Ahad, 12 Jun 2016

Berniaga untuk untung dunia dan akhirat.

Apa yang buat orang berjaya istiqamah?

Ya ramai yang jawab sebab si dia yang dah berjaya istiqamah kerana dia dah melihat habuan yang dia perolehi atas hasil usahanya.

Namun setiap orang pastinya mempunyai sudut pandang yang berbeza.

Saya nak share sudut pandang saya pada bisnes Shaklee yang saya usahakan selama hampir 20 tahun dah.

Saya memang minat bisnes. Dari kecik lagi berangan nak berniaga. Sebab tu abah suruh amik course accounting kalau taknak jadi doktor. Tapi saya tak minat nak jadi doktor ataupun akauntan, saya minat nak berniaga. Saya amik kursus business and admin masa belajar kat U dulu.

Sepanjang belajar saya memang berniaga. Fotostat nota , tempah baju pasukan dan berniaga jual barangan yang orang suka terutama dari katalog A***. Sebelum masuk U saya dah join beberapa direct selling seperti C**, R*****, A***, dan beberapa lagi yang saya dah tak ingat.

Mana yang ada demand saya cuba. Tapi persepsi saya berbeza dengan Shaklee.
Ia bukan hanya berjual tapi dapat juga selit saham akhirat.

Saya cuba belajar marketing plannya. Wow, unik! Sapa usaha lebih dapat lebih. Biasa orang atas relax aje bila dah sampai masa di atas. Sorry dalam Shaklee bukan mcm tu.

Saya join ahli bawah teman lelaki saya yang kini suami saya.
Saya usaha "breakaway" supaya saya dapat hasil yang berbaloi dan setimpal dengan usaha saya.
Nampak nakal kan? Tapi saya nak tengok kebenaran sistem itu. Ternyata benar!

Mengapa selepas join Shaklee saya tak buat dah bisnes lain?

Sebab dalam Shaklee saya lihat bisnes ni memberi manfaat baik pada pembeli saya.

Bila customer saya beli - mereka sihat- bila mereka sihat- mereka dapat beribadat dengan baik- saya  kirim doa dari mereka.

Kebetulan saya dapat lihat customer saya sebelum ini sakit, nak solat pun susah. Selepas mereka sihat, mereka rasai nikmat beribadat dan mereka kongsikan kegembiraan itu dengan saya.
Saya ambil peluang mohon doakan saya selamat, mak ayah saya masuk syurga dan saya berjaya dunia dan akhirat.

Itu seronoknya ber Shaklee.




Kalau dulu katakanlah saya jual bedak ; customer saya cuma pakai bedak dan dapat wangi. Terhenti kat situ aje. Kebaikan tak dapat dipanjangkan lebih sepertimana saya jual produk Shaklee.

Buat bisnes memang nak untung tapi saya dapat lihat keuntungan Shaklee bukan hanya untuk dunia tapi dapat dipanjangkan untuk ibadah akhirat. Guru saya kata berniaga adalah satu tarbiyah KUMPUL PAHALA dan HARTA AKHIRAT bukan harta dunia.

Apapun, segalanya adalah hidayah Allah. Sama2 kita minta bulan baik ini hidayah Allah untuk kejayaan dunia dan akhirat.

SELAMAT MAJU JAYA!