Rabu, 29 Januari 2014

Gambar kenangan Umrah Special 2014

Januari 29, 2014 1 Comments

Masih ingat kali pertama saya dijemput menunaikan umrah bersama Shaklee....satu kenangan terindah dalam hidup. Menjadi impian saya bertahun sebelum itu untuk menunaikan umrah melalui Shaklee. Syukurnya pada tahun 2012 impian saya menjadi kenyataan.


Syukur juga pada 2013 kami dijemput sekali lagi melalui Shaklee dan kali ini adalah Umrah Dubai.
Setiap kali ke sana saya berdoa untuk datang bersama ahli keluarga saya.
Alhamdulillah Allah kabulkan doa saya dan tercapai juga impian untuk menunaikan umrah bersama seluruh ahli keluarga [ kecuali adik bongsu kerana isterinya dalam pantang] .

Tahun 2014 saya buka perjalanan saya dengan umrah bersama mak dan 5 adik saya termasuk ipar duai, mak ayah mertua, adik ipar, sahabat saya Faiz dan keluarga, mak angkat merangkap bidan saya, turut serta jiran bidan saya dan 2 anak didik bisnes iaitu Nusrat dan Aimi.

Mekah Madinah 2014

Umrah kali ini kerana majoriti adalah ahli keluarga maka saya buat keputusan untuk pilih flight dan hotel untuk kami menginap. Pada 16 Jan kami bertolak dan transit di Dubai. Selepas itu meneruskan perjalanan terus ke Madinah. Cuaca di Madinah sangat sangat sejuk. Pengalaman umrah baru buat kami semua.

Alhamdulillah dapat menziarahi Rasullah saw. Dua kali berpeluang berdoa di dalam Raudhah atau nama lainnya Taman Syurga.

Umrah Family 2014


Shaklee Team 2014

Umrah kali ini adalah pengalaman hebat kerana ramainya umat pada waktu ziarah kali ini.

Selepas bermalam 2 malam di Madinah, kami meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari Ahad. Sejurus sampai kami makan malam dan terus melaksanakan umrah bersama-sama.

Sepanjang di sana, ada beberapa tempat kami ziarah seperti pakej umrah lain.
Faiz Shaklee Tukau Miri
Sahabat saya yang dah macam adik beradik sendiri... Faiz dan anaknya Mishary.


Shaklee Umrah 2014
Bersiap nak buat umrah.
Shaklee Miri
Mishary keletihan dan terlena sambil menunggu kami menyiapkan umrah....sesi bertahlul.
Shaklee Miri
Bergambar di Bukit Tsur.
Sebelah kanan gambar ; Faiz [ SID Kawasan Tukau Miri] manakala sebelah kiri sekali Makcik Maznah [SID kawasan Tudan Miri]  

Umrah 2014
Ziarah Ladang Unta sebelum ke Muzium.
Di Muzium
Wajah-wajah riang sepanjang ziarah luar....

Miri Shaklee



Hari perpisahan...

Shaklee Miri

Saat-saat manis sambil menunggu bas untuk berangkat ke airport Jeddah...

Umrah 2014

Pengedar Sah Shaklee
Sahabat seperjuangan.....

Umrah Shaklee 2014
Nusrat, Saya dan Aimi.


Masa berjalan begitu pantas sekali....26 Jan kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.

Dan 27 Jan kami berangkat balik ke Miri. Esok dah balik ke KL semula atas perjuangan yang belum selesai....

Moga ada rezeki kita buat umrah lagi !


Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 Januari 2014

Umrah 2014

Januari 25, 2014 0 Comments
Lama tak menulis blog...memang rindu nk menulis. 

InsyaAllah saya akan share kan pengalaman umrah sekeluarga kami untuk tahun 2014.

Syukur kerana Allah mengizinkan kami sampai dan mengerjakan umrah.

Moga kami dijemput lagi pada masa akan datang.

Jumaat, 10 Januari 2014

Belajar atas katil?

Januari 10, 2014 0 Comments

Zaman dulu bila cerita tentang meeting, otak kita membayangkan pakai baju kemeja dan suite, wanita pakai skirt labuh dengan dress, meja meeting yang besar dan masa yang berjam-jam.

Kerja dari rumah


Tapi kini semuanya dah canggih. Orang boleh meeting sambil pakai kain pelekat atau si isteri pakai kain batik, sambil minum air cicah biskut atau sambil landing atas katil pun boleh attend meeting secara online.

Hebatnya dunia pada zaman ini...yang pastinya jauh beza dengan meeting dulu kala.

Mungkin bukan hanya meeting tetapi juga kelas yang berkonsepkan online...semuanya ada. Tak perlu kerap buat kelas seperti dulu. Kini semuanya online dan menjimatkan masa, minyak dan banyak lagi perkara.

Di kala ini saya sedang mengajar menulis blog disamping anak kecil saya tidur di atas riba. Manakala attendees sedang tekun menatap di skrin komputer atau handphone mereka.

So bisnes lebih mudah! Kita dapat banyak masa dengan family.

Anda nak sertai kami? Jom, jangan tunggu sampai terdesak anda akan mula buat bisnes dengan stress. Bagus mula sambilan dan akhirnya sepenuh masa.

Selamat belajar buat semua attendees dan sampai jumpa lagi.


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Bahaya Vitamin ?

Januari 10, 2014 0 Comments

Jangan makan banyak vitamin nanti boleh sakit kanser atau paling biasa nanti kena sakit buah pinggang.


Inilah yang dimomokkan dalam minda orang kita bertahun lamanya.

Hakikatnya saya yang dah lama dalam line supplement ini sendiri merasakan hakikatnya ada 2 golongan manusia : yang sihat dan menjadikan supplement sebagai part of keperluan tubuh dan satu lagi golongan yang bergantung sepenuhnya dengan pengambilan makanan harian.

Sebenarnya dua-dua tak salah pun. Kita berhak ke atas badan kita. Kita punya pilihan nak jaga macam mana.

Sama macam kita kemas rumah kita sendiri, kita punya pilihan nak atur sofa dan meja serta almari dalam keadaan yang kita senang dan selesa.

Namun benarkah pengambilan vitamin boleh menyebabkan kanser atau sakit buah pinggang?

Sebelum kita bercakap tak tentu hala...balik kepada Qada' dan Qadar

Segalanya datang dari ALLAH. Namun , ALLAH takkan ubah nasib kita kecuali kita yang mencorakkannya.

Jadi penyakit itu datang dari ALLAH dengan IZINnya dan tindakan kita itu adalah sebab musabab yang menjadikan ia berlaku.

Vitamin boleh rosakkan buah pinggang?

1. Kalau vitamin itu sintetik ada kemungkinan besar boleh beri kesan jangka panjang. Sebab badan kita bukan bahan sintetik.

2. Kalau makan overdose dan berlarutan ada juga kemungkinan.

3. Kalau makan vitamin tetapi malas minum air, ada kemungkinan membebankan buah pinggang.


Vitamin punca kanser?

Kanser akan terlahir bila badan trigger. Ada bahan yang buatkan ia keluar dan menzahirkan diri. Maka sebab itu bila makan vitamin, jangan sesekali abaikan pengambilan vitamin yang mencairkan darah seperti garlic, Omega dan Lecitin. Ia sebagai usaha dan langkah berjaga-jaga. Penyakit itu datang dari ALLAH jua.

So apapun, jangan berlebihan. Bila berlebihan memang binasa badan.

Salam Jumaat!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari





 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 9 Januari 2014

Kunyah Lecitin elak tercekik?

Januari 09, 2014 0 Comments

Masa awal saya kenal Shaklee, saya tak boleh nak telan lecitin. Saya rasa nak tercekik setiap kali lepas makan lecitin. Rasa kelakar pun ada. 


Lecitin untuk kurus
Ihsan dari blog Rahsia Vitamin


Apa yang saya buat sebab tak boleh nak telan lecitin? Saya KUNYAH. Bayangkan kalau kena makan 6 biji sehari bermakna saya akan kunyah 6 biji sehari.

Rasa macam mana? Hmm tak sedap pun. Sedap lagi saya makan kunyah Omega ! Ada juga rasa ikan.

So satu hari orang bercerita tentang seorang leader yang makan vitamin segenggam sekali gus. Waktu tu terfikir semula...kalau dia boleh telan banyak vitamin sekaligus, kenapa saya mengada-ada tak boleh? Tetiba rasa tercabar dalam diri muncul. Sebabnya biasa saya akan tercekik bila telan lecitin.

Saya pun cuba dengan 3 biji dulu.

Wah saya BERJAYA MENELANNYA!!!

Sejak dari itu tak pernah lagi saya kunyah Lecitin. Saya akan kunyah Omega sahaja sebab saya suka bau minyak Ikan Shaklee ini!


Sebenarnya semua tu balik pada diri kita. Cara kita berfikir dan cara kita bertindak.

Kini semua vitamin saya telan. Opps saya tak lah telan segenggam sekaligus sebab saya tahu kita perlu agih-agihkan pada waktu pagi, lepas makan tengahari dan makan malam. Salah satu sebab ialah supaya kepekatan darah tidak naik mendadak dan turun mendadak.

Sehingga hari ini saya suka Lecitin ! Sangat suka bukan sahaja untuk kurus tetapi untuk saya lawas ke tandas. Lagi pun Lecitin bagus untuk kilatkan rambut dan kuku malah ia bagus untuk otak dan daya ingatan tau! Zaman U dulu Lecitin dan B complex vitamin palig laris saya jual!

Lecitin untuk kurangkan Kolestrol? Jom Baca Sini.

Maka bagi anda yang amalkan vitamin, amalkan dengan betul dan mintalah konsultasi dari pengedar anda. Jangan malu atau segan. Semuanya ada penyelesaian !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Januari 2014

Shaklee Motivasi : Belajar bersangka baik

Januari 08, 2014 1 Comments

Siapa empunya lautan yang luas ? Pastinya ALLAH s.w.t maka dengan ini nelayan mana yang berhak mengatakan ikan dalam lautan itu atau kawasan laut itu kepunyaannya? 



Motivasi rezeki

Sesungguhnya ikan dalam laut tak pernah habis. Sejak dulu sehingga beribu tahun belum pernah dengar ikan dalam laut habis.

Samalah dengan meniaga. Sesungguhnya rezeki meniaga itu sangat hebat. Hakikatnya rezeki ini sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh akal.

Menariknya bercerita tentang rezeki, setiap orang akan melihat dengan persepsi yang berbeza mengikut apa yang si insan itu lalui, pengalaman cerita orang malah melalui pembacaan.

Rezeki itu lebih mudah apabila dijemput berbanding di cari sebab ia sangat unik dan menjadi rahsia yang Ya Wahhab [ Maha Pemberi].

Hari ini ramai kenalan dan keluarga saya bukan sahaja makan vitamin Shaklee tetapi telah menjadi pengedar sah Shaklee yang berjaya.

Adik beradik saya sendiri semuanya ahli Shaklee.

Bila ada kenalan baru yang bertanya, ' Kalau saya join dan buat bisnes, ada orang ke nak beli nanti?'

Soalan yang sama saya beri, andai kata arini kita jadi nelayan boleh ke kita tanya nelayan lain....          ' kalau saya menjala arini, dapat kah saya ikan yang banyak? '
Pasti tiada siapa yang mampu berikan jawapan yang tepat sebab rezeki itu rahsia alam dan hak Ya Wahhab.

Maka bagaimana nak yakinkan diri rezeki itu pasti ? Jawapannya mudah. Amalkan amalan menjemput rezeki.

Memang dalam menangkap ikan, ada juga penangkap yang menggunakan tektik kotor seperti menuba ikan....tetapi ingat Janji Allah itu pasti. Berlaku adil, hasilnya baik dikemudian hari. Selagi kita tidak menganiaya orang lain dalam berniaga, percayalah rezeki yang datang akan datang dalam bentuk yang sangat elok iaitu lengkap dengan barakah.

Barakah ini memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.

Keluarga yang penuh kasih sayang, suami isteri yang saling berkasih sayang kerana ALLAH, anak yang baik akhlaknya , duit yang sedikit tetapi dirasakan banyak, makanan yang sedikit tetapi mencukupi, rezeki setiasa bertambah, dipelihara dari musibah dan ujian besar dan banyak lagi yang pasti si insan ini seolah-olah dijaga oleh bidadari / bidadara dunia.

Maka jangan lah risau bila kita meniaga takut tak laku atau tak laris. Amalkan amalan menjemput rezeki dan yang utama jaga lah 2 ini :

1. Ibu bapa [ untuk isteri suami adalah keutamaan]

2. Sedekah

InsyaALLAH keajaiban rezeki yang penuh barakah akan sentiasa hadir.

Selamat beramal!


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Januari 2014

Multivitamin : satu keperluan atau pembaziran?

Januari 06, 2014 0 Comments

Kenapa anda makan supplement ? Jawapannya anda sahaja yang tahu. Paling pasti bukan kerana nak sakit tetapi nak jaga kesihatan diri.

Vitalea di Miri

Artikel dalam sinarharian membuka mata banyak pihak.



Semua pihak ada pendapat masing-masing. Pastinya bergantung pada niat mereka (baik atau buruk niat itu) keluarkan pendapat.

Sebagai individu atau  pengguna, kita dikurniakan akal utk menilai sendiri berpandukan kepada segala maklumat yang ada. Maklumat pulak banyak. Amati, nilai & timbangkan. Akhir sekali setiap pertimbangan akan diperkuatkan dgn "kata hati" kita.

Tubuh kita hak kita. Kalau kita menyalahkan orang lain atas apa yg kita ambil, sahlah kita ini orang yg malang kerana tidak berkemampuan membuat pilihan sendiri.

Ada yg berpendirian perlu ambil suplemen. Ada yg fikir tidak. Jangan ingat bila kita ambil suplemen, mereka yg tidak ambil supplemen sebagai golongan yg salah. Begitu juga sebaliknya.

"Decision-tree" - 2 kumpulan:
Nak ambil suplemen (50%), Tak perlu suplemen (50%). Yg tidak ambil suplemen tak perlu pikir suplemen mana nak dibeli, case close. Yg nak ambil suplemen pulak bagaimana? Jangan ambil sebarang.



 Salam sayang dari N2 @ Abah Addinnasa

Kenapa ramai suami benci isteri sertai MLM?

Januari 06, 2014 1 Comments

Hangat hangat tahi ayam - Satu pepatah yang sangat makan dalam kalau terkena pada batang hidung kita... mau tidak. Buat kerja separuh jalan.

Shaklee Borneo
Network sosial marketing nama lain bagi MLM.


Sebenarnya ramai kawan saya yang menghadapi masalah ini iaitu suami mereka kononnya tak support dalam bisnes sampingan yang mereka nak usahakan.

Kadang-kadang bila kita renung balik kan....kenapa ada suami yang benci isteri mereka join mana-mana MLM? Hakikatnya ia balik kepada beberapa sebab antaranya :

1. Input yang suami terima dari kawan yang tiada tauliah.
2. Pengalaman suami sendiri yang pernah kena tipu dengan MLM sebelum ini.
3. Pengalaman adik beradik atau kawan rapat suami tentang MLM yang ingin disertai isteri
4. Ini paling dahsyat - si isteri join semua MLM dan rumah penuh dengan memberkit syarikat yang disertai tapi satu pun tak de hasil.

So sebenarnya balik kepada bagaimana si isteri nak bentuk kepercayaan suami tadi.

Kalau alasan no 1-3 masih boleh dipertimbangkan dengan meminta restu suami dan beri peluang pada sang isteri untuk berjaya. Namun kalau yang disebabkan no 4 ni, maka si isteri memang kena buktikan betul-betul supaya si suami dapat beri kepercayaan.

Hakikatnya bila suami hilang kepercayaan pada isteri, dari situ mulalah perkataan " Awak ni hanya hangat-hangat tahi ayam" dan mulalah kita merajuk dengan pasangan dengan muka masam, taknak masak, mogok dan sebagainya. Walhal semuanya berpunca dari diri sendiri.

So para isteri, bila anda nak join apa-apa MLM, pastikan ia bukan head hunting, pastikan ia bisnes yang halal, ada guru@ mentor yang bimbing , dekati ALLAH sebab ALLAH adalah BOS dalam bisnes bukan manusia dan kena rajin serta nekad berjaya.

Alhamdulillah selama kami dah lebih 15 tahun dalam Shaklee, suami juga enjoy melibatkan diri dalam bisnes ini dan kini fulltime bersama untuk organize event or meeting. Berkat sabar dan yakin ALLAH akan menolong dan kini ia berhasil.


Kerja dari rumah
Bersama owner Shaklee.....

Ia bukan satu perjalanan yang pendek namun setiap suka duka kami simpan rapi dalam menilai sebuah kejayaan yang dikecapi.



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Bersangka baik : Setiap ujian datangnya dengan hikmah.

Januari 06, 2014 2 Comments

Allah takkan turunkan ujian itu kecuali kita mampu dan kini saya dah faham mengapa hikmah itu hanya akan ditemui apabila kita redha.

Motivasi Diri

Alhamdulillah dah selamat sampai Miri semalam. So hari ini bangun pagi saya bersyukur sangat sebab ALLAH mengizinkan saya melihat hikmah yang saya cari sebelum tidur.

Semalam dalam flight MAS secara kebetulan ada TV dalam flight dan memang selalu saya akan sure tengok movie. Movie yang saya pilih pula biasanya movie yang ada heroin dia cantik dan hero dia ada rupa...hehehe. So tajuk memang jarang saya nak ingat malah kekadang saya tak amik port langsung dengan tajuk. Satu sebab saya mencari maksud yang tersirat dalam cerita tersebut.

Kisah berkaitan seorang perempuan yang dibesarkan oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia. Gadis ini hendak dikahwinkan dengan seorang lelaki yang pasti bukan pilihan hatinya. Walau si gadis dah cuba larikan diri, tapi si lelaki itu tetap dapat mengejarnya. Selepas beberapa bulan, lelaki itu tinggalkan dia di sebuah rumah tumpangan. Si wanita itu mengalah dalam hidupnya dan terus duduk di rumah tumpangan tersebut. Jadi tuan rumah pun memberikan beliau berhutang sehingga 600 yuan kalau tak silap saya. So masa tu pula ada seorang jejaka yang nak datang selamatkan dia. Si jejaka ni puas fikir macam mana la nak cari 600 yuan untuk bebaskan si wanita tadi. Kuasa tuhan, tempat mereka banjir sangat teruk dan mereka memang terpaksa di pindahkan. So selamat la wanita ni tadi dari hutang yang membelengunya. Dia mula hidup bahagia dengan lelaki yang datang menyelamatkan dia.

Dari cerita itu terus saya melihat, benar dalam kehidupan kita jua sama. Bila sesuatu musibah atau ujian itu di datangkan....hakikatnya memang ada yang baik akan datang. Cuma kadang-kadang segelintir manusia yang terus merungut dan merungut mereka akan terus duduk dalam kegelapan. Terus tak nampak sinar kejayaan dan kehidupan yang baik.

Hakikatnya dalam hidup kita kena banyak banyak bersyukur. Percayalah semua benda baik akan datang tanpa kita sedar.

Bersyukur tak bermakna kita berpeluk tubuh tanpa buat apa-apa. Bersyukur dan pasrah dua benda yang berbeza. Bersyukur dan terus menerus berusaha menjadikan kehidupan akan datang menjadi lebih baik. Sesungguhnya bila kita mula merungut, lagi lambat pintu hikmah itu akan terbuka.


Percayalah, ALLAH atur semuanya terbaik. Sentiasa bersangka baik padaNYA. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada anda semua yang mengenali saya.....  , terima kasih kerana menjadi sahabat dan saudara dunia dan akhirat.


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 3 Januari 2014

Alfalfa Promo Jan 2014 : Lelaki keluar susu lepas makan Alfalfa?

Januari 03, 2014 0 Comments

Saya suka makan alfalfa sebab banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Tapi tahukah anda pengambilan alfalfa perlukan banyak pengambilan air masak?



Tahu mengapa? Kerana Alfalfa mengandungi Vitamin K. Ia memekatkan darah. So siapa yang tak boleh amik Alfalfa?

1. Pesakit SLE
2. Pesakit Auto Imun seperti Psirosis
3. Pengidap G6PD
4. Mereka yang bergantung pada ubat Warfarin [ Ubat cairkan darah].


Maka ibu yang menyusukan anak yang disahkan G6PD tidak sesuai mengamalkan Alfalfa.

Mengapa sana sini orang cerita Alfalfa?

Ia kerana....


Norita Shaklee


Salah satu produk yang paling saya suka semasa menyusu AddinNasa ialah Alfalfa.

Soalan biasa yang para ibu tanya : Kalau makan Alfalfa suami saya akan ada susu ke?

Jawapan saya ialah : Ia akan berlaku dengan izin ALLAH namun yang pasti ia tak menghasilkan susu bagi mereka yang tidak melahirkan. Maksud saya orang yang tidak melahirkan anak ialah golongan lelaki, anak dara dan orang veteran.

Maka jangan risau. Ia selamat di ambil selagi anda bukan pengidap penyakit yang saya nyatakan di atas.

Alfalfa bukan sahaja bagus untuk wanita tetapi ia juga bagus untuk lelaki. Ia adalah fiber yang bagus menyerap lemak yang telah emulsi ( melalui pengambilan Lecitin or Omega).

Namun perlu tahu pengambilan alfalfa perlukan banyak air masak sebab ia mengandungi vit K.
Kekurangan air boleh menyebabkan kita mudah pening atau healing crisis yang lain. Pengambilan sedikit tetapi seimbang digalakkan ( 2 bj x 3 kali sehari disyorkan ) berbanding mengambil banyak sekaligus dalam satu masa.


Kalau anda malas minum air masak, sila kurangkan pengambilan alfalfa. Ini kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang memekatkan darah. Apabila pengambilannya tidak seimbang dengan pengambilan air, darah mudah menjadi pekat dan mendatangkan penyakit lain kepada tubuh badan.


Berminat nak dapatkan produk promo ini ; hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Pembelian alfalfa promo ini [ 6 Alfalfa large + 6 Alfalfa small] melayakkan anda mendapat keahlian Shaklee percuma seumur hidup. So jom kita ber Shaklee!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia