Kisah buah ceri dan rezeki

Sambil kereta berhenti kerana trafik light merah sempat saya kalih pandangan pada pokok yang ada sebelah kiri saya ;



Dulu saya panggil ni pokok ceri hutan.

Biasanya yang makan burung tapi saya suka aje makan bila jumpa yang warna merah.

Ya saya cuba zoom lensa kamera handphone saya; nampak tak banyak buah ceri yang masak?

Waktu tu saya terfikir; rezeki ni sebenarnya ada dan tersedia sama ada kita terpilih untuk ke laluan yang mendapatkannya atau sebaliknya?

Jika ada burung yang hinggap pada pokok itu sudah pasti dia akan makan sehingga puas kerana banyak buah ceri yang masak.

Jika burung tu hanya lalu, maka ia mungkin menjadi rezeki makhluk lain? Siapa tahu kan?

Maka hakikat kehidupan ni kita kena doa, semoga Allah lorongkan kita ke arah kebenaran, kebaikan dan kejayaan supaya apa yang kita usahakan bukanlah satu yang sia-sia.

Segala yang kita lakukan adalah gerak Allah semata-mata, kita manusia tiada daya walau sekelumit zarah sekalipun.

Sama la cerita rezeki pagi ini, saya hantar produk pada customer yang mana sebenarnya selang beberapa rumah customer saya ada pengedar Shaklee yang aktif tetapi tersirat adanya rezeki saya maka sampailah ia kepada saya. Alhamdulillah, apa pun kita bersyukur atas segala nikmat dan rezeki kerana Allah jua tempat pergantungan yang abadi.

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!