Kurus dengan teh hijau!

Cinch Tea Shaklee


Masa saya dapat peluang duduk semeja mesyuarat dengan owner Shaklee Mr Roger Barnett, kami semua dihidangkan dengan teh panas sebagai pemanis mulut petang itu. Tapi percaya atau tidak, Mr Roger Barnett mengeluarkan paket kuning hijau dan bancuh dengan sebotol air mineral. 
Gulp...owner pun minum Cinch Tea!

Ramai peniaga hanya manis mulut pandai berjual. Ada tu tak pernah cuba pun produk yang mereka kongsi atau jual. Hanya memikirkan keuntungan yang bakal diterima. Tak lebih dari itu. 

Namun Mr Roger lain...Beliau beli syarikat Shaklee kerana dah lihat perbezaan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Orang kaya seperti beliau boleh aje beli syarikat supplement lain tapi beliau memilih Shaklee dan hebatnya beliau AMALKAN produk Shaklee!

Ok back to my own story .. Cantik kan bekas kuning pokkodot tu? Ya saya mengisi Cinch tea dan Nutriferon di dalam bekas itu supaya ia sentiasa menarik perhatian nak amik sepeket.

Tahu tak peket kuning hijau itu ialah Cinch Tea Shaklee?

Minuman ini saya jadikan pembuka selera bila berpuasa.

Minuman ini saya jadikan minuman jika badan keletihan.

Minuman ini saya jadikan penenang bila sakit kepala.

Minuman ini saya jadikan penghilang dahaga di siang hari.

Minuman ini saya jadikan pembakar tenaga untuk kekal sihat dan slim!


Ianya sangat sedap bila diminum sejuk dan ditambah sedikit madu! Fuh, kesedapannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana air yang dijual sepanjang bulan ramadhan.  Saya minum ini setiap kali berbuka puasa supaya kekal bertenaga nak solat terawih nanti.

Jika tak puasa? Adakala bancuh dengan protien Shaklee untuk dapatkan rasa seolah-olah teh tarik!

Kenapa rajin sangat minum Cinch Tea Shaklee? Kerana KANDUNGAN nya!!!

Bahan-bahan daripada Cinch Energy Tea Mix:

Taurine - sejenis asid amino

Maltodextrin - polisakarida yang dihasilkan daripada kanji jagung

Rooibos Ekstrak Teh Merah - satu tumbuhan asli (herba) hanya terdapat di kawasan pergunungan Cedarburg Afrika Selatan ... dikenali sebagai "The Miracle Tea" atau "Long Teh Life"

Ekstrak Teh Hijau - gabungan anti-oksida

 Ekstrak   Teh Putih- bentuk diproses kurangnya teh

Serbuk Teh Hijau Matcha - gred tertinggi Jepun teh hijau (hijau daripada makanan super hijau "

Shaklee Energizing Teh juga mengandungi teh hijau putih, merah dan Matcha eksotik
membuat minuman yang luar biasa dan ia adalah selamat, semula jadi, sihat, dan berkesan alternatif untuk meningkatkan tenaga!

Segala bahan yang terkandung dalam Cinch Tea Shaklee ini hakikatnya sangat bagus untuk anti mirobial, anti karsinogen, anti radang, detoxifiers , memberi tenaga dan paling best membantu stimulate membakar dan membuang lemak!*

Yes! Buang lemak!

Paling best tentang Teh Hijau Shaklee, ia tak buat kita asyik ke toilet untuk membuang seperti sesetengah teh hijau!


Nak cuba? Boleh beli dengan kami di sini 
Cinch Tea Shaklee


Jom sihat dengan Teh Hijau Shaklee!





Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?