Makan gaji atau berniaga....paling utama jangan terperangkap dalam zon selesa.

Saya ada seorang kenalan dulu beliau makan gaji and be somebody dalam syarikat besar tapi lepas tu beliau lepaskan jawatan tersebut dan usahakan bisnes consultant.

Saya masih ingat lagi kata-kata beliau

" Makan gaji ni macam duduk bawah ketiak mak ayah...duit memang terjamin. Bisnes pula kena berdikari macam duduk rumah berlainan dengan mak ayah. Orang yang makan gaji dia tak perlu susah hati kerana setiap hari lakukan rutin yang sama...gaji tetap akan masuk. Berbeza dengan orang yang berbisnes....gaji ditentukan oleh usaha dan rezeki yang Allah beri."

Hakikatnya kalau makan gaji memang terjamin ... bangun pagi jam 8 masuk opis dan pulang jam 5 pm. Adakala bila sibuk kena pulang lambat sebab nak siapkan ikut due date yang bos bagi. Gaji yang tetap akan masuk bila masanya.

Berbeza dengan orang bisnes... bangun pagi sebab nak rezeki masuk lebih banyak dan lebih baik. Kena rajin belajar...walaupun ada rutin yang sama tapi kena ada strategi dan perancangan yang betul demi memastikan gaji sentiasa bertambah.

Untuk orang bisnes, individu itu perlu ada hala tuju, kalau tak pernah ada pengalaman bekerja maka perlu belajar dulu [ erti kata lain perlu ada mentor].

Orang kata bisnes ni macam kita melihat orang berenang....mata kasar nampak mudah aje. Bila tengok orang berenang kita pun nak berenang...tapi hakikatnya kalau tak pandai berenang tapi tiba-tiba nak terjun dalam kolam memang pasti lemas.

Namun yang pasti bila bisnes ....gaji  kita setimpal dengan usaha yang kita letakkan.


Kalau nak lebih kena kerja lebih... Paling utama jangan terperangkap dalam zon selesa :)


Persamaan antara makan gaji dan bisnes ialah kita tetap perlu kerja.
 Perbezaannya adalah hasilnya sahaja.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!