Apa ada pada setia?

Dalam melalui kehidupan seperti biasa, kami dah lebih 19 tahun dalam Shaklee.

Tak pernah ke terdetik nak join bisnes lain buat tambahan duit?

Jujurnya memang pernah saya terfikir nak buka syarikat kapal terbang. Ops kenapa syarikat kapal terbang ek?

Sebab bila dengar pendapatannya hebat.
Tapi saya ditegur oleh seseorang yang memang telah memiliki syarikat kapal terbangnya sendiri.

Sebelum kamu nak buka bisnes lain atas sebab nak tambah pendapatan, kamu perlulah jadi MASTER dalam bisnes kamu sekarang. Supaya bisnes sedia ada itu adalah tunjang kepada bisnes2 lain. Supaya kamu tak mudah ditipu.
Itulah nasihat hamba Allah ini.

Lor kenapa nak kena jadi Master dalam bisnes sekarang? Supaya kamu ada bisnes yang kukuh dan ilmu yang dalam sehingga tiada apa yang boleh gugat tanpa izin Allah.

Sejak dari tu saya lupakan aje nak buat bisnes kapal terbang dan saya fokus dengan bisnes Shaklee saya.

Apa  yang saya maksudkan dengan fokus?
Saya mendalami dan menghayati sendiri kebaikan semua produk Shaklee. Dari vitaminnya dan produk householdnya.


Dulu saya ingat sabun brand R***** sangat bagus terutama untuk menjaga warna pakaian yang putih rupanya sabun Shaklee lebih baik. Mana taknya dulu saya pakai sabun Shaklee sikit tapi baju banyak kesan dia tak la berapa nampak. Bila sekarang ada rezeki lebih saya pakai sabun Shaklee sukatan lebih sikit memang nampak ketara la kat baju dan pakaian anak-anak.

Saya kini dah nak masuk umur 40 so saya memang cerewet bab makan maka supplement saya ambil supaya saya terus bertenaga. Bukan bermaksud bila makan vitamin Shaklee tak payah makan nasi, itu silap. Jadi kerana konsisten saya nampak kesan ke atas tubuh saya.

Tak sangka sungguh kerana setia, saya belajar banyak perkara tentang kesihatan, pemakanan malah sikap manusia.

Segala yang kita kena lalu itu ada pembelajaran dan hikmah. Ya ia akan terbuka hijabnya bila kita fikir aturan Allah itu sangat hebat.

Tak rugi pun setia 😀

Kalau kita sihat makan vitamin itu semua izin Allah. Vitamin tu asbab aje.

Kalau kita ada kawan yang baik itulah asbab untuk kita juga jadi baik.

Kalau ada kawan yang rajin itulah asbab untuk kita juga jadi rajin.

Yang penting mohon Allah berikan hidayah supaya kita tergolong dalam golongan yang berjaya dunia dan akhirat serta mati dalam husnul khatimah.



Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!