Isnin, 8 September 2014

# Pengedar Sah Shaklee # Shaklee Borneo

Comfirm dapat Hadiah Shaklee!

Comfirm dapat Hadiah Shaklee! TAHNIAH buat Kak Mis dan Kak Su!



Banyak benda saya nak tuliskan tentang event Raya Shaklee kat Miri semalam.

Tapi saya tulis yang penting dulu....apa yang saya dapat dari 2 anak-anak Shaklee saya kak Su dan Kak Mis.


Masa game semalam saya beri isyarat supaya mereka berdua keluar libatkan diri dan turut serta dalam game tersebut. Hanya mereka yang duduk barisan hadapan bersama sorang lagi iaitu Ayesha. Alhamdulilah mereka terus keluar dan terpilih. Memang ramai juga volunteer yang nak turut serta.

Game yang sangat menyeronokkan....hanya amik ketupat melalui spaghetti menggunakan mulut. Nampak complicated tapi alhamdulillah mereka dapat buat dengan berjaya. Walaupun tak dapat tempat pertama tapi mereka tak pulang dengan tangan kosong.

Kata Kak Su semalam..." Akak dah cakap dengan Miss kalau ada game kita mesti masuk. Dalam event ni memang banyak cabutan bertuah tapi hadiah belum pasti ada untuk kita kecuali memang tertulis ada tuah kita. Kalau main game COMFIRM ada hadiah Shaklee walaupun saguhati!"

Kagum benar saya dengan semangat mereka dan memang ada kebenaran pada kata-kata beliau.

Hakikatnya dalam kehidupan kita pun sama. Kalau nak harap tuah semata-mata belum ada kepastian tetapi kalau kita usaha dan tindakan memang pasti ada hasil.


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia