Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

DOA yang selalu di sebut-sebut

Imej
Masa umur 14 tahun arwah abah suruh DOA minta jodoh dengan engineer. MasyaAllah ia menjadi kenyataan.
Masa umur 17 tahun arwah abah suruh DOA dapat graduate dari Universiti Malaya. MasyaAllah jadi kenyataan.
Masa umur 26 tahun saya selalu DOA nak pergi umrah dengan Shaklee. Umur 34 tahun saya merasa umrah pertama saya melalui Shaklee. MasyaAllah.
Ya semua yang diimpikan boleh bermula dengan DOA.
Capai atau tidak bergantung betapa kuat atau tidak kemahuan kita pada DOA kita DAN  dengan izin Allah jua.
Paling utama jangan cepat putus asa. Doa mungkin tak makbul dalam sehari dua yang pasti Allah akan beri bila kita sentiasa bersangka baik denganNya.

Berharap merasa umrah dengan Shaklee? Berdoalah dari sekarang. Bagaimana nak capai Allah akan bantu tanpa kita sedar. Saya dulu pun buat bisnes Shaklee bukanlah untuk dapatkan umrah semata-mata tapi mulut ni suka nak sebut satu hari nanti insyaAllah satu keluarga dapat umrah free dari Shaklee. Sedar tak sedar ia amik masa lama jugak ... Hampir 8 ta…

Anugerah 9 perkara melalui sunat tahajud

Imej

Health & Wellness Fair @ Shaklee Home Office

Imej

Trip Italy Shaklee : Cerita di sebalik sebuah senyuman.

Imej
Walaupun tidak bersama mereka di Italy namun kami boleh rasa kegembiraan yang sedang mereka perolehi. Kalau ada rezeki kami memilih Umrah Abu Dhabi dengan Shaklee.



Ya banyak gambar di fb yang bercerita trip Italy Shaklee namun tahukah anda bahawa di sebalik gambar senyuman itu ada banyak cerita yang tersembunyi ?

Tahukah kalian mereka ini adalah orang yang SEDIKIT tidurnya, BANYAK cabarannya, hidup dengan kritikan dan kutukan, dikhianati, melakukan kerja yang renyah, melalui banyak penolakan, menerima TEGURAN mentor dengan hati yang membina, bila gagal mereka TERUS mencuba, tidak malu bertanya, tidak malu nak maju dan mereka juga pernah ada rasa mahu berhenti berusaha TETAPI mereka TERUSKAN juga.
Apa yang mereka perolehi bukan hanya nilai duit tetapi kepuasan atas kerja keras mereka.
Untuk dapatkan trip istimewa ini perlu pengorbanan. Jika baru sedikit berkorban, jangan ungkit kerana ramai lagi yang berkorban lebih dari kita dan hasilnya ialah sebuah kepuasan.

Teruskan usaha... Belajar per…

Tulis IMPIAN dan SYARAT capai...baru nampak lebih jelas.

Imej
Masa memula join, ramai yang letak matlamat dan impian nak capai apa yang upline dah capai. Awal tahun ramai yang tulis azam baru....

Tapi pernah tak kita tulis sekali sifat dan mentaliti yang perlu kita siapkan untuk capai?


🎯 Saya nak dapatkan 4 tiket Umrah Shaklee 2017. ----------------------------------------------------------------
[ Tulis dan tampal depan fridge serta sebut selalu dengan anak-anak serta suami : Tahun 2017 kita berempat buat Umrah dengan Shaklee insyaALLAH]
[ Artikel lepas - Kisah London yang menjadi kenyataan]


ini biasa orang lakukan...




So nak bagus lagi tulis sekali

Apa yang perlu dilakukan untuk capai? 💪

🔥Berdoa tanpa putus.

🔥Sentiasa buat 'homework' yang diberi. Jika tiada SILA MINTA dengan upline.Jika upline tidak aktif sila dapatkan dari Super Upline.

🔥Kuat semangat dan cekal hati.

🔥SETIA, SETIA, SETIA

🔥Kena tahu bagaimana nak RECHARGE energy dalaman.

🔥Attend TRAINING Shaklee.

🔥Fokus pada SATU BISNES sampai berjaya supaya modal tak berpecah…

Bala yang disedari dan Bala yang tidak disedari.

العقاب المحسوس وغير المحسوس BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI
قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا". Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah  apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" 
فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".! Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!".
ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!! وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه]. "Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!! Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS".
إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير . Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.
ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟!  Bukankah telah berlaku ke atas dirim…

Mengapa Nutriwhite makeup remover sentiasa 'hot' dalam pasaran?

Imej
Masih ingat lagi seorang kawan saya share tentang Nutriwhite makeup remover...antara kata-kata beliau - Ini antara makeup remover yang terbaik dia pernah pakai kerana tak berminyak dan selepas memakainya kulit rasa bersih dan licin.

Saya tak berapa eager nak pakai sebelum ni sebab saya bukan kerja di pejabat dan bermakeup...so saya tak kisah sangat sebab pada saya pencucui muka Nutriwhite pun dah sangat bagus dan mencukupi.




Namun yang membuatkan saya ingin mencuba Nutriwhite makeup remover ini ialah apabila ada yang share selepas menggunakannya kulit tidak lagi berminyak dan white head or black head mudah hilang bila cuci muka dengan Nutriwhite make up remover.


Ya kadang-kadang kita memang tak pakai makeup pun tapi adakala memakai bedak compact yang dijual di farmasi membuatkan kulit kita mudah jadi berminyak jika teksturnya kasar dan menutup liang roma wajah.

Bagaimana cara memakai Nutriwhite Makeup Remover ini?


Picitkan sedikit di atas tapak tangan dan terus gosokkan pada kulit muka…

Kerana selalu sebut London, akhirnya beliau ke London !

Imej
Ada benarnya orang selalu kata apa yang kita sebut itu satu doa...nak-nak benda yang selalu disebut-sebut.

Ini adalah kisah benar  Pak Long saya bernama Abu Bakar.



Masa kecil dulu, arwah atuk ada cerita...Pak Long dipanggil abang Long oleh adik beradiknya termasuklah emak saya. Paklong saya punya karektor yang unik...seorang yang suka berlawak dan bila bersembang pasti ada sahaja terselit benda lucu yang boleh jadi bahan ketawa kami beramai-ramai.

Emak saya ada adik beradik yang ramai dan arwah atuk bukanlah orang yang senang. Namun mereka hidup bahagia seadanya.

Balik kepada kisah Pak Long saya...masa zaman persekolahan...menjadi satu bahan lawak cerita bila orang tanya mana Bakar?

Mak saya kata uniknya jika ada yang bertanya mana Abang Long? Pasti ada jek yang menjawab...Dia pergi London. Begitu juga bila arwah atuk tanya "Mana Bakar?" Jawapannya " Dia pergi London".

Mak saya cerita...zaman dulu kalau mak dan adik beradik lain bersidai tepi rumah dan ada kawan p…

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus.

Imej
Bila adakala datangnya ujian, adakala kita mahu kebenaran.
Tak perlu cari manusia tapi carilah Pencipta alam iaitu Allah swt melalui doa.
Ayat 6-7 surah Al Fatihah sangat jelas dan saya diajar baca doa ini ( dlm bahasa melayu) baca dalam hati ketika sujud terakhir semua solat.
InsyaAllah petunjuk Allah sentiasa ada bila kita berdoa dengan yakin.
Maka bersangka baik dengan Allah agar kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Dekati Allah melalui mengaji dan berzikir nescaya hidup kita akan mendapat panduan Allah yang Maha Besar!

3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT

Imej
Ya dulu saya belajar set optimum ialah Family Wellness... apa ada dalam set tu?

ESP - penting sebagai membina sel dan blok asas tubuh. ESP membina dan membaiki sel seterusnya sel dapat duplikasi secara sihat dan optimum.

Vitalea - nama khas multivitamin Shaklee yang lengkap dengan semua zat dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

B complex- Membantu sel lebih sihat dan aktif serta sebagai bahan bakar glukos [ gula] kepada tenaga.

Sustained Release Vitamin C - melindungi sel dan bertindak sebagai membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.



Namun zaman sekarang set minima ialah 3 jenis vitamin iaitu

Pasti ada yang bertanya mengapa Omega Guard?

Omega guard bertindak sebagai activator iaitu untuk membantu sel boleh berfungsi dengan normal dan juga boleh bertindak sebagai pembersih salur darah. Omega guard adalah fatty acid yang tidak dapat dibuat oleh badan tetapi hanya dapat melalui makanan atau supplement.

Kita sendiri terdedah dengan makanan yang tinggi kandungan lemak m…

Apakah anda seorang yang sibuk?

Imej
Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak membaca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan seperti yg dipesan. Dia mbaca Al Qur’an 3 juzuk sehari.
Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juzuk sehari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an ***********************
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah …

Testimoni produk Shaklee

Imej
Semalam masa kelas diabetes ada 3 orang yang berkongsi apa yang mereka rasa selepas mengamalkan produk Shaklee. Ini disaksikan lebih 35 orang yang berada dalam kelas Diabetes semalam.

Kencing manis ada 3 jenis.

Paling utama kita kena usaha untuk jaga makan dan cara hidup kita supaya kita berusaha mencegah diabetes.





\

Beliau , En. Farid membelikan emaknya vitamin kerana emaknya sering
mengadu sakit perut disebabkan gastrik. Emak beliau juga mempunyai masalah batu karang. Ajaibnya doktor sendiri terkejut dengan hasil yang mereka temui
apabila appointment yang sepatutnya dibuat untuk menentukan tarikh operation buang batu karang telah bertukar kepada satu yang luarbiasa!
Batu karang itu telah hilang.
Kuasa ALLAH yang mengizinkan semuanya berlaku.












Beliau, Puan Hida mempunyai masalah sukar membuang air besar. Kalau seminggu hanya beberapa kali sahaja. Namun beliau berkongsi selepas mengamalkan Herb Lax beliau akui sangat mudah membuang dan tiada lagi masalah pembuangan seperti yang beliau…

Miri Health Talk _ Beat Diabetes.

Imej
Malam esok Shaklee ada sediakan kelas kesihatan...topik yang menarik iaitu Cegah Diabetes.

Tak kena bayar pun...ianya percuma dan boleh datang beramai-ramai.

Ya kelas begini saya suka sebagai satu revision untuk kami terutama nak bantu consult pesakit kencing manis tentang pengambilan supplement.

Benarkah kencing manis itu penyakit keturunan?

Dulu saya pun ingat begitu...kalau nenek ada kencing manis, nanti mak pun dan lambat laun saya pun ada.

Tapi rupanya ia adalah kebarangkalian besar kerana ....


Bila nenek masak...dia akan ajarkan cara masak pada anaknya iaitu mak kita. Mak kita akan masak cara nenek kita masak....maka kita akan makan menu turun temurun.

Jika nenek suka manis, mak juga akan masak masakan yang manis dan akhirnya kita juga akan masak cara mak kita masak.


Kerana menu turun temurun maka penyakit menjadi penyakit keturunan.... kerana ia diturunkan secara tidak langsung.

Sebenarnya kelas esok akan lebih detail...apa yang saya tulis adalah cuma teori yang boleh diterima…

Vitamin C bantu kurangkan risiko STROK?

Imej
Strok selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, salur darah pecah, kolestrol tinggi dan stress..... namun tahukah kita bahawa ia boleh berlaku apabila salur darah kita telah mengeras akibat plak kolestrol ditambah kerana kekurangan vitamin C?

Dalam kelas Nutrisi yang suami saya selalu buat...pasti beliau akan tekankan betapa pentingnya vitamin C dalam diet harian kita. Ini kerana Vitamin C membantu salur darah menjadi elastik dan ia juga membantu pengaliran darah dengan lebih baik.

Ya mereka yang didapati mengalami masalah salur darah pecah [ khusu pesakit strok]adalah kerana salur darah mereka tidak lagi elastik malah mengeras disebabkan oleh plak kolestrol yang makin menebal. Ini akhirnya membuatkan salur darah mudah rapuh dan pecah.
Suami saya selalu memberi contoh getah paip air...Jika ia elastik pasti pengaliran air menjadi lancar tetapi apabila ia terlalu kering , hilang elastiknya maka ia akan menjadi keras dan mudah rapuh serta akhirnya mudah pecah.

Maka pengambilan vitam…

Special Twin Pack for November '15!

Imej
Get ready stock today! 0128535689!

Shaklee B.E.S.T di Kuching Sarawak

Imej
B.E.S.T nama singkatan bagiBangkok Express Success Training julung kalinya diadakan di Kuching Sarawak.
Alhamdulillah seramai lebih 30 orang yang menghadiri kelas yang kami anjurkan.

Ice breaking ...

Bangkok Trip by Master Azrin dari Miri
How To by Master Aishah dari Labuan

Online skills by Master Zuraifah dari Melaka.

Health Talk - Haze by Shaklee Nutritionist Tracy

Closing oleh saya sendiri 😍



Terima kasih kepada semua yang hadir. InsyaAllah BEST akan diadakan di beberapa tempat lagi.
Stay tune!
Pengedar Sah Shaklee Malaysia Norita & Naquib.






Vitamin E kurangkan rasa denyut sakit tempat ceaser.

Imej
Ya bila saya ingat vitamin E saya akan ingat lagi kesan sakit bersalin ceaser anak kedua... kerana dari situ saya tahu untuk hilangkan denyut di tempat yang dipotong memang saya amal Vitamin E secara konsisten.


Masa lahirkan Addin yang mana saya lalui ceaser juga...makan masa untuk hilang denyut di tempat yang dipotong... hampir 4 tahun jugalah.

Mak kata itu perkara biasa bagi yang pernah melalui melahirkan anak secara ceaser.

Jadi pada saya... ia perkara biasa dan saya kena lalui.

Bila lahirkan anak kedua...saya cuba vitamin E dan saya memang syorkan mereka yang ceaser amik vitamin E untuk cepat baikkan luka jahit di bahagian perut kerana sakit dibahagian abdomen.

Alhamdulillah sehingga hari ini tiada lagi denyutan dibahagian potong itu.

Kebaikan pengambilan vitamin E untuk ibu yang melalui c section adalah mengurangkan risiko luka jahit terbuka atau bernanah.

Namun satu yang saya perasan bila makan vitamin E dalam pantang akan kurang atau jarang rasa nikmat bengkak susu kerana fung…

Shaklee Health & Wellness Talk@ Miri Sarawak

Imej
Jom datang amik ilmu produk dan kesihatan sambil tu boleh juga tahu bagaimana nak dapatkan trip percuma ke Bangkok!


Ada special doorgift untuk mereka yang terawal hadir.
Jangan lepaskan peluang hebat ini!

Uniknya cara Rasul الله berniaga.

Imej
CARA RASULULLAH BERNIAGA ========================
TIDAK PERNAH BERDEBATRasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
TEKNIK MENJUAL YANG UNIK Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara mem…

Usia bukan halangan untuk berjaya!

Imej
Ya mereka upline kami... Usia tak menjadi halangan nak berjaya.
Mereka masih usaha dan terus usaha nak kembangkan bisnes Shaklee.
Mereka sedang sibuk kemaskini order by phone.

Vivix untuk elak sunburn?

Imej
Alhamdulillah memang dapat banyak manfaat bila bawa Vivix travel bersama!

Hadiah percutian Maldives untuk harijadi mak.

Imej
3 tahun lepas masa pertama kali kami sampai Maldives, saya berhajat nak bawa mak ke sana. Melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.

Setiap kali menatap album percutian Maldives pasti ia buatkan impian saya lebih kuat. Saya nak bawa mak saya ke Pulau Maldives lebih khusus Kurumba.

Ya mak saya bukan jenis yang suka berjalan tapi sebab saya yang nak mak tengok antara pulau tercantik di dunia. Maka mak pun ikutlah walau terpaksa guna wheel chair sebab mak mudah penat.

     Welcome gift.
Syukur hajat itu menjadi kenyataan. 

Kami masih memilih Kurumba sebagai pulau pilihan di Maldives. Mengapa Kurumba? Sebab ini adalah antara pulau yang mempunyai banyak pilihan restoren. Ada Italian restaurant, Indian restaurant, Arab restaurant, Japanese restaurant, Chinese restaurant dan beberapa cafe lagi.
       First time breakfast makan honeycomb dengan buah dan roti.
Memandangkan Maldives adalah negara Islam maka sangat mudah untuk dapatkan makanan halal. Alhamdulillah dan ini satu bonus untuk bercu…

Dah lama ahli tapi baru nak aktif, boleh ke?

Imej
Memang ada orang yang niat asal jadi ahli sebab nak beli produk dengan harga ahli....dan tidak lebih dari itu. Namun bila kenangkan mengapa tidak mencuba nasib ....mana tahu ada tuah di situ?

Itulah yang selalu saya perkatakan dengan ahli-ahli dalam organisasi saya....ya, betul niat dulu masuk ahli sebab nak dapatkan harga ahli tapi tak salah kalau sekarang nak jadikan kerja sambilan kurang-kurang bila dapat bonus kita boleh beli vitamin dengan duit bonus tu yang mana sebenarnya kita makan vitamin secara percuma.

Mungkin ada yang segan nak menghubungi sponsor mereka [ upline atau orang yang memperkenalkan produk kepada kita] nak beritahu nak jinak-jinak dengan Shaklee. Adatlah...sebab dulu niat nak makan saja cuma kini upgrade nak jadi pengedar aktif.

Bagaimana saya nak mulakan?

Cadangan saya :

Hubungi upline atau sponsor kita

Sebuah kereta sangat bagus jika kita lakukan penyelenggaraan [ maintainance] pada pusat servis mereka sendiri...sebagai contoh jika beli Honda, sangat bagus ki…

Clearance Sale - Beli 2 tapi bayar untuk 1!

Imej
Sekarang ada clearance sale untuk Vitamin E, iaitu BELI 1 PERCUMA 1!

Jom beli dan share dengan mak ayah!
Get from us today!
Call to order 0128535689.

Special promo and clearance sale for October 2015!

Imej

Health Talk @Miri Sarawak

Imej

Kulit sihat dan bebas jerawat.

Imej
Siapa sangka perkenalan singkat mengubah penampilan beliau hari ini?
Beliau dahulu mempunyai kulit yang bermasalah namun kini semakin cantik dengan pengambilan vitamin yang konsisten.
Beliau juga saya syorkan menggunakan make up remover dan beliau akui keberkesanan produk ini.

Mempunyai masalah kulit wajah yang sama? Ingin dapatkan produk Shaklee dan konsultasi ? Boleh hubungi kami di talian 0128535689 untuk order hari ini!

Kaabah Depan Rumah : Cerita yang banyak pengajaran sepanjang Raya Aidil Adha.

Imej
Saya sebenarnya suka menonton tv bila saya perlu masa bersendirian sambil nak mencari idea baru....

Oleh kerana anak dan suami sibuk dengan simulator ...dapatlah saya menonton tv cerita Melayu ....

Antara yang memang terkesan adalah cerita Kaabah Depan Rumah.

Sangat menarik  olahan pengarah cerita ini yang mengisahkan bagaimana seorang ayah yang sangat penyanyang dan gigih usaha mencari rezeki untuk menunaikan haji. Dalam mencapai impiannya sudah pasti banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Antara ujian yang terpaksa si ayah lalui ialah apabila si anak memerlukan duit walhal si ayah ini berusaha mencukupkan duitnya untuk menunaikan haji.

Namun yang pasti dalam banyak drama walaupun ia tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia namun yang pasti ia adalah perkara yang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini. Terutama kisah kehidupan anak apabila mereka jauh dari pencipta dan mereka tidak menghargai mak dan ayah mereka. Memang kehidupan mereka banyak ujian ter…

Shaklee Nutriwhite Make Up Remover - murah, selamat dan berkesan untuk kulit wajah yang sihat.

Imej
Semalam baru sahaja sampai 30 kotak Nutriwhite yang saya order sehari sebelum raya haji...
Pasti ada yang tanya mengapa saya beli sebanyak tu? Tahu tak ia antara produk yang hot dalam pasaran? Sekejap aje dah habis kerana kesannya yang sangat ketara terutama mereka yang ada masalah kulit wajah berminyak ataupun berjerawat.

Memang nama dia Nutriwhite make up remover tetapi serius lelaki pun boleh pakai kerana tak semestinya pakai make up baru boleh guna.
Bangun pagi saya akan capai Nutriwhite make up remover selepas gosok gigi...kerana saya suka muka saya bersih dari minyak apabila bangun dari tidur.
Dalam sehari saya pakai 2-3 kali kerana saya suka kulit wajah yang sihat... dan paling best saya dah jarang pakai masker kerana dengan penggunaan Nutrwhite make up remover saya dapati ia membantu membersihkan black and white head yang ada pada wajah.
Baru-baru ni anak bujang saya keluar jerawat...mungkin perubahan hormon....terus saya pesan dia pakai Nutriwhite make up remover kerana bany…