Khamis, 20 November 2014

# Diariku

Saya sungguh obses dengan.....

Sejak dari zaman sekolah saya memang suka kumpul alat tulis. Saya sanggup simpan duit poket atau duit belanja sekolah sebab nak beli alat tulis!!!



Gambar dari google.....

Pelbagai jenis pensil, pelbagai jenis pen, pelbagai jenis buku malah apa sahaja selagi bergelar alat tulis akan buat saya sangat seronok nak beli dan menyimpan.

Saya tak minat dengan periuk belanga sangat apatah lagi barang kemas macam wanita lain....tapi saya obses dengan pelbagai bentuk alat tulis!

Saya pantang jumpa pen, bila saya cuba dan saya rasa sedap untuk dipegang dan ditulis memang saya takkan lepaskan ! Wajib beli!

Dalam handbag saya kadang-kadang jadi berat macam batu sebab penuh dengan pen!!! Bila suami tegur sebab handbag dah berat macam batu saya insaf sekejap! So saya asingkan dari handbag dan letak dalam pencil case di rumah!

Nanti bila jalan ke kedai buku selain beli buku saya wajib beli alat tulis!

So bila dapat hadiah alat tulis memang saya happyb tau! Pernah anak bisnes saya iaitu Farah Alias  beri saya Pen sebagai hadiah. Sayangnya saya pada pen tu tak terkata! Sebab saya memang obses dengan alat tulis!

Saya suka menulis! Saya suka buku yang kulitnya tebal dan ada ring supaya tak mudah koyak bila kita lipat!

Saya suka pen bersaiz 0.7 dan 1.0 dan ada jenis brand malah kalau takde brand sekalipun kalau ia sedap untuk menulis memang saya beli!

Kat rumah pelbagai jenis puncher saya ada. Sampai kena simpan dalam bakul [ biasa orang buat dalam bakul baju] kerana banyaknya puncher!

So petang ni nak ke KLCC kejap...nak singgah mana2 nak beli stationary!!!




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia