Selasa, 9 Disember 2014

# CoQ10 # CoQHealth Plus

Macam mana saya nak kembangkan bisnes Shaklee saya?

Benarkan nak buat Shaklee tu susah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera, ditetapkan iman dan sentiasa beroleh rezeki yang halal lagi berkat.

Bestnya jadi ahli shaklee



Saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana sebenarnya nak buat bisnes Shaklee ini satu yang menyeronokkan. Ada beberapa downline dan sideline yang mula mengeluh betapa susahnya nak buat Shaklee. Namun satu yang saya sedar golongan ini tidak melengkapkan syarat yang pertama iaitu men "Shakleeize" kan hidup mereka.
Bila sakit amik ubat doktor.... makan vitamin bila ingat dan bila suka. Macam mana nak rasa kesan Shaklee kalau kita sendiri tak yakin ? Nak berkongsi pun akan jadi satu masalah sebab makan tak konsisten.
Hakikatnya syarat yang pertama adalah Shaklee kan hidup kita. Semuanya Shaklee baru kita tahu nikmat semua vitamin dan produk Shaklee. Dari vitamin, set kecantikan dan sabun guna barangan Shaklee insyaALLAH memang seronok!
Saya sendiri jadikan vitamin itu sebagai penawar bila sakit. Saya akan study pasal sakit itu dan google vitamin apa yang kurang yang menyebabkan sakit itu datang...alhamdulillah saya jarang dan dalam setahun boleh kira berapa kali saya jumpa doktor.
Bila kita makan vitamin selain keyakinan , nak consult customer pun senang. Takde la kita panik bila customer tanya cara makan dan yang berkaitan.
Bila dah makan, share kan kebaikan produk Shaklee pada fb, twitter, blog, kawan-kawan dan ahli keluarga.
Macam mana nak ajak mereka beli? Yang ni kita amal amalan menjemput rezeki yang saya ajarkan dari awal dulu iaitu zikir ya Wahhab, solat Dhuha , Tahajud dan amalan sedekah.
Bila nak berkembang dan jana income hebat kena hadiri banyak kursus Shaklee bukan kursus motivasi sebenarnya. Dalami produk. Saya tak pernah attend kursus motivasi kat luar kerana pada saya , saya tahu apa yang saya mahu. Saya hanya dapatkan semangat motivasi dari buku motivasi dan buku agama.
Mengapa agama itu penting?
Supaya kita tahu kebergantungan kita pada ALLAH bukan pada makhluk.
Bila ada agama kita berniaga dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang lebih mudah menjemput rezeki dari jiwa yang bergelora.
Allah yang pegang hati manusia mengapa tidak minta pada ALLAH?
Rezeki datang dari ALLAH, mengapa tidak minta pada ALLAH?
Segalanya perlu sabar. Mungkin ada orang yang rezekinya cepat tapi kita tak tahu mana kurangnya. Ada orang rezekinya lambat kita tak tahu apa kelebihannya. semuanya ada aturan ALLAH yang terbaik.
Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Kita cuma perlu fikirkan yang baik-baik dan sentiasa bersangka baik.
Mulakan hari dengan doa dan doalah yang baik-baik.
Saya amat percaya dengan kuasa doa kerana doa mampu mengubah sebuah kehidupan. 
Jadi, apa kata kenali Shaklee dan Shakleeize kan hidup kita dan insyaALLAH rezeki itu tahu alamat tuannya.
Selamat maju jaya!


♛ Call untuk beli vitamin atau jadi ahli Shaklee : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia