Selasa, 10 November 2015

# Motivasi # Testimoni

Kerana selalu sebut London, akhirnya beliau ke London !

Ada benarnya orang selalu kata apa yang kita sebut itu satu doa...nak-nak benda yang selalu disebut-sebut.

Ini adalah kisah benar  Pak Long saya bernama Abu Bakar.



Masa kecil dulu, arwah atuk ada cerita...Pak Long dipanggil abang Long oleh adik beradiknya termasuklah emak saya. Paklong saya punya karektor yang unik...seorang yang suka berlawak dan bila bersembang pasti ada sahaja terselit benda lucu yang boleh jadi bahan ketawa kami beramai-ramai.

Emak saya ada adik beradik yang ramai dan arwah atuk bukanlah orang yang senang. Namun mereka hidup bahagia seadanya.

Balik kepada kisah Pak Long saya...masa zaman persekolahan...menjadi satu bahan lawak cerita bila orang tanya mana Bakar?

Mak saya kata uniknya jika ada yang bertanya mana Abang Long? Pasti ada jek yang menjawab...Dia pergi London. Begitu juga bila arwah atuk tanya "Mana Bakar?" Jawapannya " Dia pergi London".

Mak saya cerita...zaman dulu kalau mak dan adik beradik lain bersidai tepi rumah dan ada kawan pak Long yang lalu...mereka pasti bertanya " Bakar mana?" Mak kata mak dan adik beradik akan terus spontan jawab... " Bakar takde dia pergi London".

Sampai kalau Paklong masuk tandas pun, mereka akan jawab Abang London takde pergi London.


Nak jadikan cerita, ia menjadi kenyataan bila Pak Long dapat sambung belajar bahagian teknikal kapal terbang di LONDON!!!! MasyaALLAH!


Melalui cerita arwah atuk tentang kisah Pak Long inilah yang selalu buatkan saya sedar..kata-kata adalah satu doa. Apa yang selalu disebut, itulah yang kita dapat.

Sebab itu bila berkata-kata pastikan perkataan yang keluar adalah yang baik baik. Supaya yang baik juga datang.


Ramai orang mengeluh... "Susah" bila usahakan sesuatu, bila mahukan sesuatu...maka banyak susah yang datang dari senang. Sebab itu yang selalu disebut maka itulah yang akan kita dapat.


So dah fikir tahun depan nak jalan mana? Kalau nak makan angin ke US dengan Shaklee, sebut selalu dengan anak-anak...tahun depan kita jalan US dengan trip Shaklee. Kena sebut selalu sampai jadi kenyataan.
Siapa kata mustahil? Kata-kata yang baik akan menjadi satu doa.










Jom berdoa dengan lagi banyak!







 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.



 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia