Back To Basic - Shaklee Pinnacle 15 Feb 2015

Ramai orang mencari cara untuk lebih hebat dan lebih berjaya namun dek kerana sibuk nak cari yang advance ramai yang lupa perkara asas.

Samalah dengan rutin harian kita...orang sibuk beritahu amal sunat Dhuha dan Tahajud untuk murah rezeki serta beberapa amalan lain namun orang lupa nak tekankan yang asas ialah SOLAT 5 WAKTU. Kalau solat 5 waktu diambil sambil lewa memang sampai bila-bila tak nampak kesan hebat dan berjaya. Ini guru agama saya sangat tekankan.

Dalam bisnes juga sama pasti ada basic. Ramai orang nak buat yang advance tetapi lupa yang asas. Asas itu perlu diperbaiki dan diperkukuhkan dari masa ke semasa. Bukan hanya buat sambil lewa dan sibuk nak tambah yang advance.

Kata buku Entreprenuership Hukum Langit ada 2 kunci hebat rezeki

yang kedua : sedekah

PERTAMA : Berbakti pada mak dan ayah

Namun ditekankan solat 5 waktu dalam memastikan amalan lain itu adalah tambahan bonus pada si pengamal.

Maka yang utama adalah asas mesti kukuh.

Maka kelas yang diadakan pada Ahad lepas 15 Februari 2015 adalah kepada mereka yang ingin mengukuhkan asas mereka. Bagi yang telah menyandang pangkat tinggi saya sarankan mereka hadir bersama anak buah yang baru dalam bisnes ini demi sama-sama belajar mendapatkan pengetahuan yang mendalam tentang asas Shaklee.

Alhamdulillah dihadiri lebih kurang 56 orang peserta pada hari tersebut dan sesi Mr Kelmen adalah paling menarik. Banyak yang saya dan suami belajar walau kami dah lebih 17 tahun dalam Shaklee memang tidak dinafikan adalah apa yang dinyatakan telah kami belajar dulu cuma terlupa nak aplikasikan dalam dunia bisnes hari ini. Memang penting menghadiri majlis ilmu kerana ilmu ini tidak pernah puas apabila kita terus belajar dan belajar.

Namun memang benar dalam hidup ini kita boleh membuat pilihan MEMILIH untuk datang majlis ilmu atau duduk rumah tengok cerita Melodi atau Hindustan namun tidak dinafikan juga adakala ada juga  yang telah MEMILIH untuk hadir tetapi TIDAK TERPILIH untuk bersama pada majlis itu disebabkan aturan ALLAH yang Maha Mengetahui. Maka pentingnya untuk MEMILIH menjadi orang berjaya dan berusaha berbuat baik dengan ALLAH agar menjadi hambaNya yang TERPILIH untuk berjaya , insyaALLAH.

Apapun saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat pada majlis ilmu tempoh hari baik secara langsung atau tidak langsung.

Jumpa kita dalam next sesi InsyaALLAH.









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!