Bestnya Croissant Hilton Kuching!

Orang kata kalau jalan Paris jangan lupa cari 2 makanan ini iaitu Macaroon dan Croissant.


Alhamdulillah kami usaha untuk makan makanan ini di Paris. Walhal sebelum ini saya tak minat langsung roti pintal itu.

Pada saya ia biasa keras atau liat. Mungkin sebab saya tak minat roti tu  maka macam-macam andaian saya buat.

Namun segalanya berubah bila saya usaha nak cari di Paris.

Memula kami makan roti croissant tu di hotel Pullman Montarparness Paris; pertama kali makan ia dah mengubah persepsi saya pada roti itu... esoknya Abah Addinnasa usaha mencarikan kami di bakeri yang berdekatan.

MasyaALLAH memang sedap dan sangat lembut.

Masih teringat sampai sekarang tau betapa sedapnya Croissant sana.

So baru ini kami breakfast di Hilton Kuching Sarawak.

Pengedar Shaklee Miri

Saya perasan orang yang duduk sebelah meja saya makan lebih 5 biji Croissant. Memula amik 3 biji lepas tu tambah lagi...dan saya tertanya-tanya...sedap sangat kah?

So esoknya masa breakfast saya cubalah satu! Baru keluar dari oven pulak tu ! So sangat la sedap! Teringat dengan Croissant kat Paris!

Kami cuba pula yang diletakkan di kaunter. Sebab semalam makan yang fresh dari oven. Memang lembut dan sedap! Patutlah orang semalam makan banyak. Memang sangat sedap.

So sekarang dah tahu kalau nak makan Croissant yang lembut kena pergi Kuching dan breakfast di Hilton Hotel....hehehehe.


Moga ada rezeki dapat jalan Paris lagi.... insyaALLAH.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!