Bekerja pada Hari Raya - pengorbanan dan ganjaran.

Pada tahun 2011 buat pertama kali dalam hidup saya beraya dengan anak-anak sahaja di Miri. Di kala itu suami saya menjalankan amanah syarikat untuk bekerja pada hari raya di pelantar minyak.

Sedih ? Memang sedih dan pada peringkat permulaan saya tak dapat nak terima hakikat itu. Walaupun suami ada memberi keizinan jika nak balik beraya ke kampung bersama anak-anak tapi saya tak punya kekuatan nak menguruskan sendirian tanpa suami.

Namun pada hari raya pertama itu alhamdulillah ada staff suami yang balik raya maka mereka datang bersama keluarga mereka menziarah kami 3 beranak di Miri. Terhibur juga rasa. Waktu itu dah mula redha yang suami terpaksa bekerja kerana menunaikan amanah yang dipertanggungjawab ke atasnya.

So sehingga hari ini saya masih merasa kagum pada mereka yang bertugas di hari raya. Memang hati mereka sedih dan sayu kerana tak dapat beraya tapi yang saya pasti jika golongan ini jika melakukan dengan hati yang ikhlas pasti pahala yang menanti juga hebat. Paling pasti mereka akan diberi ganjaran yang hebat oleh Allah.


Namun  memang ada yang segelintir yang merasa terbeban, kecewa dan hampa kerana terpilih untuk bekerja pada hari raya ....sehingga ia menyebabkan golongan ini bertugas dengan muka masam, menjawab telefon dengan serius dan kurang mesra dan dari gerak laku mereka kita boleh tahu mereka kecewa.

Ya sebagai pelanggan kami faham...tapi saya mendoakan ALLAH memberikan mereka ganjaran dan gantian rezeki yang lebih hebat atas pengorbanan yang mereka lakukan.

So untuk mereka yang di amanahkan bekerja pada hari raya... pahala yang menanti sangat hebat! Tahniah kerana kalian akan beroleh ganjaran yang hebat dari ALLAH.

Ganjaran dari ALLAH lebih hebat dari ganjaran manusia... yang memang hakikatnya tidak dapat dinilai dengan mata kasar namun akan dapat dinikmati bila kita lihat dengan mata hati :)


Akhir kata...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!