Sabtu, 24 September 2016

Kenapa kena amik Vitalea kalau nak gorgeous?

September 24, 2016 0 Comments


Ada satu set wanita itu dipanggil Shaklee Set Gorgeous...

Apa dalam set tu?

ESP [ Protien berdasarkan soya]
Vita C Plus [ Vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan]
GLA Complex [ macam EPO tetapi ia lebih tinggi kandungan GLA kerana dibuat dari bunga Boraj]

dan nampak tak dalam gambar tu ada Vita-Lea........


Vita-Lea tu apa sebenarnya? Oh Vita-Lea adalah multivitamin untuk produk Shaklee. Jika anda baru menjengah blog saya...Vita-Lea adalah vitamin yang dah berumur 100 tahun!!!!

Ini wajah terkini....jika nak tengok wajah lama adalah seperti dibawah :


Sekarang ditambah zaman dah maju... dan pastinya keperluan vitamin yang dibekalkan oleh Vita-Lea mengikut standard perubahan zaman.


Ada orang takut amik multivitamin ditambah mungkin ada pengalaman makan jenama lain berat badan makin bertambah!

So far dah makan vitamin ni 20 tahun , ia TIDAK beri kesan seperti vitamin kebanyakan dipasaran... selera bertambah atau berat badan meningkat. 

Ada orang tanya apa kepentingan nak makan multivitamin Shaklee kalau nak gorgeous? 

Vita-Lea membekalkan semua vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan.
Hakikatnya jika nak cantik kita perlu pastikan sel dan sistem tubuh badan kita mendapat vitamin dan garam mineral yang secukupnya.

Tanpa kita perasan sebenarnya tanda-tanda yang biasa didapati kerana kekurangan multivitamin ialah


Sering sakit kepala 
Mudah keletihan
Rambut sering gugur
Bacaan Hemoglobin rendah
Kuku tak cantik
Kulit nampak kusam

Walau bagaimana pun kerana ini hanyalah simptom maka ramai orang mengambil acuh tak acuh tentang kesihatan diri sampailah doktor mengesahkan penyakit sekian sekian, barulah panik dan terus mengambil berat tentang kesihatan.


Maka jika anda mahukan kesihatan yang menyeluruh, pengambilan multivitamin adalah sangat-sangat penting dan tidak boleh dipandang enteng!

Ramai yang sedar mereka kekurangan vitamin apabila mendapat penyakit yang tetiba dah kronik, nauzubillah.

Apakata mualai hari ini, kita jaga makan dan prihatin tentang segala jenis yang masuk dalam perut kita kerana ia akan memberi impak bukan esok lusa tapi 5 hingga 10 tahun akan datang.


Berminat nak dapatkan set ini ?

Boleh hubungi kami di talian :
0128535689 beserta konsultasi.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Menumpang rezeki anak ke Switzerland.

September 24, 2016 0 Comments
Alhamdulillah sampai juga hajat nak bawa anak-anak jalan tengok salji. Memula pening juga mana nak cari salji jika bukan musim salji. Google punya google...Switzerland ada tempat boleh tengok salji sepanjang tahun iaitu di kawasan pergunungan Alps.

So saya memilih bawak anak jalan ke Swiss dan sambil tu pusing beberapa tempat menarik di Swiss.

Time ni aje Addin ada cuti panjang. So dapatlah kami sekeluarga jalan tengok dunia.

Memula takut juga nak ke tempat orang tapi lepas dapat banyak info dari kawan-kawan yang pernah pergi dapat juga kekuatan nak berjalan tempat orang sendiri secara explore aje. 

Bestnya Swiss sebab pengangkutan awamnya sangat efisien. Boleh guna google jam berapa bas lalu, jam berapa tram lalu...dan begitu juga dengan keretapinya. 

Kalau untuk rakyat Malaysia yang datang berjalan sekejap-sekejap boleh guna Swiss pass....Ikutlah berapa hari kita berada di sana. Ada kelas pertama dan kelas kedua. Apa bezanya? Kerusi empuk ngan tidak aje. Yang sama almost the same yang pasti sampai aje tempat tujuan. Boleh beli kat sini untuk Swiss Pass. Jika bawa anak, apply skali family card supaya anak-anak bawah 16 tahun dapat naik free aje. Swiss pass boleh guna untuk naik semua kenderaan awam di Switzerland secara percuma! Worth la kami yang pergi 2 family 4 dewasa dan 5 kanak-kanak.

Kami tak dapat explore semua tapi dapatlah pergi 3 tempat utama....
Schaffausen, Luzen , Zermatt dan Geneva.

Kami memlilih menetap di Luzern sebab ia tengah-tengah untuk ke Schaffausen dan Zermatt. Saya memilih nak ke Schaffausen sebab nak tengok air terjunnya yang sangat unik.
MasyaALLAH air terjunnya sangat deras walau tak tinggi mana.

Lepas 2 malam di Luzern kami berangkat ke Zermatt, perkampungan antara gunung ....sangatlah cantik, aman dan mendamaikan masyaALLAH!

Masa kat Zermatt kami berpeluang naik kabel car ke puncak gunung Matterhorn yang tinggi 3800m !

Masa naik kabel car tu mulut ni tak putus zikir sebab takut...maklumlah orang kampung first time naik kabel car!

2 malam kat Zermatt sangat menyeronokkan sebab kami stay appartment so boleh masak! Suami saya menjadi cheff sepanjang kami di Zermatt. Bahan mentah boleh beli kat pasaraya yang berdekatan sama ada Migross atau Coop. Oh ya petua nak travel oversea JANGAN CONVERT duit untuk beli makanan! 

2 malam terakhir kami bermalam di NH Airport Hotel. Best juga sebab dekat ngan airport dan bandar.

Alhamdulillah rezeki anak-anak...dapatlah kita tumpang.

Moga ada rezeki jalan Swiss lagi...sebab ia satu negara yang sangat cantik. Sangat sangat cantik!

Boleh letak dalam wish list negara yang perlu dilawati untuk mereka yang nak lihat keajaiban ciptaan ALLAH.


Jalan -jalan sekitar Luzern




Pemandangan Matterhorn dari appartment Jagerhof Zermatt



Bila Abah Addinnasa jadi chef.



Suasana dalam train.



Adik bongsu saya satu family.




Pemandangan kampung Zermatt dari kereta kabel. Bukan kereta kebal ya.

Dalam bas turun dari kapal terbang..



Makan roti alas perut kat air terjun Rheinfall Schaffausen.





 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 18 September 2016

Bawa Vivix masa travel memang best!

September 18, 2016 0 Comments
Ingat tak testimoni yang ni? 
Kawan saya minum Vivix 5 kali sehari selama almost 6 bulan berat dari 120 kg turun kepada 70kg ++
yang mana penurunan menghampiri 50kg!!!


Saya dah lalui... Travel Swiss selama 1 week banyak makan buah dan sayur serta minum Vivix macam air sirap ( berkali2) membuatkan seluar slack saya makin terlondeh. Hari ni kena cari tali pinggang! Hehehe memang best la!

Ye kurang makan nasi, banyak makan buah dan salad. Ditambah banyak berjalan ( kekonon exercise Tabata... Hahahaha) badan makin ringan!

Bila nak masuk siri 40 kena jaga badan la kan?

Berminat nak cuba Vivix?
Boleh whatsapp 0128535689!

Rugi tak cuba tau! 
#anakkuwirakushaklee 
#shakleemiri
#shakleemuar
#shakleekualaterengganu

Jumaat, 16 September 2016

Shaklee Family Wellness untuk kekal sihat!

September 16, 2016 0 Comments
Asas set Shaklee ada 4.
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C



 
Yang ni kami kenal Family Wellness. Satu family boleh makan. 

ESP adalah protien. Asas sel adalah protien. Kulit, rambut, segala organ dibentuk dr protien.
Bila kita sakit banyak sel rosak so protien penting untuk bina dan repair sel.
Opppss protien ada 2 - gmo yg banyak dipasaran. Maksudnya soya yg di ubah genetiknya.
Uniknya Shaklee ESP adalah protien NON GMO - soya yg tak diubah genetiknya. 

Vitalea - multivitamin yg lengkap dengan zat besi.
Shaklee punya dah berumur 100 tahun. 

B complex - membantu memberi tenaga dan menstabilkan emosi.
Anti stress.
Shaklee punya lengkap 8 jenis B.

Vitamin C - untuk tingkatkan imun sistem.
Shaklee punya sustained release, dilepaskan sikit demi sedikit.

Jika anda orang yang sihat, jom dapatkan set ni!

Lebih mudah jaga kesihatan masa kita sihat berbanding masa kita sakit.

Nak dapatkannya boleh whatsapp 
Naquib Hussain atau Norita Idris

Selasa, 13 September 2016

Siapa yang sebenarnya mempengaruhi kita?

September 13, 2016 0 Comments
Apa yg arwah abah saya ajar masa hidupnya telah diulang semula oleh Dr Muhaya.

Salah satu yg saya akan suka nak dengar adalah FIKIRAN kita ini adalah hasil dari apa yang

KITA BACA
KITA DENGAR
KITA LIHAT

Maka oleh itu, banyakkan membaca Al Quran. Jadikan rutin dan aturkan surah harian yg kita jadikan ia khusus amalan harian.
Contoh :
Subuh dan Dhuha : 
Surah Yassin / Ar Rahman/ Al Waqiah

Malam :
Al Waqiah dan Al Mulk


Buku apa yang kita baca?
Buku motivasi?
Buku agama?
Atau
Muka buku?
Buku komik?
Majalah gosip?

Dengan siapa kita berkawan?

Orang yang selalu yakin dengan impian dia?
Orang yang rajin usaha?
Orang yang selalu sebut nama Allah? 
Atau
Orang yang selalu mendengus?
Orang yang suka merungut?
Orang yang tiada keyakinan diri?


Semua ini mempengaruhi kita dan fikiran kita.

Maka pilihlah yg membangunkan jiwa kita!


Salam dari perantauan,
 
Lucerne Switzerland
13.09.2016


Khamis, 8 September 2016

Tips melancong melihat dunia ?

September 08, 2016 0 Comments
Untuk ibu mengandung selalu dapat pesanan, jika nak anak lawo muka comel tataplah gambar bayi yang lawo2... InsyaAllah dalam 9 bulan menatap, ada juga iras2 bayi dalam gambar tu atau ada nasib yang baik, dapat sebijik macam dalam gambar yang ditatap masa mengandung 9 bulan.

So pada mereka yang ada impian nak tengok dunia, apa yang boleh anda buat selain usaha kumpul duit ...

Carilah gambar yang menarik ditempat itu. Print kan dan tampal pad a fridge atau cermin atau pada pintu bilik air yang mana anda akan selalu tengok. 

InsyaAllah sampai dengan izin Allah.

Duit? Ia urusan Allah, Allah tahu bagaimana nak salur pada hambaNya yang penting kita tetap ada usaha ke arah itu.

Ia terjadi pada saya bila adik saya bagi saya magnet masjid haya sofia di Istanbul. Setiap saya saya tengok magnet tu dan bagi tahu insyaAllah kami 4 beranak sampai ke sana. Alhamdulillah sampai melalui Shaklee! At least sampai! 

So bagi anda yang nak jalan Tokyo, cubalah tips ni!

Tapi ada syarat!

Bila tengok gambar yang menarik selalu la sebut, insyaAllah saya dan keluarga akan sampai sini! Ia juga satu DOA tanpa kita sedar!

Duit? Ia urusan Allah, Allah tahu bagaimana nak salur pada hambaNya yang penting kita tetap ada usaha ke arah itu.

Selamat mencuba!

Jumpa di Tokyo nanti!



 

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia