Isnin, 4 Julai 2016

Adab sebagai tetamu sering dilupakan?


Salah satu pelajaran di sekolah ialah topik adab.

Adab bercakap dengan mak ayah, adab di meja makan, adab bercakap dengan guru malah adab ke rumah orang dan banyak lagi.

Ya adab ke rumah orang ramai yang lupa. Hak tetamu adalah duduk ditempat yang disediakan. Tiada hak ke dapur dan mengambil makanan dan minuman tanpa kebenaran tuan rumah hatta anak yang belum baligh maka menjadi tanggungjawab ibu bapa mengawal si anak agar tidak melampaui batasan sebagai tetamu.

Kami 7 beradik dulu kalau nak masuk rumah orang, arwah abah dah warning dalam kereta supaya behave. Maklum anak setahun satu. Apapun mak ayah yang kena bentuk anak bukan ikut kehendak anak jalan satu rumah tanpa kebenaran tuan rumah.

Siapa pun yang kita lawat, hormati hak tuan rumah.




 

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia