Lauk ayam masak merah

Dulu kalau nak masak lauk ayam masak merah ...atau ayam sambal...biasa ayam saya goreng dulu kemudian baru saya mula masak sambal. Memang rasa lama bila memasak....

Namun bila dah ada air fryer [ lepas setahun beli baru perasan....hehehe] baru sedar sebenarnya lagi mudah. Ayam hanya perlu defrost dulu... kemudian terus goreng guna air fryer dan sambil tu boleh masak lauk.

Alhamdulillah sekarang rasa lebih mudah nak masak.

Buatkan saya lebih selesa ialah bila dah tahu cara nak basuh air fryer....dulu rasa satu yang menyusahkan terutama part basuh.

Rupanya hanya masukkan air dalam air fryer kemudian set suhu jadi 200 darjah dan panaskan dalam 5-10 minit adalah cara nak bersihkan air fryer.

Nasib juga aritu tengok tv astro go shop tu yang rasa seronok sangat baru tahu senangnya nak basuh...hehehe.





 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!