Sabtu, 24 September 2016

Menumpang rezeki anak ke Switzerland.

Alhamdulillah sampai juga hajat nak bawa anak-anak jalan tengok salji. Memula pening juga mana nak cari salji jika bukan musim salji. Google punya google...Switzerland ada tempat boleh tengok salji sepanjang tahun iaitu di kawasan pergunungan Alps.

So saya memilih bawak anak jalan ke Swiss dan sambil tu pusing beberapa tempat menarik di Swiss.

Time ni aje Addin ada cuti panjang. So dapatlah kami sekeluarga jalan tengok dunia.

Memula takut juga nak ke tempat orang tapi lepas dapat banyak info dari kawan-kawan yang pernah pergi dapat juga kekuatan nak berjalan tempat orang sendiri secara explore aje. 

Bestnya Swiss sebab pengangkutan awamnya sangat efisien. Boleh guna google jam berapa bas lalu, jam berapa tram lalu...dan begitu juga dengan keretapinya. 

Kalau untuk rakyat Malaysia yang datang berjalan sekejap-sekejap boleh guna Swiss pass....Ikutlah berapa hari kita berada di sana. Ada kelas pertama dan kelas kedua. Apa bezanya? Kerusi empuk ngan tidak aje. Yang sama almost the same yang pasti sampai aje tempat tujuan. Boleh beli kat sini untuk Swiss Pass. Jika bawa anak, apply skali family card supaya anak-anak bawah 16 tahun dapat naik free aje. Swiss pass boleh guna untuk naik semua kenderaan awam di Switzerland secara percuma! Worth la kami yang pergi 2 family 4 dewasa dan 5 kanak-kanak.

Kami tak dapat explore semua tapi dapatlah pergi 3 tempat utama....
Schaffausen, Luzen , Zermatt dan Geneva.

Kami memlilih menetap di Luzern sebab ia tengah-tengah untuk ke Schaffausen dan Zermatt. Saya memilih nak ke Schaffausen sebab nak tengok air terjunnya yang sangat unik.
MasyaALLAH air terjunnya sangat deras walau tak tinggi mana.

Lepas 2 malam di Luzern kami berangkat ke Zermatt, perkampungan antara gunung ....sangatlah cantik, aman dan mendamaikan masyaALLAH!

Masa kat Zermatt kami berpeluang naik kabel car ke puncak gunung Matterhorn yang tinggi 3800m !

Masa naik kabel car tu mulut ni tak putus zikir sebab takut...maklumlah orang kampung first time naik kabel car!

2 malam kat Zermatt sangat menyeronokkan sebab kami stay appartment so boleh masak! Suami saya menjadi cheff sepanjang kami di Zermatt. Bahan mentah boleh beli kat pasaraya yang berdekatan sama ada Migross atau Coop. Oh ya petua nak travel oversea JANGAN CONVERT duit untuk beli makanan! 

2 malam terakhir kami bermalam di NH Airport Hotel. Best juga sebab dekat ngan airport dan bandar.

Alhamdulillah rezeki anak-anak...dapatlah kita tumpang.

Moga ada rezeki jalan Swiss lagi...sebab ia satu negara yang sangat cantik. Sangat sangat cantik!

Boleh letak dalam wish list negara yang perlu dilawati untuk mereka yang nak lihat keajaiban ciptaan ALLAH.


Jalan -jalan sekitar Luzern




Pemandangan Matterhorn dari appartment Jagerhof Zermatt



Bila Abah Addinnasa jadi chef.



Suasana dalam train.



Adik bongsu saya satu family.




Pemandangan kampung Zermatt dari kereta kabel. Bukan kereta kebal ya.

Dalam bas turun dari kapal terbang..



Makan roti alas perut kat air terjun Rheinfall Schaffausen.





 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa