak tak banyak buah ceri yang masak?

Waktu tu saya terfikir; rezeki ni sebenarnya ada dan tersedia sama ada kita terpilih untuk ke laluan yang mendapatkannya atau sebaliknya?

Jika ada burung yang hinggap pada pokok itu sudah pasti dia akan makan sehingga puas kerana banyak buah ceri yang masak.

Jika burung tu hanya lalu, maka ia mungkin menjadi rezeki makhluk lain? Siapa tahu kan?

Maka hakikat kehidupan ni kita kena doa, semoga Allah lorongkan kita ke arah kebenaran, kebaikan dan kejayaan supaya apa yang kita usahakan bukanlah satu yang sia-sia.

Segala yang kita lakukan adalah gerak Allah semata-mata, kita manusia tiada daya walau sekelumit zarah sekalipun.

Sama la cerita rezeki pagi ini, saya hantar produk pada customer yang mana sebenarnya selang beberapa rumah customer saya ada pengedar Shaklee yang aktif tetapi tersirat adanya rezeki saya maka sampailah ia kepada saya. Alhamdulillah, apa pun kita bersyukur atas segala nikmat dan rezeki kerana Allah jua tempat pergantungan yang abadi.

Isnin, 10 Oktober 2016

Specialnya bisnes ini dari dimensi saya

Ada yang nak cari vitamin, tak tahu nak beli vitamin apa ?

Ada yang nak cari pendapatan tambahan, tapi tak tahu nak buat bisnes apa?


Apa kata jom study atau risik pasal Shaklee.......


Apa yang best dengan Shaklee dan marketing plannya?



Shaklee ; syarikat yang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu milik.

Ya Shaklee mempunyai produk yang berkualiti, berkesan dan selamat. Bukan saya aje yang cakap tapi ianya dibuktikan melalui landmark study yang dibuat oleh pihak ketiga. Ada banyak produk vitamin di pasaran hanya di endorse oleh doktor yang mereka pilih tapi Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang membenarkan pihak ketiga membuat kajian ke atas produk mereka dan ke atas mereka yang dah consume lebih 20 tahun.

So sebagai orang yang makan Shaklee hampir 20 tahun, saya tahu kesan landmark study memang benar ke atas mereka yang dah mengamalkannya.



Ada rebet tunai ?

Biasa kan beli barang kat mana2 pasaraya kita collect point dan kemudian ia ditukar kepada voucer belian semula pada pasaraya tersebut? Ya Shaklee juga amalkan begitu cuma lagi best sebab ia dibayar dalam bentuk tunai.
Bila kata tunai, duit tu boleh buat beli vitamin Shaklee semula so kita secara langsung makan vitamin secara percuma. Kalau dapat lebih boleh la juga gunakan duit tunai untuk tampung perbelanjaan harian kita kan? Kalau dapat RM1000 sebulan, eh boleh la juga tampung bayar duit nursery anak ke, nak bagi belanja mak ayah lebih ke, nak buat kenduri kesyukuran ke, buat sedekah ke....eh banyak aje boleh buat bila ada duit tambahan kan?


Sistem yang tidak tidur?

Shaklee menyediakan laman web untuk ahlinya membuat pesanan secara online 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tak perlu nak call sebenarnya kalau kita dah ada internet 24 jam kat hp.
Sebab sistem yang mesra ini la ramai pengedar Shaklee boleh travel dan buat bisnes tour tanpa ada masalah pesanan. Malah kadang-kadang prospek atau customer kami tak tahu pun yang kami berada di luar negara kerana kemudaham berkomunikasi dengan dunia tanpa sempadan. Best kan?


Jaminan insuran ke atas produk

Shaklee juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pada harga flat rate...iaitu RM10.60 [ West Malaysia] / RM21.20 [ East Malaysia] untuk berapa banyak order skalipun.
Best kan? Ada sesetengah tu berat aje produk maka penghantaran pun jadi mahal. Tapi Shaklee lain, lagi banyak beli sama aje delivery charge dia malah lagi best sebab beli Vivix ataupun vitamin lebih RM848 ( untuk west Malaysia termasuk GST) atau RM1000 ( untuk east Malaysia termasuk GST) dapat free delivery!
Oh bukan tu aje, penghantaran lengkap dengan insuran!!! Jika barang rosak, atau mempunyai masalah, pelanggan hanya perlu maklumkan pada Shaklee dan jika ianya disebabkan oleh proses penyelenggaraan maka Shaklee akan menggantikkannya semula dengan unit yang baru.


Insentif bukan hanya untuk pengedar sorang

Yes ni yang paling best ! Boleh bercuti ke oversea siap bawak ahli keluarga! Jika bisnes biasa , penama aje boleh pergi. Jika nak bawak keluarga maka kena tambah duit sendiri. Tapi Shaklee lain...polisi syarikat membenarkan penama [ qualifier] membawa suami/ isteri iaitu pasangan, anak atau mak ayah dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan! So alang-alang seluk pekasam biar sampai pangkal lengan kan?  Alang-alang buat bisnes buatlah sampai boleh bawak pasangan dan anak bercuti. Saya selalu bagi tahu, kita semua yang buat bisnes ni ibarat pelumba lari. Garisan yang berbeza dan habuan yang berbeza. Yang sama adalah USAHA berapa kuat nak pecut dan masa bila perlu lebih usaha ! So kita buat pilihan, track mana kita nak dan habuan apa yang kita mahu.



Masa yang fleksible!

Oh kerja di rumah bukan bermakna pakai baju kelawar 24 jam. Kami juga ada appoitnment luar malah masa kerja kami lebih fleksible. Janji tahu kerja apa nak kena buat, panggilan apa yang nak kena buat dan sistem yang perlu dikemaskini. So ianya boleh dibuat oleh mereka yang nak cari side income secara part time. Jika seseorang kerja pejabat 9 sampai 5 pm tetapi perlu pendapatan tambahan, Shaklee adalah salah satu pilihan. Boleh dibuat mengikut masa yang ditetapkan oleh pengedar sendiri , paling utama disiplin perlu ada.


Kelas online dan offline berterusan?

Kami menyediakan kelas online untuk organisasi kami. Tak kira la masa dalam negara atau luar negara. Ianya berlangsung untuk mereka yang berada jauh dari kami. Dengan dunia tanpa sempadan tiada yang mustahil pun. Opsss macam mana mereka yang tak berapa dalam dunia internet? Jangan risau Shaklee sendiri menyediakan beberapa slot kesihatan yang dibuat secara berterusan dan berkala di sesetengah tempat. Ianya percuma tau! Cuma perlu stay tune dengan info terkini.



Ada rasa-rasa nak beli vitamin Shaklee? Atau nak tahu cara makan vitamin secara percuma? Boleh la email/ pm fb atau call saya di talian 0128535689 untuk lebih lanjut.










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 9 Oktober 2016

Teguran itu sebenarnya boleh membina atau membunuh?

Masa kita kecik orang yang akan selalu tegur kita adalah mak ayah kita kan?

Bila makin dewasa orang yang menegur tu makin berkurang....mak ayah pun dah tua....dah sampai satu masa tak larat nak tegur kerana fikir kita pun datang untuk memilih baik dan buruk.

Masa kecik hidup kita diatur cantik...oleh sistem. Sampai umur 18 tahun, jika nasib yang baik dapat sambung belajar. Maka selagi itu juga mak ayah dan keluarga akan selalu ingatkan kita tentang matlamat hidup dan pentingnya berjaya.

Ok sampai situ saja....then hidup diteruskan dengan dunia kerjaya dan rumahtangga.

Siapa yang banyak mempengaruhi kita waktu tu?

Mak ayah?

Abang dan kakak?

Suami?

Mertua?



No! Jawapannya KAWAN !

Dapat kawan yang bersemangat dan ada impian dalam hidup , kita pun akan ikut sama nak berjaya macam dia.


Tapi nasib tak baik dapat kawan yang suka mengumpat, suka merungut masalah hidup, suka kutuk...maka kita pun akan terjebak sama tanpa sengaja.


Namun Allah pasti hadirkan orang-orang tertentu dalam hidup kita supaya kita boleh fikir...sampai bila nak hidup yang takde perubahan? Pasti ada kawan yang tegur supaya kita usaha untuk kehidupan yang lebih baik ....cuba renungkan sapa dalam hidup anda yang mahu anda berjaya? Pasti ada! Sama ada sedar atau tak aje!



Bekerja lebih 10 tahun, kehidupan macam tu juga. Namun jauh di sudut hati pasti mahu kemajuan kan?




Bila tengok orang lain bercuti makan angin, ada yang hanya mampu cakap " Dia boleh la dia kaya".

Hmm sebab selalu bersangka baik untuk orang maka orang itu la yang dapat nasib yang baik.

Kenapa tak jawab aje " Nanti aku pun akan dapat bawak keluarga aku bercuti kat situ". Sebenarnya kita bersangka baik dengan ALLAH. Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya.


Carilah kawan yang selalu memberi teguran... dan teguran itu jika dipandang dari sudut positif ia akan jadi membina. Namun jika diambil dari sudut negatif ia akan membunuh kita sendiri.




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Oktober 2016

Mudahnya bila letak siap dalam handbag!

Saya pernah tertinggal satu tube pencuci muka Nutriwhite kat surau.... nasib juga dah tinggal suku.

Niat sedekah aje sapa yang nak pakai untuk cuci muka sebelum amik wudhu...mudah-mudahan dapat gak pahala.

So sekarang dah jumpa tube boleh refill macam dalam gambar ni lagi senang.....

Boleh letak dalam handbag aje.

So cute kan????


Senang la nak bawak travel kerana letak dalam handbag. So nak gi solat senang aje nak cuci muka.



Gentle Deep Cleansing


Yang besar tu sekarang dah siap tulis nama u..... so kalau tertinggal jika ada orang nak bagi balik ke, nak minta sikit ke atau nak cuba ke, boleh la call/ whatsapp atau sms.....hehehehe.


Barang Shaklee ni exclusive tau...bayangkan macam pencuci Nutriwhite ni, cara nak pakai picit aje sebesar kacang hijau. Buih dia...hmm tak payah cakap memang banyak.
Lepas pakai kulit jadi sangat lembutttttt tau!


Serius rugi sapa yang tak beli !


Ops jika berminat nak beli boleh aje order sini :



Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Kurus dengan teh hijau!

Cinch Tea Shaklee


Masa saya dapat peluang duduk semeja mesyuarat dengan owner Shaklee Mr Roger Barnett, kami semua dihidangkan dengan teh panas sebagai pemanis mulut petang itu. Tapi percaya atau tidak, Mr Roger Barnett mengeluarkan paket kuning hijau dan bancuh dengan sebotol air mineral. 
Gulp...owner pun minum Cinch Tea!

Ramai peniaga hanya manis mulut pandai berjual. Ada tu tak pernah cuba pun produk yang mereka kongsi atau jual. Hanya memikirkan keuntungan yang bakal diterima. Tak lebih dari itu. 

Namun Mr Roger lain...Beliau beli syarikat Shaklee kerana dah lihat perbezaan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Orang kaya seperti beliau boleh aje beli syarikat supplement lain tapi beliau memilih Shaklee dan hebatnya beliau AMALKAN produk Shaklee!

Ok back to my own story .. Cantik kan bekas kuning pokkodot tu? Ya saya mengisi Cinch tea dan Nutriferon di dalam bekas itu supaya ia sentiasa menarik perhatian nak amik sepeket.

Tahu tak peket kuning hijau itu ialah Cinch Tea Shaklee?

Minuman ini saya jadikan pembuka selera bila berpuasa.

Minuman ini saya jadikan minuman jika badan keletihan.

Minuman ini saya jadikan penenang bila sakit kepala.

Minuman ini saya jadikan penghilang dahaga di siang hari.

Minuman ini saya jadikan pembakar tenaga untuk kekal sihat dan slim!


Ianya sangat sedap bila diminum sejuk dan ditambah sedikit madu! Fuh, kesedapannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana air yang dijual sepanjang bulan ramadhan.  Saya minum ini setiap kali berbuka puasa supaya kekal bertenaga nak solat terawih nanti.

Jika tak puasa? Adakala bancuh dengan protien Shaklee untuk dapatkan rasa seolah-olah teh tarik!

Kenapa rajin sangat minum Cinch Tea Shaklee? Kerana KANDUNGAN nya!!!

Bahan-bahan daripada Cinch Energy Tea Mix:

Taurine - sejenis asid amino

Maltodextrin - polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung

Rooibos Ekstrak Teh Merah - satu tumbuhan asli (herba) hanya terdapat di kawasan pergunungan Cedarburg Afrika Selatan ... dikenali sebagai "The Miracle Tea" atau "Long Teh Life"

Ekstrak Teh Hijau - gabungan anti-oksida

 Ekstrak   Teh Putih- bentuk diproses kurangnya teh

Serbuk Teh Hijau Matcha - gred tertinggi Jepun teh hijau (hijau daripada makanan super hijau "

Shaklee Energizing Teh juga mengandungi teh hijau putih, merah dan Matcha eksotik
membuat minuman yang luar biasa dan ia adalah selamat, semula jadi, sihat, dan berkesan alternatif untuk meningkatkan tenaga!

Segala bahan yang terkandung dalam Cinch Tea Shaklee ini hakikatnya sangat bagus untuk anti mirobial, anti karsinogen, anti radang, detoxifiers , memberi tenaga dan paling best membantu stimulate membakar dan membuang lemak!*

Yes! Buang lemak!

Paling best tentang Teh Hijau Shaklee, ia tak buat kita asyik ke toilet untuk membuang seperti sesetengah teh hijau!


Nak cuba? Boleh beli dengan kami di sini 
Cinch Tea Shaklee


Jom sihat dengan Teh Hijau Shaklee!





Adakah kita hanya mahu orang lain saja sihat?


Biasa kan bila kita tengok magazine, tv atau mana-mana iklan rambut atau pencuci muka, wajah model itu pastinya cantik.

Dan...
Pastinya terlintas , alangkah best jika aku juga mampu jadi seperti itu?

Ramai yang dah merasakan perbezaan Shaklee ke atas wajah mereka, kesihatan mereka malah kehidupan mereka!

Anda bagaimana?

Daripada menjadi penonton saja, apa kata sertai kami!

Jom bersama kita sihat dan produktif bersama Shaklee!

Shaklee Independent Distributor
012.853.5689
Norita Idris



 

Jumaat, 7 Oktober 2016

Bermula dengan berangan....

Bila baca buku Robert Kiyosaki yang bertajuk Second Chance menyedarkan kami...ya kesibukan kerja seharian ditambah hutang yang mengejar [ duit sewa rumah, duit bulanan kereta, duit api air, perbelanjaan rumahtangga, keperluan barang anak] membuatkan kita tidak pernah ada masa untuk tanam impian.

Dulu kami macam tu...Isnin sampai Jumaat kerja. Jumaat tu boleh senyum sebab Sabtu Ahad cuti. Itu pun jika tiada meeting di sekolah atau apa2 aktiviti yang melibatkan kami. Jika tak memang saya angkut Addin sekali untuk aktiviti tambahan yang saya perlu ikuti.

Sabtu Ahad adalah masa dengan keluarga. Jalan-jalan pusing bandar , dan berehat dirumah sambil menonton televisyen. Hari kerja jarang saya dapat tengok tv kerana banyak aje buku anak murid nak kena tanda.

Kita menghitung hari bila gaji masuk...tapi gaji tu macam singgah aje. Dua tiga hari aje dalam akaun. Awal bulan back to normal...lepas semua dah di selesaikan.

Macam tu la rutin....sepanjang bekerja.

Memang tak pernah ada masa nak berangan atau tanam cita-cita. Apa yang ada bersyukur aje.
Ada la duit tambahan Shaklee tengah-tengah bulan boleh la tampung belanja tengah bulan yang mana kekadang teringin makan KFC  atau nak makan yang lain sikit dari kebiasaan.

Tapi saya mula rasa terdesak nak berenti bila video maid pijak budak jadi viral. Fuh rasa nak putus nyawa. Waktu tu nekad nak amik cuti tanpa gaji jaga anak lebih baik.

Syukur suami faham. Memang bincang semua pro and cons. Tapi jika sepakat mudah cerita. Maksudnya dah tahu susah, pandai-pandai la adjust perbelanjaan bulanan.

Masa dah ada masa barulah pandai berangan...berangan nak jalan sana sini, berangan nak ada itu ini...berangan aje kerja sebab banyak masa....hahahaha.

Memang masa tu  saya cuma nampak Shaklee aje boleh buat side income dari rumah. Pertama sebab ada medium nak buat iaitu melalui blog dan forum. Kedua tak yah keluar rumah sebab Shaklee tolong pos.

So bila sekarang tengok kawan-kawan yang sibuk dengan tugas hakiki dipejabat, saya teringat zaman kami dulu. Sama. Sibuk dan penat. Moga mereka juga akan jumpa peluang yang hebat dalam hidup mereka dan mencapai impian yang selama ini mungkin mereka tak pernah sedar.

Saya doakan kawan-kawan saya juga diberi peluang untuk menanam impian disamping mengusahakan agar impian jadi kenyataan.

Salah satu tips untuk pembaca sekalian ;

Jika terjumpa gambar rumah yang anda impikan, gunting dan tampal kat Fridge atau cermin bilik.
Begitu juga dengan apa yang diimpikan seperti kereta, handbag, nak melancong naik kapal terbang ke...Tampal tempat yang selalu kita tengok.


Shaklee Malaysia
Tempek la gambar yang anda teringin nak dapat....
Dan ...

Jangan lupa berkawan la dengan orang yang berfikiran positif dan berjaya. Kawan yang ada impian dan matlamat akan secara langsung menarik perhatian kita untuk juga berjaya seperti mereka.






 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Oktober 2016

Hidup dengan Al Quran.


Bila kita menjaga agama Allah maka Allah akan menjaga seluruh hidup kita.

Isnin, 3 Oktober 2016

Jangan sia-siakan pahala solat hanya kerana wudhu' tak sempurna.

Saya tertarik dengan teguran Dr Muhaya tentang para wanita yang memakai eye shadow. Betapa pentingnya membersihkan eye shadow sebelum solat suapa solat tadi memberi kesan pada hati langsung pada kehidupan kita di dunia.

Eye shadow mungkin hanya segelintir aje yang memakainya...tapi saya yakin jika foundation atau nama lain make up, ramai yang menggunakannya. Satu untuk nampak lebih cantik dan kedua untuk melindungi kulit dari pancaran terus matahari.

Namun ramai yang memandang enteng perkara ini. Ada yang hanya membilas dengan air biasa dan terus mengambil wudhu seolah-olah terlupa yang kulit wajah mereka itu dilapisi oleh krim foundation. Ini juga antara punca kulit mempunyai masalah jerawat kerana tidak dibersihkan dengan sempurna.

Hakikatnya wudhu tidak sah jika air tidak membasahi kulit wajah dengan sempurna terutama kulit yang dilitupi oleh krim atau bedak muka.

Maka oleh itu, jika anda seorang yang menjaga kecantikan dan pastinya memakai bedak muka , jangan lupa membawa "Make Up Remover" atau Deep Foaming Cleanser untuk pembersihan kulit yang sepenuhnya. Bukan hanya air paip semata.

Shaklee mempunyai produk kecantikan yang sangat terkenal iaitu Shaklee Nutriwhite Make Up Remover dan Shaklee Deep Foaming Cleanser dan ianya sangat menjimatkan! Boleh diguna pakai suami isteri.

Shaklee Make Up Remover adalah pencuci muka yang bukan hanya sesuai untuk mereka yang nak bersihkan wajah dari make up tetapi untuk mereka yang mempunyai masalah pori-pori besar, kulit berminyak dan berjerawat juga sangat sesuai mengamalkannya.


Bagi Shaklee Nutriwhite Deep Foaming ia antara pencuci muka yang popular dikalangan mereka yang mahukan kulit yang cerah, gebu dan lembut!

So apakata mulai esok, masukkan 1 pencuci muka ke dalam bag telekung untuk memudahkan membersihkan kulit muka sebelum kita mengambil wudhu'.

Wudhu' yang sempurna membantu kita lebih khusyuk, iman yang mantap dan kehidupan yang lebih membahagiakan.


Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih tawaduq dan yakin pada apa yang kita amalkan.







Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 2 Oktober 2016

Risau dengan selulit?

Dulu saya pun tak tahu apa tu selulit...tapi lepas google baru tahu apa tu selulit.

selulit 


Dari info yang diperolehi dari google ;

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Ya ramai aje orang yang mengalami masalah ini.  Tahukah kita pengambilan vitamin membantu mengurangkan masalah ini?

Ia ketara pada kebanyakan ibu yang mengandungkan bayi yang besar, apabila dah melahirkan perut mereka mempunyai kedutan yang nampak hodoh dibahagian perut.

Selulit yang biasa terjadi selepas ibu melahirkan anak.


Ia juga boleh terjadi pada orang yang dulunya berbadan besar tetapi kini mulai slim @ kurus. Selulit mudah nampak di bahagian punggung, tepi ketiak dan celah kelengkang.



Saya masih ingat lagi, mengapa pengambilan Vitamin C yang konsisten sangat penting adalah kerana nak kurangkan masalah ini seterusnya membantu kita mempunyai kulit yang lebih sihat.

Ya Vitamin C biasanya berwarna oren tapi tau tak Vitami C Shaklee warnanya putih? Ia adalah diperbuat dari ekstrak jagung. Paling best kerana ianya adalah Sustained Release.

Apa benda tu Sustained Release tu ?

Vitamin C mengandungi 500mg vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut pelepasan masa. Setiap satu jam, ia akan melepaskan 100mg vitamin C mengikut keperluan badan kita.

Ya Vitamin C sangat penting untuk membantu kelancaran pengaliran darah dalam salur darah kita selain ia juga membantu salur darah kita sentiasa anjal.

Jika anda mempunyai masalah selulit yang belum ketara atau dah terlalu ketara, cuba amalkan pengambilan vitamin C sebagai amalan pengambilan makanan tambahan.

Berapa lama nak makan untuk nampak kesan?

Setiap kita mempunyai kesan berbeza maka saya sarankan bila nak makan vitamin Shaklee dapatkan dari pengedar sah serta keep in touch supaya kita makan dengan konsultasi dan boleh nampak perubahan.

Selain dari Vitamin C, kita juga bagus amalkan pengambilan Lecithin, Omega dan Kolagen untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menyah selulit yang ada.


Jom kita ucapkan selamat tinggal pada selulit yang  hodoh itu!






Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 1 Oktober 2016

Kenapa mak selalu lebih?

Tengahari tadi kami makan lunch di Ayam Penyet AP Gong Badak. Depan tu adalah jualan pakaian wanita, T Shirt dan beberapa pakaian bayi.

Sambil menunggu makanan, saya terpandang seorang ibu yang mengeluarkan bayinya dari stroller untuk membelek baju bayi yang ada dijual di situ.

Ya hanya ibu dan bayi...tak nampak pula ayah bayi tersebut. Lama jugak saya memerhati dan sambil itu si ibu sempat juga membelek pakaian wanita mungkin untuk keperluan diri si ibu tadi. Ya kata orang shopping boleh legakan stress....wallahu alam.

Waktu tu terlintas dalam fikiran saya...agaknya semua wanita yang bergelar ibu itu sama sebenarnya. Si ibu biasanya akan lebih prihatin tentang keperluan anak malah rumahtangga. Mungkin kerana si ayah ni dah fokus untuk mencari nafkah maka tugas ibu membantu mengurus rumahtangga.

Ya seorang mak dia nak anak dia nampak lawo, nampak comel. Seorang mak nak anak dia dapat semua yang terbaik.

Kadang-kadang anak dah lawo tapi mak akan usaha anak nampak lagi lawoooo


Ya masih saya ingat mak saya dulu mengambil upah buang kertas pada cebisan kain yang dijahit. So kami buat lah ramai-ramai [ maklum adik beradik ramai] bersama mak. Masa tu upah sehelai hanya 1 sen! 1 Sen tau! Bayangkan nak dapat RM10 berapa ribu kami kena siapkan?

Kenapa mak kena susah payah buat kerja tu? Mak tak dapat nak kerja kerana abah suruh duduk rumah jaga kami adik beradik tapi mak fikir kena juga usaha sesuatu buat tambahan perbelanjaan keluarga.

Ya zaman sekarang lagi untung, ramai aje mak yang boleh duduk rumah sambil bekerja dan ada pendapatan. Ada yang jual pakaian, jual tudung, jual kuih, jual nasi berlauk, jual vitamin macam saya  dan jadi agen dropship yang mana kena usaha cari customer. Zaman ni memang nampak ramai aje  mak-mak yang usaha lebih kerana mak-mak biasanya otaknya ligat nak bantu suami. Ditambah zaman internet yang mana zaman dunia tanpa sempadan.

Orang yang di Sarawak boleh berniaga dengan orang Johor. Orang Sabah berniaga dengan orang Penang. Semuanya tak mustahil pada zaman sekarang.

Pada saya tak salah pun mak nak meniaga selagi si mak ni tak lupa diri! Apa maksud lupa diri? Ya la jangan la meniaga sampai lupa makan minum suami, jangan galak meniaga sampai anak dan suami terabai, rumah macam tongkang pecah, sibuk meniaga hanya untuk kepentingan diri sendiri. Melaram tak tentu hala, bercuti sorang diri, beli handbag sampai tak muat almari...maksudnya hanya untuk diri sendiri aje. Ini dah kronik.

Untuk mak-mak yang meniaga, jangan lupa..keluarga tetap utama. Niat mesti betul cari duit tambahan untuk bantu suami dan keluarga. Tanpa restu suami dan redhonya jiwa kita sebenarnya kosong dan tiada kemanisan dalam beribadah.

Ya tak salah mak nak meniaga...jika kebajikan keluarga terjaga.







Nukilan mak yang kerja dari rumah
Norita Idris




Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛