Usaha separuh jalan macam bangunan yang tak siap?

Pernah tak kita renung rumah yang kita duduk sekarang...kita bayangkan kalau dulu contractor buat separuh jalan....adakah sekarang kita boleh mendiami rumah itu?


Anda pernah tengok bangunan KLCC baik secara gambar atau secara live ? Sehingga hari ini walaupun suami dah tak kerja dalam bangunan gah ini, tapi setiap kali masuk saya akan rasa bangga kerana Malaysia mempunyai satu bangunan yang gah dan menjadi mercu tanda bandar Kuala Lumpur.

Namun pernah kah kita lihat keadaan kawasan itu sebelum KLCC dibina?

Saya cuba google dan dapatkan beberapa gambar ini : Terima kasih kepada pemilik gambar.




Dikala kita melihat gambar ini...selagi bangunanan tak siap...tiada siapa yakin pun dengan apa yang nak dibina. Kerana ia masih dalam pembinaan.....

Sama dengan cita-cita dan impian....hanya empunya diri sahaja yang tahu apa yang dia mahukan.



Bila rangka naik sedikit demi sedikit...orang mula nampak dan ada sedikit kepercayaan atas apa yang kita cita-citakan....

Sama dengan cita-cita dan impian....meraih kejayaan sedikit demi sedikit akan membuatkan orang lain mula berkeyakinan dengan kita dan mereka dah mula menanam cita-cita mereka pula.


Di bahagian ini cabarannya sangat banyak...lagi tinggi bangunan itu lagi tinggi kos, keperluan, pengorbanan yang diperlukan. Malah cabarannya juga hebat. Adakala berlaku perkara diluar kawalan kita seperti hujan lebat yang berterusan, kemalangan....namun sebagai contractor mereka perlu tahu bagaimana nak uruskan perkara-perkara diluar kawalan ini.


Samalah dengan mereka yang mengusahakan impian...memang adakala datangnya cabaran yang bukan dalam perancangan tapi kita perlu tahu yang utama jangan panik. Kita perlu belajar nak uruskan dengan cara yang profesional. Normal dalam bisnes ada up and down tapi kita tetap perlu teruskan usaha.

Jujurnya ada ramai pengusaha impian akan cabut lari bila tak tahan dengan ujian dan cabaran....so apa yang mereka usahakan dibiarkan terbengkalai. Jadilah impian separuh jalan.

Ini juga berlaku dalam dunia bisnes...bila ada ujian sikit , mereka yang tak de ilmu akan lompat dari bisnes A kepada bisnes B...kalau dalam MLM dari syarikat Y kepada syarikat Z ...dan akhirnya takde satu pun mereka berjaya.

Tidak ketinggalan juga jenis mereka yang dah separuh perjalanan dalam bina sebuah impian...kerana tamak mereka tambah lagi impian baru dan akhirnya satu pun tiada yang lengkap sebuah bangunanan.


Cuba kita lihat bangunan KLCC sekarang....


Dari jauh kita nampak betapa gahnya dia....


Bila malam cahaya yang terpancar dari bangunan KLCC membuatkan ia bertambah gah dipandang...malah tak jemu mata memandang.


Inilah rupanya impian mereka yang berjaya menyiapkan sampai sempurna. Orang nampak bangunan ini hebat dan  gah tetapi orang lupa bagaimana bentuk asal tanah kosong tadi dan orang tak pernah ingat bagaimana pahit getir nak siapkan KLCC. Namun mereka yang terlibat dengan pembinaan ini akan sentiasa merasa bangga atas keringat yang ditabur untuk menyiapkan sebuah bangunan gah ini. Hanya mereka sahaja yang tahu betapa bukan mudah untuk menyiapkannya namun ia bukan satu yang mustahil apabila diusahakan sehingga menjadi sebuah bangunan yang gah.

Namun begitu perlu kita ingat bangunan yang hebat ini perlukan penjagaan yang rapi...supaya ia sentiasa bergemerlapan dan gah dipandang.

Begitulah sebuah kejayaan yang ingin dicapai dalam bisnes atau apa yang kita usahakan sekarang...cuba lihat apa yang kita buat hari ini...kalau sampai ke puncak...alhamdulillah namun jangan lupa bangunan yang dah siap perlukan penyelenggaraan atau kata lain maintainance. Tanpa maintainance ia akan pudar dan buruk akhirnya lenyap.

So duduk renung sekejap tentang hidup kita...adakah kita orang yang bina impian dan tinggalkan bila bermasalah kemudian bina baru dan ianya berulang sampai hari ini? Akhirnya tak nampak langsung bangunan [ impian ] yang sebenar. Agaknya sampai bila nak jadi pengusaha bangunan separuh jalan kan? Malah orang mula hilang kepercayaan pada golongan ini. 


Sebuah impian yang tak siap adalah ibarat sebuah bangunan yang terbengkalai....hanya kerana ego, tak mahu belajar dan tak sabar biasanya akan buatkan orang tinggalkan dan mulakan impian baru.

Cuba renung sekejap impian sendiri.....adakah menjadi sebuah bangunan

a) yang separuh siap?
b) siap tapi tiada maintainance?
c) siap dan terjaga?

Hanya kita yang punya jawapannya....





Saya masih pegang pesanan salah seorang guru kami...bila berniaga dalami ilmu bisnes itu sebanyak mungkin. Jangan mudah berpuashati...kena terus belajar dan tambah ilmu sehingga memang mahir dengan sangat bagus. Nak tambah income kerana duit terlebih? Invest tapi cuba cari bisnes yang tak perlukan komitmen kita. Banyak caranya antaranya berniaga dengan ALLAH yang pasti memang menguntungkan.


Cabaran dan Ujian adalah menjadikan kita belajar...belajar menjadi lebih baik dari sebelumnya jika kita mengambil iktibar atas segala yang berlaku.

So jom jadi pengusaha yang siapkan bangunan dengan sempurna...bukan bangunan separuh jalan :)


Happy closing untuk mereka yang closing esok!


All the best!







Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!