Sabtu, 20 Disember 2014

Kenapa kena berhenti makan vitamin?

Disember 20, 2014 0 Comments
Sebelum nak beli saya nak tanya....kalau esok lepas wajah saya elok boleh tak saya nak stop makan vitamin?

Jawapan saya mudah sahaja ; terpulang pada diri kita cara nak jaga kesihatan. Vitamin hanya pelengkap nutrien yang diperlukan oleh badan yang adakala tidak dapat diambil sepenuhnya dari makanan harian kita.

Makanan yang kita makan hari ini banyak telah diubah genetiknya seperti ayam khususnya. Secara tidak langsung kita terdedah kepada banyak bahan GMO iaitu genetiknya diubah suai kerana untuk memenuhi keperluan permintaan manusia hari ini.

Ramai anak kita hari ini yang terlalu memilih dengan makanan. Ada yang hanya suka makan ikan sahaja, ada yang suka makan telur ayam saja malah ada yang makan ayam pagi, tengahari dan malam...dan secara tidak langsung kita mempunyai makanan harian yang tidak seimbang.

Nak makan sayur , ia bukan pilihan hari ini. Nak makan buah, buah mahal pula. Banyak kekangan pada hari ini. Makanan segera pula terdedah dengan banyak msg dan garam.

Nak minum susu? Adakala tak lalu....

Situasi di atas adalah apa yang ramai kita hari ini  lalui....

Maka solusi kami ialah amik vitamin. Ditambah kami banyak travel dan vitamin membantu kami kekal sihat dan bertenaga. Alhamdulillah dengan izin ALLAH jua ia berlaku.

Kenapa saya kena berhenti amik vitamin? Kalau Vitamin memberi banyak manfaat pada kesihatan anak saya.
Kenapa nak berhenti amik vitamin kalau ia membantu kita kekal sihat?

Kalau makan banyak ubat rosak buah pinggang! Opsss dear, vitamin dan ubat dua benda yang berbeza.

Ubat diberi oleh doktor dan diambil dengan perskripsi yang lengkap oleh doktor dan ia diberi untuk mengurangkan rasa sakit. Vitamin boleh didapati untuk membantu melengkapkan keperluan kesihatan harian kita. Doktor juga beri vitamin pada ibu yang mengandung kerana apa? Doktor beri vitamin kerana ibu mengandung perlu cukup vitamin untuk keperluan diri dan bayi dalam kandungan.



Makan banyak vitamin boleh rosakkan buah pinggang?

Kenyataan ini betul untuk 3 perkara

1. Pengambilan vitamin yang melampaui dos dalam jangka masa panjang.
2. Individu KURANG  minum air atau pengambilan air tidak selari dengan keperluan badan.
3. Pengambilan vitamin sintetik dan terdedah dengan banyak bahan kimia.


Shaklee memberi jaminan malah menekankan 3 perkara tentang produknya iaitu


1. Sentiasa Selamat.

2. Setiasa berkesan.

3. Sentiasa mesra alam.



Ramai orang terlepas pandang akan isu ini. Kita bukan hanya mahu yang berkesan semata-mata tetapi dalam jangka panjang kita merana. Kita mahu yang selamat dan berkesan. Bonus apabila produk Shaklee adalah ia mesra alam.

Berminat nak dapatkan produk Shaklee demi kesihatan yang optimum? Boleh hubungi saya di talian 0128535689.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jerawat tanda masalah dalaman?

Disember 20, 2014 0 Comments

Pernah tengok gambar ini?

Bila saya tengok video tentang ini, saya rasa macam ada kebenaran.

Setiap kali saya travel atau saya kurang air, saya dapati memang senang jerawat keluar kat bahagian bawah mulut berhampiran dagu. 

Hakikatnya jerawat keluar disebabkan banyak faktor ; antaranya 

1. Stress
2. Hormon yang tak balance
3. Kurang air
4. Makanan yang tidak seimbang 
5. Persekitaran yang tidak sihat [ banyak pencemaran].

Saya juga sarankan untuk masalah ini pengambilan beberapa vitamin seperti Vitamin C , B Complex, Gla Complex dan Vitamin E. Selain itu jika individu itu mempunyai masalah jerawat batu saya sangat sarankan pengambilan Garlic dalam membantu mencairkan darah.

Fungsi vitamin yang saya sarankan boleh dibaca melalui entry sebelum ini Cantikkan Kulit dengan Vitamin.

Jika berminat nak dapatkan produk Shaklee dan konsultasi boleh hubungi saya di talian 0128535689.


Rabu, 17 Disember 2014

Ambil peluang beli vitamin Shaklee semasa promo!

Disember 17, 2014 0 Comments
Semalam kami sekeluarga diberi peluang attend taklimat pasal GST yang diadakan oleh Shaklee.

Alhamdulillah banyak perkara yang jelas disampaikan oleh VP Finance Shaklee Malaysia.

GST bukanlah satu perkara baru bagi negara lain....cuma nama aje lain. Macam kat London Paris mereka sebut VAT kalau tak silap. Singapore panggil GST ..

Masa GST semua barang dikenakan cukai , tiada terkecuali.

Adakah kita dah bersedia?

Oh ya untuk semua pengamal vitamin Shaklee jangan lupa ambil peluang beli promo-promo yang Shaklee berikan bulan ni tau sekurang-kurangnya kita ada sikit stok dengan harga yang sangat menjimatkan!

Beli Vitamin C Shaklee 2 botol dapat diskaun 5% !

Beli Vitamin E Shaklee 2 botol juga dapat diskaun 5% !

Paling best beli kolagen 3 kotak dapat 1 KOTAK FREE DAN PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE!!!!

Jom kita beli sekarang dan dapatkan penjimatan yang sangat banyak sebelum GST !

Sekarang baru saya faham kenapa banyak banner tepi jalan tulis

BELILAH SEBELUM GST !




 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 13 Disember 2014

Baru saya tahu kenapa kulit dia cantik !

Disember 13, 2014 0 Comments
Ada seorang Chinese lady ni, orang selalu cerita kulit dia cantik berbanding dulu. 

Bila orang tanya beliau beritahu amal makan vitamin C Shaklee  3-6 biji sehari!
Tu dia!!!

Orang kata dulu kulit dia tak berapa cantik tapi selepas makan Vitamin C memang nampak ketara beza.

Saya tak ingat nama dia tapi saya ingat kisah beliau pasal Vitamin C bila saya jumpa petikan dalam buku nota Shaklee saya yang lama berkaitan Vitamin C.


Berminat nak dapatkan Vitamin C 2 botol dengan diskaun 5% ?

Boleh call saya 0128535689 untuk membuat belian.
 

Astro GoShop - ada tv boleh beli !

Disember 13, 2014 0 Comments


Pernah tengok Astro channel 118 ? Astro GoShop dengan tema 
" Ada tv Boleh Beli " . Pada saya channel ni macam rancangan smart shop dulu-dulu. 

Sebenarnya barang yang dijual dalam Astro GoShop ni boleh tahan murah juga bila datang dengan pakej yang disediakan.

Contoh macam plastik Glad Press & seal itu di jual dengan harga RM90 untuk 4 kotak dan PERCUMA 1 kotak. Memang berbaloi!


 
Pembayaran pula tak semestinya kena pakai kad kredit atau kad debit tetapi boleh bayar tunai semasa penghantaran dilakukan atau kata lain cash on delivery.

Banyak juga barang yang dijual dalam channel tu... Dan yang paling penting pada saya " Ada Duit Boleh Beli "

Service penghantaran pula menggunakan servis Gdex dan sangat mudah.

First time dalam hidup beli barang yang dijual dalam tv... Memang puashati.



 

Jumaat, 12 Disember 2014

#shaklee : Kolagen Shaklee, Anjal, Cerah dan Sihat selalu !

Disember 12, 2014 0 Comments
♥  Shaklee  

Kolagen Shaklee ada formula baru ? Hmmm pasti lebih mantap !

Dulu saya sendiri rasa macam tak serasi amik kolagen so suami aje makan sorang. Tapi jauh di sudut hati memang jeles sebab tengok kulit suami dah makin bersih, cerah dan paling kagum mula licin! Tak boleh jadi ni...

Pengambilan kolagen membantu mengurangkan parut jerawat seperti ini dengan pengambilan yang konsisten.

So bila ada kawan yang share cara dia makan kolagen Shaklee, saya pun cuba....

Amik segelas air sejuk dibancuhkan dengan 1 sudu setengah ESP + kolagen Shaklee. Hari pertama try minum, ok so far nampak serasi.

Kalau tak esoknya biasa mesti naik satu jerawat dan lama-lama frust juga. Tapi saya tak putus asa sebab orang yang senang putus asa ialah mereka yang selalu rugi...itu yang saya pegang dari dulu.

Bila tengok suami lebih konsisten dan dia sendiri akui tapak kakinya juga lembut berbanding dulu yang banyak kulitnya yang dulu banyak kerak kini dah kurang!

Lagi jeles bila baca text whatsapp kawan-kawan yang makan kolagen bagi tahu payudara makin anjal dan siap ada kena tukar saiz bra lagi....hmm sangat menarik!

Selepas saya cuba beberapa kali resepi tadi alhamdulillah memang dapat beza tiada lagi jerawat yang timbul.

Oh ya selepas makan dengan konsisten hari-hari dapat rasa badan lebih 'kejap' atau kata lain anjal. Perut pun tegang kata suami saya.

Tahu tak semasa di Maldives saya makan 2 peket kolagen Shaklee sehari sebab nak hilangkan sun burn cepat....hahaha. Dah mandi tak ingat dunia kat laut ...ditambah Maldives tu panas oooo.

So far memang best la....

Kadang-kadang bila makan tengahari awal, jam 2-3 petang saya bancuh ESP + Kolagen Shaklee + Cinch Tea ....bancuh dengan air sejuk! Memang sedap la!

-----------------------------------------------------------

Tidak dinafikan ramai aje wanita terutama isteri yang dah lebih 35 tahun nampak tua dari suami. Badan dah mula menggelebih kalau tak jaga makan, tak exercise, tak jaga pengambilan air.... namun ramai tak sedar sampai kena tegur baru tersentak dari lamunan.

Saya masih ingat dengan seorang wanita yang membayar sekotak kolagen berharga RM600 lebih di sebuah farmasi. Ini bermakna kecantikan itu mahal sebenarnya :)


Berminat nak dapatkan promo kolagen Shaklee? Lepas ni Shaklee Kolagen mungkin tiada dalam pasaran antara 9-12 bulan dari sekarang kerana menunggu untuk pendaftaran dengan formula baru!

Beli 3 FREE 1 so kalau nak makan sebulan perlu dapatkan stok promo ini bersamaan dengan 6 set!
Paling untung 6 kotak percuma tu.... siapa yang tak amik peluang ni sangat la rugi. Promo habis 31/12 ni ya!

Stok Shaklee di Miri



♥  Shaklee  


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 11 Disember 2014

Apa yang surirumah boleh buat bila ada duit tambahan?

Disember 11, 2014 0 Comments
Seorang surirumah sebenarnya sangat beruntung kerana mempunyai suami yang berkemampuan untuk menanggung semua perbelanjaan rumahtangga. Namun kekangannya pula ialah bila si isteri nak hulurkan sedikit belanja buat emak sendiri di kampung.... bukan satu yang mudah jika belanja yang diberikan si suami adalah mencukupi untuk keluarga sendiri sahaja.

Walau bagaimanapun isteri yang bekerja tidak bermakna si suami tak mampu nak tanggung belanja rumahtangga tapi kadangkala pendapatan si isteri sangat membantu untuk mempunyai kehidupan rumahtangga yang lebih selesa.

Surirumah sekarang juga sungguh bijak kerana walaupun berada di rumah tetapi pada zaman kini dengan internet yang ada pada handphone tidak kurang kelebihan internet menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi , ramai yang mengambil peluang menjalankan bisnes secara atas talian.

Saya sendiri menjadikan Shaklee sebuah bisnes yang boleh dilakukan secara mudah atas talian dan boleh dilakukan di mana sahaja asalkan mempunyai jaringan internet.

Sekurang-kurangnya bila ada duit tambahan ....perkara berikut boleh dilakukan :

1. Beri mak duit belanja yang mencukupi. Bukan hanya untuk mak buat beli barangan dapur malah mencapai apa yang mak impikan dalam hidupnya.

2. Beli barang yang diimpikan.

3. Bercuti bersama keluarga tercinta setahun 2-3 kali.

4. Baju boleh hantar dobi.

5. Boleh panggil helper bersihkan rumah.

6. Bersedekah dan beramal.

Eh sebenarnya banyak aje boleh buat bila ada duit.

Namun kena ada usaha dan jalan yang betul.

Namun manusia ...dah nama manusia memang suka yang mudah, nak senang dan nak cepat ....namun benda yang sebegini tak kekal lama.

Hakikatnya kena ada ilmu, mentor dan kena percaya pada diri sendiri.



Apa pula kelebihan menjadi ahli Shaklee?
1. Boleh dapat bonus tanpa perlu ada downline.
2. Lebih banyak berkongsi lebih banyak bonus.
3. Siapa usaha lebih dapat lebih [ downline yang rajin boleh dapat bonus yang lebih hebat dari sponsor mereka]
4. Insentif kereta
5. Insentif Umrah bagi muslim dan percutian ke luar negara.

Kalau nak tahu lanjut, boleh call atau di Miri boleh buat appoinment dengan kami.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 10 Disember 2014

Vitamin E membantu surutkan bengkak ?

Disember 10, 2014 0 Comments

Adakah sebab cuaca sana panas maka berbotol-botol minum air pun masih terasa dahaga dan tekak kering? Balik dari Maldives memang terasa tekak ni tak sedap. Terasa macam bengkak pun ada. Tapi sebab saya banyak benda nak uruskan so tak boleh nak layan sangat rasa sakit. Cuma bila ada peluang saya rehat saya cuma lena 5-10 di sofa ruang tamu.


Hmm takut juga kalau yang rasa sakit tu tonsil... memang rasa tak selesa bila makan dan minum.

Waktu ni saya tak terfikir doktor tapi saya cuba fikir vitamin yang bantu kecutkan bengkak.

Saya makan vitamin lain macam biasa cuma saya double up kan Vitamin E. Siang semalam saya makan 2 biji vitamin E beserta dengan semua jenis vitamin yang saya makan.

Dah petang tu nak lewat ke maghrib ada rasa kurang. Saya minum juga Vivix 2 sudu besar petang tu dan alhamdulillah ada rasa surut sikit sakit tekak tu.

Sebelum tidur saya makan lagi 2 biji Vitamin E ...ini bermakna semalam aje saya telan sampai 4 biji Vitamin E. Saya bancuh lagi Vivix  2 sudu besar bersama segelas air sejuk. Omega memang saya makan 3 biji siang dan 3 biji malam. Saya tak tambah dos Omega saya rasa saya perlukan Vitamin E di kala ini.

Saya perasan bila amik Vivix banyak saya mudah nak membuang....bagus juga cuci perut.

Alhamdulillah bangun pagi ni dah kurang lagi rasa bengkak tak seperti sebelum-sebelum ini...

Saya syukur sebab ALLAH beri ilham untuk makan vitamin apa bila sakit....saya cuma double dos kan vitamin yang penting dan yang berkaitan dengan sakit yang saya lalui. Kenapa saya pilih Vitamin E ? Kerana fungsi Vitamin E adalah mengurangkan masalah bengkak yang dilalui.

Oh ya buat pengetahuan semua saya hanya akan amik dos tinggi pada vitamin yang saya perlu masa saya rasa kurang sihat. Tapi dalam masa yang tidak lama..maksima pun 3-7 hari bergantung pada keadaan saya. Sebab apapun ALLAH dah bagi tahu yang berlebihan dalam sesuatu itu boleh memudaratkan. Maka saya tak amik melebihi dos bila saya sihat.


So kalau anda ada masalah yang melibatkan bengkak boleh cuba amalkan Vitamin E. Dapatkan konsultasi dari pengedar anda atau jika baru mahu mencuba boleh call saya untuk pesanan dan lengkap dengan konsultasi di talian di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 9 Disember 2014

Macam mana saya nak kembangkan bisnes Shaklee saya?

Disember 09, 2014 0 Comments
Benarkan nak buat Shaklee tu susah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera, ditetapkan iman dan sentiasa beroleh rezeki yang halal lagi berkat.

Bestnya jadi ahli shaklee



Saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana sebenarnya nak buat bisnes Shaklee ini satu yang menyeronokkan. Ada beberapa downline dan sideline yang mula mengeluh betapa susahnya nak buat Shaklee. Namun satu yang saya sedar golongan ini tidak melengkapkan syarat yang pertama iaitu men "Shakleeize" kan hidup mereka.
Bila sakit amik ubat doktor.... makan vitamin bila ingat dan bila suka. Macam mana nak rasa kesan Shaklee kalau kita sendiri tak yakin ? Nak berkongsi pun akan jadi satu masalah sebab makan tak konsisten.
Hakikatnya syarat yang pertama adalah Shaklee kan hidup kita. Semuanya Shaklee baru kita tahu nikmat semua vitamin dan produk Shaklee. Dari vitamin, set kecantikan dan sabun guna barangan Shaklee insyaALLAH memang seronok!
Saya sendiri jadikan vitamin itu sebagai penawar bila sakit. Saya akan study pasal sakit itu dan google vitamin apa yang kurang yang menyebabkan sakit itu datang...alhamdulillah saya jarang dan dalam setahun boleh kira berapa kali saya jumpa doktor.
Bila kita makan vitamin selain keyakinan , nak consult customer pun senang. Takde la kita panik bila customer tanya cara makan dan yang berkaitan.
Bila dah makan, share kan kebaikan produk Shaklee pada fb, twitter, blog, kawan-kawan dan ahli keluarga.
Macam mana nak ajak mereka beli? Yang ni kita amal amalan menjemput rezeki yang saya ajarkan dari awal dulu iaitu zikir ya Wahhab, solat Dhuha , Tahajud dan amalan sedekah.
Bila nak berkembang dan jana income hebat kena hadiri banyak kursus Shaklee bukan kursus motivasi sebenarnya. Dalami produk. Saya tak pernah attend kursus motivasi kat luar kerana pada saya , saya tahu apa yang saya mahu. Saya hanya dapatkan semangat motivasi dari buku motivasi dan buku agama.
Mengapa agama itu penting?
Supaya kita tahu kebergantungan kita pada ALLAH bukan pada makhluk.
Bila ada agama kita berniaga dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang lebih mudah menjemput rezeki dari jiwa yang bergelora.
Allah yang pegang hati manusia mengapa tidak minta pada ALLAH?
Rezeki datang dari ALLAH, mengapa tidak minta pada ALLAH?
Segalanya perlu sabar. Mungkin ada orang yang rezekinya cepat tapi kita tak tahu mana kurangnya. Ada orang rezekinya lambat kita tak tahu apa kelebihannya. semuanya ada aturan ALLAH yang terbaik.
Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Kita cuma perlu fikirkan yang baik-baik dan sentiasa bersangka baik.
Mulakan hari dengan doa dan doalah yang baik-baik.
Saya amat percaya dengan kuasa doa kerana doa mampu mengubah sebuah kehidupan. 
Jadi, apa kata kenali Shaklee dan Shakleeize kan hidup kita dan insyaALLAH rezeki itu tahu alamat tuannya.
Selamat maju jaya!


♛ Call untuk beli vitamin atau jadi ahli Shaklee : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Allah beri pada apa yang kita sangka?

Disember 09, 2014 0 Comments
Adakala bilamana saya renung semula kisah saya...saya sangat bersyukur dengan apa jua yang ALLAH berikan.


Saya bukan pelajar cemerlang dari zaman sekolah. Selalu sangat sakit. Kaki selalu berkudis dan pernah berlubang macam orang sakit kencing manis. Mak selalu juga bising tanya kenapa nasib saya lain sangat. Selalu jumpa doktor sebab senang demam dan sakit alahan terutama bila makan makanan laut penyakit kudis saya menjadi-jadi.

Saya cuma percaya ALLAH selalu beri yang terbaik. Saya sentiasa bayangkan apa jua ALLAH beri adalah hadiah yang terbaik. Nak kata result hebat sangat dapat masuk Universiti Malaya? Tak juga. Tapi mungkin sebab arwah abah selalu bangun tahajud dan doa yang terbaik buat anak-anaknya. Kalau tanya saya bagaimana saya dapat masuk UM dengan result SPM yang biasa-biasa? Saya cuma jawab " Doa mak dan abah serta semua guru saya".

Saya juga bukan graduan yang grad dengan result cemerlang ...memadai dapat 2nd class upper. Alhamdulillah. Namun pada saya result tak jamin masa depan yang cemerlang pun. Syukurnya zaman Universiti saya puas didedahkan dengan projek kolej dan berurusan dengan pelbagai jenis golongan berpangkat yang melibatkan projek yang saya sertai. Bermula pangkat AJK Khas sampailah kepada Pengerusi Projek saya belajar banyak benda. Projek Universiti yang paling mencabar ialah Bola Sepak Sembilan Sebelah yang mana 70% AJK adalah wanita dan alhamdulillah dengan sokongan para senior ia berjalan dengan baik. Syukur sangat.

Apapun saya tetap bersyukur atas semua anugerah yang ALLAH berikan. Apapun yang kami perolehi adalah berkat doa mak abah dan para guru. Kini tambah dengan suami. Syukur. Saya cuma percaya nasib yang baik ini datang dari doa mereka.

Alhamdulilah saya masih ingat cikgu yang mengajar saya ABC [ Saya tak pernah sekolah tadika] dan nama arwah sentiasa dalam ingatan dan doa saya. Buat semua cikgu yang mengajar saya saya doakan kalian sentiasa dalam rahmat ALLAH.

Semoga ALLAH juga berikan saya peluang menjadi anak yang baik pada mak dan arwah abah. Walaupun masa hayat arwah abah pernah menyebut [ masa tu saya tingkatan 4 ] ... " Nanti dah kerja abah nak RM500 sebulan dari anak abah" ...walaupun saya tak kesampaian nak tunaikan hajat arwah syukur dengan rezeki hari ini saya mampu buatkan abah kenduri setiap bulan di beberapa masjid.

Saya selalu berdoa dan saya berharap sangat doa saya dikabulkan... Semoga mak abah ditempatkan dalam syurga ALLAH tanpa hisab. Mereka mendidik kami dengan jiwa yang penuh dengan kalimah ALLAH. Segalanya ALLAH. Yang baik itu datangnya dari ALLAH...yang buruk itu dari sikap kita sendiri.

Ya ALLAH jangan Engkau serahkan kami pada diri kami walau seketika cuma. Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Dan ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjukMu kepada kami.

Semoga Allah menempatkan kita  ke dalam golongan yang sedikit. Amin.

Allah beri pada apa yang kita sangka. Maka sangkalah yang baik-baik.



Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Beli sebelum GST ?

Disember 09, 2014 0 Comments
Banyak banner tepi jalan yang saya temui akan tulis ayat ini " Beli sebelum GST" termasuklah banner hartanah.

Di kala ini saya tak terfikir nak beli rumah atau kereta baru kerana memadai dengan yang ada alhamdulillah. Cuma saya fikirkan vitamin yang saya dan keluarga nak makan.

Serius saya mula belikan mak stok vitamin terutama Vivix la sebab mak memang nampak kesan bila makan Vivix untuk masalah diabetis yang mak lalui.

Apa jadi selepas GST? Mungkin ramai yang mengeluh dan ramai yang mula menjadi pengguna bijak. Kita pastinya akan lebih berhemah dalam berbelanja. Tak penting tak perlu beli.

Bagi mereka yang ada back up pendapatan insyaALLAH boleh juga compensate dengan side income yang diperolehi apabila hendak berbelanja.

Namun saya sentiasa berdoa.....Semoga Allah sentiasa memberi bantuan kepada rumah anak yatim, anak-anak sekolah tahfiz , rumah orang tua, kurang upaya.... moga Allah berikan pertolongan kepada mereka yang berusaha membangunkan Islam insyaALLAH.

Allah juga yang mengaturkan segalanya... kita kena yakin aturan ALLAH semuanya adalah terbaik namun kita kena juga usaha untuk dapatkan yang terbaik !

Oh ya untuk warga Miri next week 16 Disember adalah taklimat GST ya... jangan lupa luangkan masa untuk memahami apa sebenarnya GST dan apa yang kita boleh buat agar kita masih boleh dapatkan vitamin yang terbaik untuk kesihatan yang optimum !



 Salam sayang dari


 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 8 Disember 2014

Kebaikan membaca Al Quran

Disember 08, 2014 0 Comments

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 

 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

 

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

 

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

 

 Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

 

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

 

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

 

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

 

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

 

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

 

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

 

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

 

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

 

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

 

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

 

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

 

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

 

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

 

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

 

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

 

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

 

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

 

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”



Sumber : 

Sabtu, 6 Disember 2014

Hebatnya kuasa Doa !

Disember 06, 2014 0 Comments
Sehari sebelum tu saya memang dah menyebut beberapa kali kat suami untuk tengok Dolphin...walaupun tahun lepas sebenarnya dah tengok secara live 2-3 ekor Dolphine sedang berenang di tepi laut semasa kami sedang breakfast.

Tapi entah kenapa kali ni saya nak tengok sendiri dari atas boat.

Cuma dalam kepala saya, saya bayangkan staff hotel akan bawa kami kat satu tempat yang mereka tahu banyak Dolphin seterusnya membuat isyarat mengumpan Dolphin supaya timbul. Ini adalah apa yang saya sangka ok.

Namun sebelum keluar rumah saya banyakkan membaca doa ini ....sebelum itu saya niat Ya Allah temukan kami dengan Dolphin hari ini dan dapatlah anak-anakku lihat Dolphin di dalam laut. Selepas itu saya baca doa ini sebab saya amat yakin dengan doa ini....Allah takkan hampakan atau sekurang-kurangnya Allah berikan gantian yang lebih baik jika saya tak dapat apa yang saya hajatkan.

Anak-anak juga saya pesan perkara yang sama...berdoa dan terus doa.

Namun sebelum itu sedikit kecewa kerana pihak hotel kata tiada lagi boat yang available untuk bawa kami ke sana. Namun kami tetap ke Sport Recreation konon-konon untuk lihat apa lagi aktiviti keluarga yang dapat kami lakukan.

Alhamdulillah tanpa di sangka rupanya ada boat yang boleh bawa kami untuk Dolphin Tour. Harga pula ialah USD250 untuk 2 orang dan kanak-kanak adalah percuma!!! Oh syukur ya Allah kerana Kau berikan kami hadiah sebagai permulaan untuk kami lihat Dolphin.

Tanpa berlengah kami pergi bersama adik ipar saya Huda. So kami berlima. 

Naik private boat ini.....


Dan pengembaraan ke laut bermula.......

Jujurnya saya tak aspect apa yang saya lalui semalam... saya ingat mereka akan bawa kami dekat area yang berdekatan dengan pulau...tapi rupanya .....ke laut dalam!!!!!!

Air yang warna biru gelap kehitaman dan ombak yang sangat kuat!!!

Masih terbayang-bayang keadaan laut dalam semalam!

Memang banyak juga boat yang juga mencari-cari Dolphine tetapi ia bukan satu kerja yang mudah.

Saat dah rasa tak keruan tahap maksima saya beritahu suami maklumkan pada driver boat itu untuk terus pulang sebab takut dengan keadaan laut dalam ketika itu.
Namun mulut saya tak putus membaca ayat kursi sahaja ketika itu. Apabila driver membuat u-turn untuk balik semula ke hotel beliau ternampak seekor Dolphine yang sedang terlompat-lompat dalam laut yang sedang bergelora itu.

Apa lagi hilang sedikit ketakutan diganti dengan perasaan syukur pada Allah kerana mengizinkan kami melihat Dolphine di tengah-tengah laut!
Namun yang buat saya lagi rasa takut apabila biat dihentikan untuk melihat aksi si Dolphine tadi! 

Hello! Ombak tengah tinggi dan kita berhenti kat tengah laut dalam !!!! Syukurlah si Dolphine tu lompat hanya beberapa kali dan terus hilang. So kami teruskan perjalanan pulang....

Opss  driver ni bukan bawa kami terus pulang.... dia bawa kami ke Sand bank pula. Sebelum ni tak pernah tahu pasal sand bank tapi bila dah sampai baru tahu...ia pulau yang kecik.
Namun senario yang sangat cantik!

Ok amik gambar dalam beberapa keping dan kami teruskan perjalanan nak balik ke Kurumba.

Namun si driver bawa kami ke HuluMale pula iaitu pulau yang didiami oleh local Maldives people. Lepas tu baru pulang ke Kurumba.... saya rasa sebenarnya dia cuma nak manfaatkan masa yang kami bayar iaitu USD250.

Apapun saya panjatkan syukur pada ALLAH dalam keadaan kami dah nak give up ALLAH berikan juga kami peluang melihat Dolphine dalam laut dalam yang sangat bergelora. Penting sebenarnya doa...kerana dengan pasti Allah tahu bila masa yang terbaik untuk berikan apa yang kita doa dan hajatkan.

Nanti saya sambung lagi tulis tentang aktiviti kami hari ini pula insyaALLAH.


Jumaat, 5 Disember 2014

Uniknya Shaklee! Buat order walau di mana sahaja berada?

Disember 05, 2014 0 Comments
Alhamdulillah dah 2 malam kami di Kurumba Maldives...ini kali kedua datang Maldives dan kali kedua menetap di Kurumba. Best sangat ke sampai datang 2 kali?
Pada kami Kurumba best dan selesa. Mungkin bila anak dah mula bujang boleh pertimbangkan pulau lain yang lebih menarik.

Syukurnya kalau datang Maldives, Kurumba khususnya internet diberi secara percuma. Di rumah dan di restoren juga free. Itu salah satu faktor penting yang kami akan lihat sebelum travel. Kemudahan untuk akses internet.

Bukan hanya untuk update blog atau berlaman muka buku tetapi ia perlu untuk kemudahan customer dan ahli Shaklee berhubung dengan kami. Selain itu ia sangat membantu kami uruskan order ahli-ahli Shaklee kami juga.

Kami tak perlu risau urusan penghantaran kerana syarikat akan uruskan semua termasuk lindungan insurans untuk produk yang dihantar!

Kami sangat suka dengan servis yang Shaklee berikan kepada ahlinya.

Boleh akses website untuk pesanan vitamin dan inilah yang saya nantikan bila saya mulakan Shaklee secara online di blog dan forum!

So bagi anda yang dah test saya untuk pesanan vitamin anda, jangan risau saya tetap sediakan sedikit ruang untuk uruskan pesanan anda!

Bagi anda yang sedang membaca blog saya dan jika berminat untuk buat pesanan vitamin Shaklee, boleh whatsapp, telegram atau wechat kami di talian 60128535689.

Salam sayang dari Maldives!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia