Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Pembelajaran yang berterusan bersama Pengedar Sah Shaklee Miri

Imej
Habis Universiti mula makan gaji....namun target macam zaman belajar dah tiada lagi.

Lepas dah kahwin dan ada anak....impian semua entah ke mana?

Alhamdulilah dengan Shaklee kami saling mengingatkan antara satu sama lain.... terus usaha mengejar impian dan tiada yang mustahil kalau usaha.


Semalam belajar tentang imun sistem.... dan selepas itu kami buat sedikit latihan bersama distributor yang hadir! Sangat seronok sebab mereka seronok berkongsi tentang testimoni produk Shaklee!!!









Berminat nak sertai kami? Mereka antara leader yang komited dalam Shaklee !

Boleh hubungi kami jika berminat nak dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli bersama kami!


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsap…

Hanya kerana Big Hero 6 ?

Imej
Anak-anak zaman sekarang kebanyakan sangat cerewet dan memilih makanan. Tidak kurang dengan anak saya. Mereka lebih suka makan ayam dan kalau nak bagi ikan kena bawa ke Sugarbun untuk makan ikan itupun adakala mereka pilih untuk makan fish filet sahaja.
Namun saya seronok tengok anak sahabat baik saya Faiz, si Mishary yang boleh makan sayur malah apa jua lauk yang ibu dia masakkan dia akan makan dengan seronok.

Balik pada anak-anak saya...mereka sangat la cerewet. Memang makan Meal Shake untuk bantu buka selera tapi sebab mereka jadikan Meal Shake tu alas perut jadi mereka akan tetap makan dan mereka akan berselera bila beri apa yang mereka suka nak makan.

Minggu lepas sebelum balik Miri abah AddinNasa belanja kami tengok wayang kat KLCC...kalau tanya saya pasal wayang...sorry apa pun saya tak tahu. Tapi Addin dan Abah dia akan alert semua update cerita or movie yang baru masuk panggung.

Saya secara jujur tak minat nak bawa anak tengok wayang terutama kalau movie melibatkan manusia..…

Landmark Study - Shaklee produk yang selamat dan berkesan.

Imej
Landmark study ini buat saya teringat balik dengan seseorang yang saya temui di Labuan tahun lepas.
Wanita ini [ saya panggil kakak] menceritakan mengapa beliau sangat yakin dengan Shaklee....

Beliau menceritakan pengalaman beliau dengan kisah anaknya yang mengidap kanser. Semasa anaknya diberi vitamin Shaklee beliau sendiri melihat perkembangan kesihatan anaknya sangat positif. Beliau akui sepanjang anaknya mengamalkan Shaklee kanser yang dihadapinya tidak membiak sepertia biasa.

Malangnya dikala itu beliau tidak dapat bekalan stok vitamin yang berterusan untuk anaknya yang mengidap kanser itu. Maka beliau tiada pilihan lain kecuali terpaksa mengambil supplement syarikat lain. Mungkin dah sampai masanya anaknya meninggal tak lama selepas itu.

Namun wanita ini sangat berpuashati dengan Shaklee kerana beliau lihat kesan pada arwah anaknya dulu dan kini beliau sendiri amalkan vitamin Shaklee kerana tidak mahu terputus bekalan.

Shaklee mementingkan produk yang selamat untuk dimakan dan …

K.A.M Kam P.U.N.G Pung ......... longkang?

Imej
Pembesaran anak bukan hanya dari aspek fizikal semata-mata yang perlu dilihat tetapi perkembangan mental perlu dititikberatkan.
Zaman saya mengajar anak murid baik masa tuition atau di sekolah kerajaan banyak yang saya belajar termasuklah sifat sabar.

Namun tak kurang juga rasa takut...bila saya dah lihat sendiri dengan mata sendiri situasi yang mungkin biasa pada cikgu veteran.

Saya diberi kepercayaan Guru Besar mengajar budak tahun 3 dan tahun 5... dan paling mencabar kerana tahun 3 kelas corot yang tak pandai membaca langsung walau dah 9 tahun. Walau bukan semua tapi majoriti ia kelas yang sangat lemah dalam membaca.

Saya kategorikan mereka anak-anak yang kurang mendapat perhatian mak ayah. Kebanyakan dari keluarga susah dan mempunyai adik beradik yang ramai maka mak yang tak bekerja sibuk uruskan keluarga.

Namun bukan itu yang saya nak kongsikan...saya nak share tentang pentingnya pemakanan anak-anak kerana ia membentuk otak mereka tanpa sedar.

Saya ada seorang murid yang saya in…

Salah satu penyebab kita nampak tua?

Imej
Dulu saya tak nampak sangat kepentingan mengapa saya kena makan Vivix Shaklee....tetapi selepas dengar banyak kali pasal AGE Protein...buat saya insaf dan kena konsisten amik Vivix.
Saya nak terang panjang lebar pun tak pandai sangat maklum saya bukan doktor atau nutritionist namun secara ringkas dapat saya terangkan AGE Protein ialah protien dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita bergabung menjadi satu. AGE atau nama panjangnya Advanced Glycation Ends Product.

Ia akan menyebabkan kita cepat nampak tua dari usia sebenar kita....

Selain itu AGE Protein juga boleh mendatang risiko penyakit seperti kencing manis, gangguan penglihatan, jantung, Alzheimer dan kegagalan fungsi buah pinggang.





Berita baiknya kelebihan pengambilan Vivix secara konsisten membantu mengurangkan kadar AGE Protein dalam tubuh kita.

So bagi mereka yang nak kekal sihat pengambilan Vivix sangat membantu...Vivix membantu mencegah pembentukan  AGE Protein dalam tubuh.

Bagi mereka yang sihat pengambilan Vivix mungkin…

CoQ10 penting untuk tenaga.

Imej
Pembelajaran Shaklee saya hari ini ; suami saya ajarkan tentang kepentingan CoQ10 - ada 4 otot yang utama dalam tubuh dan otot yang sentiasa bekerja walau kita tidur ialah jantung. CoQ10 memberi tenaga kepada sel. CoQ10 akan kurang dihasilkan oleh tubuh apabila kita mencapai usia 30 tahun.


Maka mereka yang sering letih malah lelaki yang kurang tenaga batin digalakkan mengamalkan CoQ health Shaklee. Lelaki dan perempuan perlukan CoQ10 kerana sel perlukan tenaga untuk terus bekerja.
Sering letih? 

Cuba dapatkan CoQ Health Shaklee arini!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
G…

Benarkah GST hanya impak pada orang kaya?

Imej
Minggu lepas kami sempat menghadiri taklimat GST yang diadakan oleh syarikat khusus untuk leader2 dalam Shaklee.
Shaklee juga akan mengadakan road tour untuk memaklumkan pada semua pengedarnya tentang GST.

Walaupun GST belum pun di implement dalam ekonomi kita pada hari ini namun ada aje segelintir peniaga yang mengenakan GST [ memang terang dinyatakan dalam resit yang kita bayar].

Padahal dah terang lagi nyata yang GST hanya akan di implement pada bulan April 2015.

Maknanya kita ada lagi 4 bulan lebih kurang untuk menikmati taraf hidup yang sama seperti sekarang.

Walaupun orang kata GST hanya akan beri impak pada golongan atasan [ mewah] namun hakikatnya tempias akan dirasai oleh seluruh rakyat tanpa sedar.

Bila dengar kenaikan harga barang  [terutama bahan kehendak bukan keperluan] akan meningkat 6% hakikatnya ia satu kenaikan yang besar. Memang bukan semua dikenakan GST namun saya yakin harga barang yang lain akan naik disebabkan tempias GST.

Tengok aje perkara biasa yang berlaku …

Isteri badan besar, salah siapa?

Imej
Mak pernah cerita zaman mak kerja dulu memang sentiasa slim sebab bila kerja kita akan ada rasa compete dengan rakan sekerja untuk jaga badan.
Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mak... jujurnya ramai surirumah yang mula lupakan penampilan diri mungkin kerana tiada persaingan untuk mereka jaga badan.



Namun memang bukan semua surirumah sama... cuma teringat saya pernah jumpa satu pasangan ini. Suami si A sanggup spend banyak duit untuk belikan produk kurus untuk isterinya. Apa sahaja orang rekemen bagus si suami pasti belikan untuk isteri dia. Bertuahkan si isteri ni?

Ramai suami yang sanggup spend duit beli eksesori kereta, belanja kawan makan dan macam-macam cuma segelintir yang sanggup keluar duit untuk isteri sihat dan slim. Namun peliknya mereka suka melihat perempuan cantik dan body yang slim. Cuma sedikit sahaja yang sanggup belikan produk untuk maintaince body isteri.

Sebenarnya untuk isteri sihat dan slim ini tanggungjawab siapa ya?
Kalau isteri tak kerja [ memang tunggu du…

OmegaGuard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa.

Imej
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Saya sungguh obses dengan.....

Imej
Sejak dari zaman sekolah saya memang suka kumpul alat tulis. Saya sanggup simpan duit poket atau duit belanja sekolah sebab nak beli alat tulis!!!


Pelbagai jenis pensil, pelbagai jenis pen, pelbagai jenis buku malah apa sahaja selagi bergelar alat tulis akan buat saya sangat seronok nak beli dan menyimpan.

Saya tak minat dengan periuk belanga sangat apatah lagi barang kemas macam wanita lain....tapi saya obses dengan pelbagai bentuk alat tulis!

Saya pantang jumpa pen, bila saya cuba dan saya rasa sedap untuk dipegang dan ditulis memang saya takkan lepaskan ! Wajib beli!

Dalam handbag saya kadang-kadang jadi berat macam batu sebab penuh dengan pen!!! Bila suami tegur sebab handbag dah berat macam batu saya insaf sekejap! So saya asingkan dari handbag dan letak dalam pencil case di rumah!

Nanti bila jalan ke kedai buku selain beli buku saya wajib beli alat tulis!

So bila dapat hadiah alat tulis memang saya happyb tau! Pernah anak bisnes saya iaitu Farah Alias  beri saya Pen sebagai had…

Pengedar Shaklee Aktif ?

Imej
Segala yang terjadi adalah aturan ALLAH yang terbaik.
Sepatutnya kami dah terbang semula ke Miri last Tuesday tapi atas sebab tertentu saya tukar tarikh balik dan siapa sangka dapat buat meeting ad-hoc bila anak Shaklee saya tanya bila free boleh jumpa?


Semalam secara tidak langsung kami buat perjumpaan pendek di Sri Rampai. Siapa sangka anak saya dari Labuan juga ada bersama anak Shaklee beliau iaitu Najiha.

Saya cuma sharekan beberapa tips yang boleh membantu mereka yang buat part-time khususnya melihat hasil yang menggembirakan dari Shaklee apabila mereka memahami konsep asas iaitu sharing.

Ditambah GST yang akan di aplikasi dalam ekonomi Malaysia tak lama lagi...saya yakin ramai yang sedar akan hakikat pentingnya ada pendapatan tambahan yang membantu menyokong keperluan ekonomi  rumahtangga khususnya.

Hanya manikam yang mengenal jauhari.... maka hanya mereka yang benar-benar amalkan produk Shaklee dan menikmati kesihatan yang baik melalui Shaklee mengenali lebih mendalam tentang …

Cawangan Shaklee seluruh Malaysia - LATEST UDPATE

Imej
Shaklee adalah MLM yang mempunyai branch berdaftar hanya di beberapa negeri sahaja. Walau bagaimana pun pengedar mempunyai kemudahan membeli produknya secara online atau boleh hubungi upline untuk mendapatkan produk Shaklee.


Ibu Pejabat Shaklee MalaysiaShaklee Products (M) Sdn BhdLevel 9,The Pinnacle,Persiaran Lagoon,Bandar Sunway,47500 Subang Jaya,Selangor Darul EhsanTel: 603-5622 3188Fax: 603-5622 3099Emel : customerinquiry@shaklee.com.my
Waktu PerniagaanIsnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam


Cawangan Shaklee Waktu Perniagaan Peta Lokasi Kuala Lumpur No. 32, Jln Rampai Maju 3, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067 Fax: 603-4142 1027
Hubungi : Ai Wai ( Penyelia Cawangan) Isnin hingga Jumaat 10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu (Pertama & Ketiga: 10:00 a.m. to 7:00 p.m Shaklee Kuala Lumpur Penang  No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tel: 604-383 8261 Fax: 604-383 8560
Hubungi : Cannie Teoh  (Penyel…

Jangan hanya pentingkan BERKESAN tapi......

Imej
Pernah dengar tak produk Shaklee itu dikatakan sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi?



Banyak produk dipasaran yang menekankan 'berkesan' dan pengeluar cuba menghasilkan produk yang beri kesan yang segera.

Ini kerana ramai yang mahu result segera.... mungkin kerana itu juga fastfood itu menjadi pilihan dan diberi keutamaan kerana kita suka yang cepat.

Namun sesuatu yang saya perasan masa menghadiri TTT Shaklee anjurkan last week.... bila nutritionist tekankan... Produk Shaklee kita tekankan ia sentiasa selamat baru diikuti dengan sentiasa berkesan...

Mengapa tidak berkesan dahulu baru selamat?

Sebab banyak produk yang dijual menekankan berkesan tetapi adakala produk ini tidak selamat.

Memang benar apa yang cuba disampaikan oleh Nutritionist itu dan banyak kali dah saya jumpa pelanggan saya yang menghadapi masalah kesihatan berpunca dari produk brand XY yang mereka dapatkan dari pasaran tanpa ada jaminan ia selamat.


So selain pentingkan BERKESAN kita kena …

OmegaGuard Shaklee bagus untuk antibodi.

Imej
Satu perkara baru menarik perhatian saya tentang OmegaGuard Shaklee ialah EPA bagus untuk menyokong imun sistem.
Masa tu terus saya catit dalam buku sebab takut saya lupa nak share dalam blog!

Lebih excited saya ceritakan pada kawan baik saya Cikgu Faiz di Miri!

Faiz ! Kalau kita dah kehabisan stok Nutriferon kita bagi anak kita makan OmegaGuard aje. Rupanya ia bukan sahaja bagus untuk otak sebab kandungan DHA tetapi rupanya EPA yang dalam OmegaGuard Shaklee tu bagus untuk imun sistem tau!

Kedengaran suara Faiz sangat ceria bila saya ceritakan tentang EPA itu. Terus beliau cerita yang beliau dah mula berikan anaknya OmegaGuard hari-hari dan beliau tak nafikan anaknya cepat sembuh terutama jika terkena jangkitan pada kulit. Maklumlah anak kecil yang dihantar ke rumah pengasuh dan bercampur gaul dengan ramai anak dari pelbagai latar belakang. Mereka kan terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Sejak dari itu Addin dan Nasa akan makan OmegaGuard Shaklee lebih baik yang mana tak perlu saya …

Shaklee Train The Trainer

Imej
Alhamdulillah selesai sudah training kami selama 2 hari di Holiday Villa Subang. Terima kasih kepada pihak Shaklee Malaysia kerana menyediakan kami training yang penuh dengan input dan sangat bagus dalam memperkasa ilmu produk.
Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang leader hebat dalam Shaklee....

Rezeki dapat menang speaker untuk group testimonial....

Ada banyak saya nak share dari apa yang saya belajar masa 2 hari tu....nanti saya akan share dalam entry akan datang.


Hakikatnya tiada ilmu memang banyak halangan nak berjaya. Maka nak berjaya perlu ada ilmu.










 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Shaklee Muar - Shaklee Maharani

Imej
Guru saya penulis buku terkenal MLM sering menekankan produk yang menggerakkan bisnes. Saya akui terdapat kebenaran dalam kata-kata itu.
Dalam Shaklee kami menekankan ilmu terutama pada semua produk Shaklee tawarkan dalam Malaysia. Malah syarikat menyediakan kursus khas untuk semua pengedar untuk mendalami ilmu produk.

Selain itu Shaklee juga mengadakan Health and Wellness Talk berkaitan dengan produk atau pencegahan penyakit dan topik yang berbeza pada setiap bulan.

Alhamdulillah Shaklee Talk yang kami buat di Muar dapat sambutan yang sangat baik. Tajuk yang kami share kan ialah pencegahan Diabetes sebelum parah.

Saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli dan prospek yang sudi datang dan bersama kami selama 2 jam untuk sesi health talk ini. Mereka yang hadir juga dapat merasa sample vitamin yang kami sediakan seperti Vivix, ESP Shaklee, Performance drink dan Meal Shake.

InsyaALLAH ada rezeki kita berjumpa lagi.

Bagi anda yang berminat nak sertai kami boleh call…

Bisnes Shaklee boleh buat di mana-mana sahaja !

Imej
Alhamdulillah hari sebenarnya tak de plan apa-apa kecuali nak bawa anak jalan-jalan kat Wetex Muar. Lama dah tak balik Muar...sebab selalunya mak akan jalan KL dan kami adik beradik kumpul di KL aje.


So selepas sarapan kami keluar ke Wetex dan bestnya bila dapat jumpa kedai buku Popular kat Muar.

Inilah satu-satunya kedai buku Popular yang sangat kemas dan teratur. Selama sejam juga kami jalan dan belek buku dalam Popular kat Wetex tu. Sayangnya lupa nak ambik gambar aje tadi.

Seperti biasa kami akan beli buku untuk bahan bacaan santai....walaupun kat rumah buku dah berlambak macam perpustakaan nak runtuh. Tapi sebab memang suka beli buku so kalau masuk tak sah kalau tak beli. Dari zaman sekolah dulu memang suka membaca sebab ada pakcik yang kerja DBP jadi banyaklah buku boleh baca. Masih ingat pesan arwah Haji Talip, duit mesti banyak guna untuk buku. Ilmu itu lebih mahal dari duit kata arwah.

Selepas keluar Wetex anak dah mula bising mengadu lapar nak makan tengahari. Waktu tu jam…

Terbang Tunduk Fynn Jamal

Lirik lagu ini cukup bermakna. Bagi anda yang sedang meniti kejayaan...hayati bait-bait lagu ini.
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana Payah payah semalam
Moga mudah selama Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Basic Four Shaklee untuk dapatkan kesan vitamin yang sebenar?

Imej
Kalau nak bina rumah perlu ada tiang kan? Kalau makan Shaklee pun sebenarnya ada 4 asasnya.
Makan vitamin bukan macam makan ubat, kesannya makan masa dan secara semulajadi bukan paksaan seperti ubat.


Kesan ubat bersifat sementara maka kita tak bergantung kepada ubat kerana badan kita iaitu sel tidak mengenali ubat sebagaimana ia mengenali vitamin dan zat galian.


Jika orang tanya berapa lama nak makan vitamin untuk dapatkan hasil yang bagus? Jawapan saya mudah sahaja, cuba amalkan lebih 120 hari secara istiqamah. Perlukah berhenti selepas 120 hari?
Pada saya rugilah kan bila dah sihat tapi kita taknak kekalkan kesihatan. Sedangkan kereta pun kita jaga dengan baik inikan pula badan sendiri yang tiada galang ganti.

Namun orang tanya apakah vitamin yang memberi kesan pada kesihatan? Saya jawab amik basic set dahulu.

Apa basic set Shaklee?



ada 4 produk utama Basic 4 ini iaitu

ESP Shaklee

Protien adalah keperluan asas pembinaan sel. Semua sel diperbuat dari protien. Rambut, kuku, kulit dan …

Shaklee Muar : Cegah Diabetes Sebelum Parah.

Imej
MUAR 15 Okt. - Kira-kira 20 peratus penduduk di daerah ini yang berusia 60 tahun ke atas berisiko tinggi mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi.Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd 
Tahukah kita ibu kepada segala penyakit adalah kencing manis? Ramai orang yang mengidap banyak penyakit bermula dari diabetes yang tidak terkawal. Diabetes atau nama lain yang lebih mudah difahami sebagai kencing manis adalah penyakit senyap yang merbahaya.



Justeru itu saya ingin berkongsi tips kesihatan bersama penduduk Muar mengenai Pencegahan Kencing Manis bersama Shaklee.


Stay Healthy Be Wealthy

Tajuk : Cegah Diabetes Sebelum Parah Tempat :  HOTEL RIVERVIEW MUAR [Level 4] Muar Johor


Tarikh : 12-11-2014.
Masa: 8-10 mlm. Pemeriksaan kesihatan percuma utk 15 terawal. KEMASUKAN PERCUMA! Jom datang bersama mereka tersayang!

Kami turut menyediakan minuman Tripple Gems Shaklee untuk mereka yang hadir. Cabutan bertuah juga disediakan!!!
Like



 Penghantaran produk Shakle…

Shaklee boleh bagi trip 5 star ke oversea untuk yang serius.

Imej
Bagi anda yang suka melancong dan ingin melancong free, Shaklee ada sediakan insentif khas untuk itu terutama bagi anda yang serius dan komited dengan Shaklee.
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat juga merasa ke US baru-baru ini dengan Shaklee. Trip ditaja sepenuhnya dan kita hanya bawa duit untuk beli cenderahati untuk dibawa pulang.

Tahun depan Shaklee akan membawa mereka yang layak untuk sertai trip Shaklee ke Italy!!!


Bulan ni Shaklee offer 50% tambahan mata ganjaran kepada mereka yang layak. Inilah peluang nak tambah mata kalau yang nak bawa mak ayah, atau anak-anak kita.

Pada saya Shaklee adalah bisnes yang menawarkan banyak insentif pada mereka yang serius dan komited. Bayangkan banyak insentif yang diberi antaranya bonus kereta, melancong, bonus kenaikan pangkat, eh banyak lagi dan bagi anda yang tak buat serius sebenarnya sangat rugi.


So bagi anda yang baru nak mula, belum terlambat. Kalau tak ke Italy, kita target ke US 2016 pun best apa?

Kalau kita nak pergi sendiri boleh t…

Tips untuk anak yang tak suka telan minyak ikan OmegaGuard?

Imej
Senang aje tengok anak orang makan OmegaGuard Shaklee. Tapi anak saya taknak, dia akan muntahkan balik!  Keluhan seorang ibu yang usaha nak berikan anaknya OmegaGuard.

Ada beberapa cara cadangan yang boleh ibu apply untuk berikan anak makan OmegaGuard Shaklee.


Antaranya :

Jika anak baru setahun lebih cuba ajarkan dia gigit.... anak-anak saya boleh kunyah OmegaGuard Shaklee. Terutama Nasa. Sejak umur dia setahun saya akan gigit sedikit dan suapkan dalam mulut dia. Dia akan terus kunyah sebab lembut. Sehingga hari ini dia suka kunyah OmegaGuard Shaklee.
Bila kita kunyah dia akan ikut....sampai besar mudah untuk dia makan OmegaGuard.

Cuba masukkan sedikit dalam susu anak. Atau dalam sirap atau air oren. Jangan picit sebiji penuh memadai sedikit dahulu.

Selain itu cuba masukkan ke dalam bubur ikan. Biarkan bubur itu suam sedikit dan picitkan Omega ke dalam bubur ikan itu. Gaulkan bersama ikan yang ada dalam bubur.



Mungkin ada beberapa lagi cara bagi ibu yang kreatif. Jika anda ada cara y…

Bestnya Croissant Hilton Kuching!

Imej
Orang kata kalau jalan Paris jangan lupa cari 2 makanan ini iaitu Macaroon dan Croissant.
Alhamdulillah kami usaha untuk makan makanan ini di Paris. Walhal sebelum ini saya tak minat langsung roti pintal itu.

Pada saya ia biasa keras atau liat. Mungkin sebab saya tak minat roti tu  maka macam-macam andaian saya buat.

Namun segalanya berubah bila saya usaha nak cari di Paris.

Memula kami makan roti croissant tu di hotel Pullman Montarparness Paris; pertama kali makan ia dah mengubah persepsi saya pada roti itu... esoknya Abah Addinnasa usaha mencarikan kami di bakeri yang berdekatan.

MasyaALLAH memang sedap dan sangat lembut.

Masih teringat sampai sekarang tau betapa sedapnya Croissant sana.

So baru ini kami breakfast di Hilton Kuching Sarawak.


Saya perasan orang yang duduk sebelah meja saya makan lebih 5 biji Croissant. Memula amik 3 biji lepas tu tambah lagi...dan saya tertanya-tanya...sedap sangat kah?

So esoknya masa breakfast saya cubalah satu! Baru keluar dari oven pulak tu ! So…

Barang lusuh kenapa nak simpan?

Imej
Pernah tak sayang sangat pada baju yang kita selesa pakai dan baju tu dah sangat lusuh? Walau lusuh kita tetap pakai kerana terlalu selesa.

Namun sampai satu masa kita tahu baju tu perlu dibuang cuma tak tahu bila.

Ada banyak sebab yang buatkan kita yakin untuk buang baju tersebut;

1. Bila ada duit kita beli baru
2. Bila baju dah koyak dan tak boleh pakai lagi dah tapi itu pun kalau datang rasa sayang kita masih simpan buat kain buruk kat rumah....
3. Dapat hadiah baju baru...


Nak berjaya orang kata kena berubah, kena ubah sikap dari biasa jadi luar biasa.

Orang yang dah biasa duduk atas sofa lama akan rasa empuk dan selesa walaupun nampak buruk. Nak tukar sofa baru ramai yang takut...takut tak seselesa dulu.




Samalah dengan sikap kita sebenarnya...ramai orang yang dah biasa hidup biasa jadi takut nak cuba hidup luarbiasa.

Hakikatnya belum buat dengan serius, hasilnya takkan serius.

Kenapa nak tukar baju baru? Kalau ada yang lebih baik kenapa tidak bukan?

Paling utama kena pasti denga…

Testimoni Kurus : Lelaki juga usaha jaga bentuk badan.

Imej
Bila badan kita berisi sikit, kawan-kawan akan tegur "makin sihat nampak". Nak cover line kita balas balik "biasalah, hati senang". Macam mana cool rupa kita menjawab, ada terselit jua rasa susah hati. Pasti ada keinginan nak nampak segak seperti zaman muda-muda dulu kan? Kebiasaan yang didengar ialah, bila sesorang itu ambil produk slimming, ada yang tidak nampak kesan atau pun kesan tidak kekal.


Ini testimoni dari rakan suami saya, saudara Zayed. Tidak perlu saya tulis banyak. Gambar sebelum dan selepas beliau boleh ceritakannya. Terima kasih kepada beliau kerana mengizinkan saya berkongsi pengalaman beliau selepas menggunakan produk Shaklee.


Dalam kes saudara Zayed, Lecithin berfungsi memecahkan lemak. Pengambilan Alfalfa pula bertindak sebagai medium menyerap dan menyingkirkan lemak keluar dari badan (Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak sebagai serat). Dalam banyak kes penurunan berat badan, bukan saja lemak akan disingkirkan, penyusutan otot badan juga be…