Kelas Shaklee di Imperial Palace Miri Sarawak.

Tanpa ilmu kita tak ke mana. 


Ini adalah benda yang saya pegang untuk berjaya. Walaupun kami ni dah 16 tahun dalam Shaklee tapi kami sentiasa seronok belajar benda baru atau apa sahaja perkara baru menjadikan kami lebih berminat untuk mendalaminya.

Semalam alhamdulillah kelas Shaklee yang dikelolakan oleh Miss Olivia dihadiri lebih 15 orang. Walaupun kelas hanya sejam alhamdulillah mereka yang hadir saya yakin dapat menimba ilmu baru tentang dunia Shaklee.

Memang kelas dah dimaklumkan hanya sejam sahaja iaitu bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam. Alhamdulillah tepat 9.30 malam kelas pun tamat.

Mungkin bagi sesetengah orang merasakan sejam hanya membuang masa tapi saya melihat ia adalah satu pengorbanan bagi mereka yang ingin berjaya dalam Shaklee, masa yang dikorbankan itulah untuk memastikan masa depan mereka lebih baik dengan ilmu yang diperolehi. Dalam hidup kita memilih antara dua - berkorban atau terkorban. So untuk memastikan kita tak terkorban kita perlu berkorban. Berkorban masa untuk belajar dan mendapatkan ilmu baru.

Bila zaman belajar terutama zaman Universiti / diploma kita dipaksa membaca dan menuntut ilmu ...especially untuk exam. Namun bila dah kerja dan berumahtangga amalan menuntut ilmu itu makin lenyap dan dibawa arus. Ramai hanya tertarik ke kelas yang bercerita tentang membuat duit dan paling orang suka duit segera.

Jujurnya Shaklee bukan skim cepat kaya. Ia adalah bisnes kesihatan yang pada saya sihat dari segi fizikal dan rohani. Kami seronok dengan Shaklee kerana dengan Shaklee mengajar kami banyak perkara tentang kehidupan.

Memang akan jumpa pelbagai ragam manusia...namun asalkan kita tahu apa yang kita mahu , dan kita tahu kita lakukan pada jalan kebenaran insyaALLAH selamat dan dipermudahkan. Tak perlu hirau mereka yang kutuk atau menyindir sebab kita banyak tugas nak buat untuk pastikan matlamat kita tercapai.

So bagi mereka yang tak dapat hadir, ada lagi kelas kesihatan pada 20 Oktober 2014 nanti. Masa masih sama iaitu 8.30 malam.

So jumpa di sana!

Pengedar Shaklee Miri Sarawak.
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan Popular