Isnin, 19 Mei 2014

Saya nak hadiah yang paling mahal !

Tempat lahir lagi dikenang apatah lagi sekolah  pertama saya mengajar.


Masih ingat tahun saya mengajar di sekolah di Miri....sebuah sekolah bandar namun rata-rata anak muridnya datang dari keluarga sederhana.

Kenangan yang tak boleh saya lupa bila tibanya hari guru.

Saya mengajar tahun 3 kategori mereka yang lemah dalam 3M [ membaca, menulis dan mengira]...so tahulah memang saya akan selalu marah pada mereka yang main dan bising dalam kelas. Mereka yang selalu tak buat kerja rumah juga saya selalu marah.

Memang menitis airmata saya apabila mereka inilah yang akan tunggu saya di balkoni sekolah menanti kehadiran saya ke sekolah nak sambut hari guru. Mereka rata-rata memegang satu hadiah untuk guru mereka yang garang macam singa ini.

Antara hadiah yang mereka beri adalah bunga, mug air, kad, pen , pensil eh macam macam alat tulis. Malah sampai beri anak patung kesayangan mereka pun ada.
Sebagai cikgu kita tak harap pun mereka beri hadiah tapi mereka memang suka nak beri.

So saya pegang pada satu prinsip... 'thought' itu paling mahal antara semua hadiah.

Kalau pun kawan kita berduit, tetapi memang dalam diri dia tiada ingatan untuk kita maka tiada apa pun yang akan diberi. Maka jangan berharap. Sebab tu saya selalu berharap akan mendapat DOA YANG BAIK dari mak saya, mertua saya, guru saya, adik beradik saya dan semua sahabat-sahabat saya.

Pada saya, ingatan orang lain pada kita itu satu anugerah yang ALLAH berikan untuk kita. At least ada orang ingat kat kita. Hadiah itu bukan asas sebab tak boleh bawa mati pun.

Tapi kalau ingatan, bila kita dah tiada mereka boleh sedekahkan Al Fatihah sebagai tanda hadiah.

Inilah paling mahal.

Hadiah material kita boleh beli dan hadiah pada diri sendiri. Tapi doa kita tak boleh beli. Itu beza hadiah paling mahal dan hadiah material yang biasa orang dok harap.

Gold Bar


Terima kasih pada semua yang sentiasa memberikan hadiah paling mahal untuk saya dan keluarga. Doakan mak dan arwah abah saya ditempatkan di dalam golongan yang dikasihi di sisi ALLAH, itulah yang saya harapkan setiap hari.

Semoga amalan kita menggembirakan mak dan ayah serta menjadikan ia hadiah paling mahal untuk mereka setiap hari!


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia