Rahsia istiqamah dalam ibadah.

Pagi ini dalam kuliah subuh  pagi ini berbicara tentang Kontrak Tetap dengan Allah dan model yang dibincangkan ialah Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang mendambakan diri dan hidupnya semata-mata pada Allah.


Ya ramai hari ini yang mencari Allah dalam keadaan susah dan semasa memerlukan namun apabila telah mencapainya maka solat hajat, solat sunat dan zikir diabaikan. Sedangkan amalan ini perlu berlangsungan sampai bila-bila dikala senang mahupun susah.

Dalam kuliah ini diberitakan bahawa mereka yang istiqamah dalam amalan akan beroleh 3 nikmat ini iaitu 

Redho Allah
Hidayah Allah
Barakah Allah

MasyaAllah alangkah beruntungnya jika kita beroleh ketiga-tiga ini dalam hidup kita. 

Bila beroleh redho Allah, hati kita sentiasa tennag dan dunia bukan matlamat utama yang kita kejar tetapi dunia itu hanya sandaran untuk menuju akhirat; alam yang kekal abadi.

Bila kita beroleh hidayah Allah, segala gerak geri kita mendapat petunjuk Allah. Ada sahaja yang menjadi penyebab dalam aturan Allah yang baik. Ini bermakna kita akan dapat lihat segala yang Allah aturkan untuk kita itu bukanlah satu yang sia-sia.

Barakah Allah sesuatu yang unik... Bayangkanlah benda yang sedikit boleh dinikmati oleh banyak perkara. Ada orang yang pendapatannya kecil tapi dia tenang malah mampu bersedekah. Barakah bukan bermakna bisnes kita makin hebat dan kita makin kaya tapi barakah bermakna lebih ramai yang menikmati hasil itu dan banyak kebaikan yang dapat dibuat daripadanya.

Ada orang salah tafsir dengan menggambarkan lebih banyak yang diperolehi adalah lebih barakah... Hakikatnya lebih banyak kita memberi itulah saham akhirat yang kita usahakan. Maka ini yang dikatan dunia itu hanya sandaran untuk alam akhirat yang kekal abadi.


Moga kita sentiasa mendapat bimbingan Allah dan kita usaha istiqamah dalam amalan. Semoga kita dimatikan dalam husnul khatimah.


Wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!