Kekayaan bukan tanda bahagia?

Tengahari semalam semasa naik flight transit KL sebelum balik Miri anak saya dah bagi tahu ada movie Melayu terbaru iaitu Papadom 2 untuk tv dalam MAS flight. Memandangkan penerbangan cuma 45 minit saya malas nak tengok kerana yakin petang nanti flight ke Miri ada 2 jam untuk menonton. Mungkin ia cerita lama pada yang dah menonton tapi saya baru menonton jadi bestlah :)

Shaklee Miri


Cerita yang bagus mengisahkan sambungan Papadom 1 bagaimana kasihnya seorang ayah pada satu-satunya anak perempuannya. Cerita yang sangat relax dan menghiburkan. Mesej yang tersirat itu sangat jelas.

Sesungguhnya kebahagian itu bukan pada kenangan. Ramai orang ingat cari duit siang malam nak kaya untuk bahagiakan keluarga tapi itulah kesilapan yang memang ramai orang lakukan. Sudahnya tiada lagi nilai kasih sayang dan hati menjadi kosong.

Kebahagian terletak pada diri kita dengan apa yang tersedia dan bagaimana kita bersyukur dengan apa yang sedia ada dan menerima seadanya. Kita memang perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi namun jangan sampai mengabaikan anak dan isteri atau suami.

Alhamdulillah atas rezeki yang ALLAH kurniakan. Semoga ia adalah rezeki yang menenangkan, penuh dengan rahmat serta lengkap dengan keselamatan ALLAH.



Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!