Isnin, 29 Ogos 2016

# Tazkirah

Kasih sayang, Kekayaan dan Kejayaan melalui redha suami.

Saya share apa yang saya belajar dengan beberapa guru termasuk amalam mak saya ;

*Dahulukan suami dalam segala urusan.*

# Suami perlu diutamakan. Makan , tidur dan batin. Ini kunci rumahtangga bahagia dan berjaya.
# Bila nak kena deal ngan customer bagus call. Kenapa? Bila whatsapp kita tak dengar bila anak atau suami panggil kerana mata dan otak kita fokus menjawab terutama dalam bentuk karangan. Sama dengan mentoring dan coaching better call.
Kenapa call lagi bagus, suami kita dengar sama bagaimana kita berniaga. Dia boleh bagi cadangan dari sudut pandangan sebagai lelaki dan ketua keluarga.
# Bila tak sempat masak, ajak suami makan tempat yang dia suka. Kita kena teman takut kalau dia pergi sendiri dia dapat 'teman baru'. Jangan sesekali ambil perkara ni remeh. Suami kita bukan malaikat...ada aje yg akan cuba goda melalui bisikan syaitan.
Jangan bagi lauk yang kita suka makan tapi masak lauk yang dia suka makan. Dia akan happy. Teman dia makan kerana dia bukan kucing belaan.
# Bila nak jumpa prospek atau downline pastikan 'perut suami dan anak' kenyang dan bawa air kerana 'amarah' mudah datang bila panas dan dahaga.
# Bila kena pos barang, amiklah duit minyak dengan customer selain duit pos dalam RM5 atau RM10. Adakala kita terlepas pandang duit minyak suami tanggung sorang-sorang.
# Bila dapat bonus bagi saguhati dalam bentuk belanja makan atau cash ...bagi tahulah hadiah untuk tampung duit minyak atau bil-bila rumah. InsyaALLAH dia happy.
# Jika tak sempat buat kerja rumah, upah la orang datang cuci dan baju boleh hantar laundry. Semua orang pun happy.
# Kalau downline nak datang minta izin suami. Bila dia bagi , set kan masa maksima yang boleh tetamu datang supaya kita tetap ada masa untuk keluarga. Keluarga didahulukan kerana bila kita mati doa suami dan anak yang kita harapkan. Rumah kita adalah hak suami.
Orang lain tak boleh buat sesuka hati.
# Nak bagi mak ayah duit maklumkan kat suami. Walau tu hasil titik peluh kita tapi dengan redha suami juga kita dapat. Even nak buat sedekah, maklumkan.
# Nak solat tengah malam minta izin supaya dia tahu kita nak bangun untuk ALLAH.
# Sediakan portion bonus untuk bawa keluarga makan angin. Supaya mereka tahu kita memang cari duit untuk keluarga. Bukan hanya untuk kaya dan popular sorang diri.
# Sibuk mana pun kita, cari masa solat jemaah dan ngaji sama2 supaya hidup kita dipenuhi rahmat dan barakah.

Bila BAHAGIA yang kita cari, 

KEJAYAAN DAN KEKAYAAN akan menyusul nanti.


Ehsan google


 Salam sayang dari


 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia