Doa bukan hanya untuk esok lusa.

Pernah rasa kecewa doa tak dimakbulkan? Tapi tanpa sedar Allah gantikan nikmat yang lain?


Doa yang paling bagus amal :

Shaklee MIri


Masih ingat tahun 1992 arwah abah suruh doa tentang jodoh. Bayangkan masa tu umur saya baru 14 tahun aje. Muka pun blur bila disuruh doa satu perkara yang akan berlaku lama lagi.

Tapi bila saya dah lalui baru saya faham. Arwah abah kata perkara yang kita nak masa depan kena doa dari sekarang. Bila doa kena istiqamah. Bukan bila susah baru berdoa.

Kalau lagi 2 tahun nak dapat trip free ke US dengan Shaklee, maka kena doa dan usaha dari sekarang. Baru selari dan apa yang kita doa itu akan nampak jalannya.

Mungkin adakala kita jumpa orang yang baru buat terus berjaya, itu rezeki bahagian dia. Jangan bandingkan dengan kita. Jangan kerana itu buat kita kecewa tak tentu hala.

Sama juga doa untuk masa depan rumahtangga, anak2 dan apa yang kita usahakan.

Doa kena jelas dan tepat... dan paling bagus tulis dalam kertas.

Kami dulu tulis semua list dalam kertas dan simpan bawah sejadah.

Dalam pada itu kena doa juga kebaikan dan kesejahteraan orang lain. Doa dengan ikhlas insyaALLAH orang tu dapat apa yang kita doakan dan malaikat juga doa untuk kita.


Mungkin adakala apa yang kita dapat bukan disebabkan oleh doa kita tetapi atas doa orang lain. Sebab tu jangan bermegah tak tentu hala...pesan guru saya.

Teruskan berdoa dan mulakan usaha dengan doa semoga apa yang kita usahakan diberkati dan diredhai di sisi ALLAH.


Saya doakan kalian semua bahagia, berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Semoga rezeki yang diperolehi hebat dan berkat.






Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!