Rahsia solat

Ramai orang susah hati kalau anak tak pandai atau tak berjaya dalam pelajaran.
Tapi tahukah kita bahawa rahsia untuk anak cemerlang adalah dengan menekankan agama dalam kehidupan?
Berapa kali kita ingatkan anak tentang solat, mengaji dan berzikir dalam sehari? Pernahkah kita duduk dan dengar serta lihat sendiri anak solat?

Ya kena selalu ingatkan mereka kerana yang beri mereka A dalam mata pelajaran di sekolah hakikatnya bukan cikgu atau penanda pemeriksa tetapi Allah. Maka kena didik jiwa mereka untuk kebergantungan pd Allah.

Sama dalam kehidupan seharian kita. Masalah datang bukan dari manusia tapi dari Allah maka kepada Allah kita serahkan semula melalui penghayatan pd solat dan amalan kerohanian.

Kejayaan juga bukan datang dari manusia tapi dari Allah maka jika inginkan kejayaan kena selalu dekat dengan si Pemberi iaitu Allah ya wahhab.

Segalanya Allah nescaya kita akan nampak kehidupan yang sejahtera, aman , makmur dan selamat dunia akhirat insyaAllah.

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!