Kejayaan memerlukan proses yang berulang.

Dulu sebelum menjadi orang yang berjaya saya mempunyai satu pemikiran.... mengapa saya perlu ulang perkara yang sama? Kekadang frust  sebab melayan soalan yang sama tapi dari orang yang berbeza. Kadang-kadang ulang-ulang mengajar tapi anak murid masih tanya soalan yang sama.

Sampai satu tahap saya belajar sesuatu :


1. Adakala apa yang kita ajar di saat itu  mungkin si murid tak bersedia nak belajar.

2. Adakala apa yang kita ulang, kali kedua malah proses ulangan seterusnya kita akan lebih improve untuk cara menerangkan.

3. Proses ulang itu yang membuatkan kita mahir untuk menyampaikan.

4. Proses ulang itu buat kita lebih yakin.



Maka hakikatnya nak berjaya dalam satu bidang yang diusahakan kita memang wajib perlu lakukan proses ulangan.

Ulang menjawab soalan yang sama supaya kita lebih mengingat. Ulang menjawab soalan yang sama membuatkan kita lebih mahir menyampaikan. Ulang menjawab soalan yang sama membentuk nilai kesabaran dalam diri.

Dulu saya kurang sabar... namun proses ulangan mendidik jiwa saya menjadi sabar.

Ya saya ke kelas Shaklee dari mula saya join sampailah saya pindah ke Sarawak, adakala ianya perkara yang sama disampaikan sehinggalah ia melekat secara semulajadi dalam kepala ini.

Pengalaman, ilmu dan kehidupan seharian adalah guru yang membentuk pemikiran dan peribadi saya sekarang.

Saya tak mahu duduk dalam comfort zone kerana saya tahu Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai R&D yang besar, yang mampu membayar bonus kepada pengedarnya dengan sangat besar. Berbaloi kalau kerja keras.

Malah saya dah suami selalu berdiskusi untuk kes-kes yang saya handle setiap hari. Ianya adakala sama tapi tak serupa. Namun ia buat kami terus belajar menyelami pemikiran dan hati budi manusia.

Bisnes Shaklee bukan hanya cerita berkisar pasal vitamin dan duit tetapi sebuah nilai dalam kehidupan.

Nilai sebuah perhubungan, saling menghormati, menghargai diri dan keluarga serta organisasi dan hasil yang barakah.

Kasih sayang yang wujud hasil dari perkenalan bermula dengan produk itu akan lebih berkekalan sehingga hayat dikandung badan.


Saya suka bisnes ni...buatkan saya lebih matang dan yakin bahawa membantu orang sihat dan berjaya akan membuatkan kita lebih bahagia.




♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!