Jumaat, 28 Februari 2014

Untuk ubah kehidupan kena ubah diri?

Februari 28, 2014 0 Comments

Sering kita diberitahu bahawa nak ubah nasib kena ubah diri. Tapi hakikatnya apa yang dimaksudkan dengan ayat itu?


Sebenarnya banyak faktor yang buat kita berada pada takuk yang sama. Namun jarang sekali kita sedar apakah punca sebenarnya kehidupan kita tak pernah berubah.

Ada orang yang sering diberi ujian dalam kehidupan....dan bagi mereka yang lemah semangat akan mendapati nasibnya sentiasa malang. Walaubagaimanapun cuba kita lihat punca apa yang berlaku.

Solat


Bagi muslim, adakah kita menjaga solat 5 waktu? Adakah hanya solat di kala mendapat ujian sahaja? Ada juga yang solat bila suka [ belang harimau], tidak kurang mereka yang solat penuh tapi solat kelam kabut tanpa thoma'ninah.

Apa kata kita ubah :

Jika sebelum ini tak jaga solat, kini kita jaga solat 5 waktu. Kalau sebelum ini solat kelam kabut, kita usaha solat dengan tenang dan ada thoma'ninah. Jika sebelum ini tak pernah solat sunat, kita usahakan solat sunat Dhuha dan perlahan-lahan solat Taubat dan Tahajud.



Rezeki

Ramai yang mendapati duit sentiasa tak cukup malah sentiasa mendapat ujian yang mana kena keluarkan duit untuk membayar atas sebab yang tak dijangka. Seperti contoh, bila dapat gaji aje tayar pancit, anak demam, barang keperluan rosak dan sebagainya.

Apa yang boleh kita ubah?
Bila dapat gaji apa kata bayar zakat ... [ walau hanya 2.5%] tetapi impak pada barakah itu sangat besar. Jika sebelum ini bagi mak ayah duit bila balik kampung tapi apa kata kita bagi setiap bulan dengan konsisten. Nak bagi berapa? Bagilah yang kita mampu tanpa terfikir ia akan mengurangkan duit belanja kita kerana barakah buat baik pada mak ayah ni CUKUP HEBAT.
Jika sebelum ini untuk mak ayah dan zakat kita jaga, apa kata kita usaha buat sedekah dan infaq [ wakaf] kerana pada sedekah itu terdapat fadilat yang hebat.


Sifat diri

Apa jua yang berlaku sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri... Walaupun ramai yang cuba memberi alasan tetapi sebenarnya alasan itu hanya untuk menutup kelemahan diri sendiri tanpa sedar kita telah merendahkan diri kita sendiri. Walhal dalam sesuatu perkara kita boleh berubah.

Jika dulu kita tak sabar, cuba belajar bersabar. Jika sebelum ini tak pernah mengaji, usahakan walau sehelai mukasurat Al Quran sehari. Jika sebelum ini kita malas, cuba rajinkan diri. Jika dulu usaha separuh jalan, kini usahakan sehingga selesai.


Mungkin benarlah kata orang, kalau tak tahu berguru. Berguru pun ada cara. Kita murid yang mencari guru, bukan guru mencari murid.

Percayalah semua di atas itu hanya sebahagian dari yang kita boleh ubah dari dalam diri kita. Nescaya kita beroleh kehidupan yang lebih baik dan merasa barakah atas setiap amalan yang kita lakukan. InsyaALLAH.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 Februari 2014

Shaklee Sarawak : Vitalea , Kromium dan Diabetis.

Februari 24, 2014 0 Comments

Masa 24 jam tu memang sebenarnya mencukupi untuk kita lakukan aktiviti harian cuma kadang-kadang kerana keletihan dan mood yang tidak baik kita dengan mudah aje bagi tahu tak berkesempatan. Saya kagum dengan biz partner yang buat Shaklee as part time tapi mereka ada masa nak update blog hari-hari dan uruskan keluarga mereka.

Vitalea Sarawak


Saya nak share tentang Vitalea Shaklee lama dah. Punya lama sampai bulan ni punya promo dah nak habis dah. Tinggal 5 hari aje.

Mak saya sangat selesa dengan Vitalea.

Ini cerita mak saya....

Beliau pengidap kencing manis level tinggi. Gula paras biasa pun 10-12. Kadang kala sampai takde bacaan sebab gula terlampau tinggi dalam darah.

So apa yang saya faham bila dah gula penuh dalam poket darah [ hemoglobin] saraf jadi kurang sensitif.

Maka oleh kerana itu pesakit kencing manis mudah rasa kebas di kaki dan tangan mereka.

Pengambilan Vitalea sangat membantu mak saya rasa bertenaga. Ini memang mak akui.

So selepas saya attend kelas nutrisi Shaklee, baru saya perasan sesuatu....Vitalea sangat penting untuk pesakit Kencing Manis kerana kandungan Kromium yang ada dalam Vitalea membantu saraf menjadi sensitif dan mempunyai ransangan yang lebih baik.

No wonder mak kata kalau dia rasa letih tak larat maka mak akan makan vitalea terus 2 biji. Mak akan rasa lebih bertenaga dan tak mudah kebas.

Sebenarnya fungsi Vitalea adalah makanan kepada sel atau lebih mudah dikenali sebagai Multivitamin. Dalam Vitalea ada semua vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk bina darah dan secara langsung memberi tenaga.

Biasanya kami amalkan sebiji sehari sahaja. Kecuali mereka yang ada masalah senang pitam atau kurang bertenaga disyorkan mengambil 2 biji seperti tertera pada botol.

Apa yang saya share ini adalah testimoni mak saya. Sekadar bersifat perkongsian semata-mata.

Nanti saya akan share lagi tentang kebaikan atau langkah yang baik dalam pengambilan vitamin.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 15 Februari 2014

Bukan mesin jahit biasa.

Februari 15, 2014 1 Comments
Selama saya berumahtangga saya tak pernah ada mesin jahit. Pada saya janji pandai jahit kalau setakat nak jahit butang, lipatan seluar atau zip jahit aje la guna tangan.

Tapi lately datang minat nak menjahit kaki jubah yang saya beli di Mekah dan Madinah. Jenuh juga menjahit guna tangan....hehehe alasan nak beli mesin jahit.

So saya pun belilah sebuah mesin jahit simple dan penjual kata memang sesuai bawak travelling.

Hah travelling? Kalau bawak LCD projector untuk travelling tu betul la kan....saya cuma nak satu aje supaya senang nak jahit.

Lepas beli pandai cari cikgu jahit. Sapa lagi kalau bukan Kak Su [ wife abang Awang Ikhsan].

Selama 1 jam saya belajar jahit kaki jubah dan kaki seluar sekolah Addin.

Best juga.

Lepas ni nak buat projek simple. Nanti dah siap baru saya upload.

Ni la dia mesin jahit simple tu....



So lepas ni jahit kaki seluar suami atau jubah sendiri tak perlulah masa yang lama.

Simple but nice.

Nanti saya share kan hasil projek saya bila dah siap lagi ya!



Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 13 Februari 2014

Selasa, 11 Februari 2014

Isnin, 10 Februari 2014

Shaklee Miri : Mencari semangat yang hilang.

Februari 10, 2014 0 Comments
Entry ini saya tujukan pada seorang hamba Allah dan saya yakin anda tahu entry ini khas untuk anda.

Sesungguhnya setiap kita ini diberi satu anugerah iaitu semangat.
        


Masihkah kita ingat semasa kita masih kecil, kita mula belajar bergerak melepaskan diri dari kain bedung yang mak kita ikat?

Dah mula bebas dari kain bedung kita mencari jalan bergolek ke kiri dan ke kanan sambil cuba mendongakkan kepala untuk mengisi perasaan ingin tahu apa yang berlaku di depan mata kita.

Bila mak ajar kita duduk, kita mula nak merangkak. Nak mula menggapai benda yang ada depan mata. Selepas belajar memaut kita beranikan diri bertatih perlahan-lahan. Tanpa jemu dan semangat yang membara kita berlatih berjalan sehingga badan kita mula stabil.

Tak cukup berjalan, semangat yang gah itu mencabar kita belajar berlari!

Wah kini semuanya dah mahir...kita dah mula bergelar kanak-kanak, seterusnya remaja dan dewasa. 
Mungkin ada antara kita yang terpaksa melaluinya tanpa ada kerelaan untuk membesar dan tidak puas dengan dunia kanak-kanak.

Namun perasan tak bila makin membesar kita melalui banyak cabaran. Cabaran demi cabaran. Ada antara kita yang hilang semangatnya entah mengapa. Ada yang belajar dari pengalaman dan semangatnya terus menerus membara melayari bahtera kehidupan.

Jom kita cari semangat yang hilang! Bangkitlah dari lena yang panjang! Usah lagi memgelamun. Kini bukan masa untuk bersenang tetapi masa untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih baik dan membantu lebih ramai orang lain yang turut mahu berubah.

Buat kamu sahabat; belum terlambat untuk berjuang sehingga ke titisan yang terakhir.

Apapun pesanku

Anak raja naik kuda
Kuda diikat dengan tali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali!

Sahabat seperjuanganmu
Norita

Ahad, 9 Februari 2014

Rindunya Raudhah, Madinah dan Kaabah

Februari 09, 2014 0 Comments
Petang tadi tergerak nak melawat mak angkat saya merangkap bidan saya Makcik Maznah. Kelmarin dah janji nak pergi melawat tetapi kekangan masa menyebabkan ia tergendala.

Alhamdulillah tengahari makan dengan Faiz dan petang dapat jumpa dengan Makcik Genati, Pak Mat dan bidan saya Makcik Maznah.

Masing-masing bercerita rindunya saat di Mekah dan Madinah dan berharap tahun depan kami ke sana lagi.

Makcik Maznah hidangkan biskut dan kopi panas...hmm sedaplah kami minum petang di sana. Sejam lebih juga kami bersembang beramai2. Maklumlah mereka bertiga ni pertama kali ke umrah.

Memang masih terasa dan termimpi-mimp tawaf Kaabah sehingga selepas seminggu balik dari sana.

Ya Allah janganlah Kau jadikan ia umrah kami yang terakhir. Jemputlah kami ke sana lagi. 


Moga diberi umur yang panjang untuk ke sana lagi. Amin.

        




Jumaat, 7 Februari 2014

Shaklee Miri ; Pokok Sawit Vs Pokok Cili.

Februari 07, 2014 0 Comments

Adakah anda rasa cara tanamnya sama? Keperluan tanah yang sama? Masa yang sama menghasilkan hasil tanaman?

Hasil jualannya sama atau berbeza?








Cuba renungkan dengan apa yang anda usahakan sekarang.






 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 6 Februari 2014

Jantung saya nak tercabut !

Februari 06, 2014 0 Comments
Masih ingat kat Maktab dulu, kerana dah tak buat tuition dari rumah, saya cuba dapatkan part time jon as Tutor untuk OUM [ Open Universiti].

Pergilah interview dengan penuh semangat.

Setibanya saya di tempat temuduga, jantung saya bagai nak tercabut!!!!!!




Nak tahu kenapa?

Sebab orang yang memang sentiasa buat saya sedih, menangis dan sentiasa menyindir saya di Maktab ada kat situ!

Beliau juga menghantar anaknya untuk temuduga.

Huaaa.....masa tu saya tak mengharap sangat nak dapat. Sebab hilang semangat bila terlihat kereta  hamba ALLAH  ini.

Masih ingat saya pernah balik dengan keadaan menangis dari maktab sambil driving. Balik lepas kena marah!
Semasa berhenti di traffic light simpang nak balik rumah, sebenarnya saya berselisih dengan suami saya yang juga berada bertentang dengan  kereta saya. Namun sebab hati bersedih dan mata berair mana lah nampak semua tu.

Itu cerita dulu....cari kerja sebab nak bantu suami support belanja rumahtangga.

Namun saya bersyukur saya ditemukan dengan dia [ hamba Allah ini]. Mengenali beliau membuatkan saya belajar menjadi diri saya sekarang. Terima kasih puan. Saya sangat bersyukur kerana saya menjadi diri saya sekarang yang lebih kuat dan berani.

**************************************************

Tapi kini semuanya lain! Saya masih mengajar dan kini saya boleh lakukannya di rumah sambil anak baring atas riba. Sambil temankan suami di rumah.

Anak murid saya banyak di seberang laut dan kini dengan internet dunia menjadi tanpa sempadan.

Tiada yang mustahil.

Hebatnya dalam begitu, 2 orang baru mendaftar ahli hari ini dengan 200 uv! Sahabat baik saya yang kini dah capai rank Sr Supervisor dah berjaya buat sales RM3 ribu dalam masa 3 hari !

Semuanya tiada yang mustahil. Anda mahu ubah nasib anda? Jom sertai group kami!

Saya dan suami sedia membantu anda! Paling utama anda MAHU ubah nasib anda!

. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 5 Februari 2014

Shaklee Miri ; Rahsia kejayaan melalui ZIS ?

Februari 05, 2014 0 Comments
Mengapa orang kaya terus kaya manakala orang miskin masih di tahap yang sama?

Apakah yang dilakukan oleh orang-orang yang semakin berjaya dalam bidang yang mereka usahakan?
Setelah mengamati modus operandi mereka dalam bidang yang mereka usahakan ternyata tidak banyak perbezaan iaitu antaranya

1. mereka ini jelas dengan matlamat kehidupan.
2. mereka gigih dan punyai hati yang cekal.
3. mereka tidak merungut malah terus sabar mengusahakan apa yang diusahakan.
4. mereka yakin dengan rezeki yang ALLAH beri.


Ya, golongan yang berjaya hakikatnya mereka yakin rezeki ini datangnya dari ALLAH yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Dalam meniti kejayaan mereka terselit satu rahsia mengapa mereka terus berjaya. Jujurnya mereka ini mengamalkan ZIS !

Apa itu ZIS?

Z itu adalah Zakat. Zakat adalah wajib ke atas semua umat Islam. Namun mereka yang layak menerima Zakat adalah hanya 8 asnaf yang menepati syarat yang ditetapkan. Zakat lebih mudah dibayar di pejabat baitulmal kepada amil yang terlantik.

Infaq adalah sebahagian dari sedekah. Namun Infaq lebih khusus iaitu menggunakan hartanya pada jalan Allah demi kebaikan. Contohnya mewakafkan telekung pada surau, atau musolah di shopping mall, menghadiahkan kipas pada surau, membelanjakan hartanya pada jalan kebaikan dan memberi manfaat pada ramai umat manusia serta membelanjakan wang untuk memberi makan pada haiwan jalanan juga adalah infaq.

Sedekah pula boleh diberi dalam banyak bentuk. Contohnya senyumanan itu satu sedekah. Sedekah juga boleh dalam bentuk hadiah. Pemberian wang bulanan pada mak ayah adalah Hadiah dan bukan sedekah.

Siapa yang boleh bersedekah? Hakikatnya semua kita mampu bersedekah.

"Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami shalat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka boleh bersedekah dengan kelebihan hartanya (sedangkan kami tidak boleh)." Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemunkaran adalah sedekah, danhubungan jima' kalian (dengan isteri) adalah sedekah." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan pahala?" Rasulullah SAW menjawab, "Bagaimana pendapat kalian jika ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram, apakah ia berdosa? Demikian juga jika melampiaskannya pada yang halal, maka ia mendapatkan pahala." (HR. Muslim)

Hebatnya sedekah di sisi ALLAH. Tidak semestinya melibatkan wang ringgit pun mampu kita semua melaksanakannya.

Malah tahukah kalian solat sunat Dhuha itu satu sedekah?


"Dalam tubuh manusia terdapat 360 persendian (ruas tulang), maka wajib bagi setiap persendian diberi sedekah. Lalu mereka bertanya, siapa yang mampu melaksanakan semua itu wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab, kamu cukup menutup (membersihkan) air ludah yang ada di dalam masjid dan menyingkirkan sesuatu yang menghalangi jalan …. lanjutannya …. Jika itu semua tidak mampu engkau laksanakan, cukuplah bagimu melaksanakan 2 rakaat shalat dhuha" 

Maka apakah lagi alasan kita untuk tidak melaksanakan sedekah?

Oleh kerana itu pernah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini yang bertajuk : Untuk Ubah Kehidupan Kena Ubah Diri.

Hakikatnya tiada manusia yang dilahirkan dengan nasib yang kurang baik. Semuanya balik pada kita sendiri untuk mengubahnya. Lakukan yang terbaik akan mendapat hasil yang baik.

Apa kata mulai bulan ini kita usahakan ZIS ? 
Zakat itu pembersih harta manakala Infaq dan Sedekah itu penolak bala.

Shaklee Miri

Jom kita perbaiki kehidupan bermula dengan diri kita dahulu, insyaALLAH.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Shaklee Miri Dunia Penyusuan Susuibu : Makanlah dengan ilmu

Februari 05, 2014 0 Comments

Semalam saya menerima satu panggilan telefon dari seorang ibu yang suaranya kedengaran seperti beliau sangat tertekan. Bertambah pelik beliau cuma menerangkan bahawa beliau mendapat no tel saya dari seseorang yang mengatakan saya handle konsultasi penyusuan susuibu yang melibatkan vitamin Shaklee.


Hmmm dikala itu saya memikirkan bahawa mereka yang memperkenalkan produk Shaklee pada si ibu ini pastinya tidak berkeyakinan atau tiada pengalaman penyusuan yang berkaitan dengan vitamin. Malah ramai pembeli hanya berminat untuk mendapatkan tawaran harga produk tanpa memikirkan service after sales.

Berminat untuk saya share kan sebenarnya masih ramai ibu yang  mengalami masalah susu tiada atau susu mudah kering. Banyak faktor yang berkait rapat dengan perkara ini antaranya ialah puting susu tenggelam. Biasanya bila ini terjadi si anak pada peringkat permulaan akan merasa susah untuk menerima keadaan itu. Terutama bayi yang baru lahir dan ini akan membuatkan mereka kerap menangis dan tidak puas menyusu. Tidak ramai ibu yang punyai hati yang cekal untuk melalui satu keadaan bayi yang hendak menyusu sambil merengek tidak selesa dan puas. Biasa si bayi akan menangis sekuat hati selagi tidak dapat menghisap dengan keadaan yang selesa. Ditambah pening bila ahli keluarga terutama suami atau mak si ibu memberi cadangan untuk susu formula.

Bagi ibu yang tak kuat semangat, akan mengambil jalan mudah memberi susu formula walaupun pada peringkat permulaan hati berkobar nak beri susu badan.

Melihat dari sudut satu lagi, adakala ia mungkin aturan ALLAH ; bukan rezeki anak untuk mendapat susuibu.

Namun bagi mereka yang cekal dalam diam, mereka akan usahakan juga melalui sesi perahan.

Walau bagaimanapun tanpa ilmu, semuanya akan sia-sia.

Sesi perahan sebenarnya memerlukan komitmen yang tegas dari si ibu. Sesi perahan perlulah dibuat pada masa dan jarak yang konsisten bukan hanya pam ikut suka hati si ibu.

Pemakanan ; si ibu perlu memahami bahawa untuk menjayakan penyusuan susuibu, 6 bulan pertama terutamanya si ibu perlulah menjaga pemakanan hariannya dengan baik tanpa ada niat untuk menguruskan badan. Ini kerana apabila si ibu sibuk untuk menguruskan berat badan rata-rata akan mengawal pengambilan  makanan harian dan ini sedikit sebanyak boleh mengganggu keperluan badan dalam penghasilan susuibu yang lancar. Pengambilan air juga penting namun hanya segelintir yang mengambil berat tentang hal ini.

Bagi ibu muda apa yang boleh saya sampaikan adalah; dalami ilmu penyusuan dengan sebanyak-banyaknya sepanjang mengandung. Supaya anda tidak panik bila menghadapi cabaran sepanjang menyusukan si comel anda.

Vitamin tidak banyakkan susu namun ia membantu dalam penyediaan fizikal dan rohani ibu yang mantap dalam menjayakan penyusuan. Cara pengambilan makanan yang betul sangat membantu si ibu itu mendapatkan hasil yang insyaALLAH tidak mengecewakan.

Pucuk pangkal balik pada diri kita. Hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita dari baik kepada yang lebih baik.



Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Februari 2014

Mendidik anak sendiri....

Februari 04, 2014 0 Comments

Dulu masa jadi cikgu, otak ligat nak cari bahan mengajar supaya anak murid faham. Ditambah kalau mengajar subjek Sains. Untuk subjek Maths sebab saya minat dan memang basic dulu pun Maths jadi lebih mudah.


Kini saya mengajar anak di rumah. Memang seronok home schooling bila kita boleh fokus masa untuk anak. Oleh itu, bila malam hp saya memang saya silentkan la untuk anak-anak tahu hati saya dengan mereka. So bagi mereka yang call or whatsapp memang lambat sikit saya reply.

Hari ini saya mengajar Addin Sains topik Mikroorganisma. So selepas dah baca nota, untuk dia tak boring, saya buka youtube untuk dia mendalami lebih dalam tentang apa yang dia perlu tahu. Bagusya Nasa juga enjoy tengok video yang berkaitan dengan mikroorganisma.

Nasa pula saya latih buat spelling dan penulisan. Alhamdulillah ada improvement.

Seronok juga sebenarnya. Ditambah kami banyak travelling, jadi supaya mereka tak ketinggalan pelajaran, saya kena jadi cikgu anak sendiri.

Ahamdulillah Maths takde masalah malah tak sabar dua anak ini nak join Shaklee buat bisnes. hehehehe. So lepas ni kena cari banyak bahan untuk saya jadi cikgu kelas malam dengan anak2. Siang dah beri masa untuk anak didik bisnes.

Hakikatnya kita kerja untuk beri yang terbaik untuk anak dan keluarga maka memang wajib ada masa dengan anak-anak....Jom kita tambahkan masa kualiti dengan mereka.



 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia