Rabu, 24 Ogos 2016

Sibuk mana pun kita, impian mesti ada!

Setiap kita ada cabaran masing-masing...dan bagaimana kita nak atasi cabaran adalah dengan ilmu.

Sebab tu arwah abah selalu kata nak kunci ilmu adalah membaca. Bahan bacaan juga mempengaruhi diri kita tanpa kita sedar.

Ilmu yang kita masukkan ke dalam akal tadi pasti membantu menjana idea untuk kita tahu tindakan selanjutnya.

Bagi saya, kerja dari rumah adalah kerja yang tidak kurang mencabarnya.

Seusai solat subuh, saya dah mulakan rutin harian saya memasak sebab nak bekalkan anak saya makanan tengahari di madrasah. Eh madrasah sediakan makanan sebenarnya cuma anak ni nak manja minta ibu dia masakkan.

Boleh aje kalau tak nak masak...tapi sebab masa tu singkat...sikit aje lagi anak membesar dan ada rumahtangga sendiri. Masa tu dia akan minta isteri dia masak. Hahahaha. So sebelum masa tu sampai sebagai ibu kena gunakan sepenuhnya masa yang ada.

Bila kata kerja dari rumah, kena tahu bidang tugas kerja dengan jelas supaya mata ni tak melilau tak tentu hala. Bila tak tahu bidang tugas la mula kita ni buat bisnes macam-macam...ambil kursus macam-macam and at the end tak nampak hasil yang fokus pun.

Fokus? Apa yang kita tumpukan itulah fokus.

Saya banyak fokus on mentoring maka masa untuk bercakap tu memang perlu untuk saya.

Sebab itu kalau duduk depan PC , jika bukak website jual-jual barang ni saya suka cari gadget yang boleh bantu saya buat bisnes dengan senang.

Saya punya head phone yang sangat selesa ditambah appron separuh yang senang nak pakai untuk letak handphone dalam poket.

Saya tahu kena tulis blog. Jika tak sempat sangat maka saya pastikan tugasan lain saya double tripple kan. Sendiri kena tahu balance kan jadual.

Tapi bagi saya wanita yang hebat bukan wanita yang kerja dari rumah tapi wanita yang bekerja di pejabat tetapi balik boleh uruskan rumahtangga dengan baik dan hebat lagi mereka ada bisnes part time yang maju!!! Saya kagum dengan mereka ini. Sebab jiwa mereka kuat.

So apapun kita urus, kita atur untuk kehidupan kita sendiri....kita mesti firm dengan pendirian kita.

Percaya dengan impian sendiri insyaALLAH ia pasti jadi kenyataan. Masa? Hanya ALLAH yang selayaknya tahu bila sesuai untuk kita.

Malam ni ada kelas LIVE lagi bersama geng bisnes Shaklee saya.

Bila buat sesuatu yang seronok ia akan membantu kita lebih bertenaga dan yakin dengan impian kita!

Impian saya nak bawa anak melihat dunia......




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa