Hujung minggu di Shaklee Kota Kinabalu

Semalam adalah hari yang panjang bagi kami. Perjalanan ke KK biasanya hanya 40 minit dari Miri tetapi oleh kerana beberapa perkara berlaku ia menjadi hari yang sangat panjang .

Bermula dengan tiadanya sumber elektrik di seluruh Miri maka berada di airport adalah perkara yang pastinya mencabar. Saya sampai terlelap pada waktu menunggu kerana bila terlalu ramai orang dalam keadaan tiada aircond menjadikan kita kurang oksigen dan akhirnya mengantuk. Flight pula dari jam 2.20 ditunda sehingga jam 3 petang. Namun bukan tepat jam 3 petang kami bertolak...so sampai ke KK lebih kurang jam 5.00 pm ditambah pula flight kami transit Labuan.

Bila tiada elektrik menjadikan sistem penerbangan terganggu. Akhirnya naik kapal terbang macam naik bas...free sitting. Perkara ini jarang-jarang berlaku kecuali ada masalah teknikal. Satu pengalaman baru bagi kami.

Akhirnya dalam jam 5.30 kami sampai ke hotel tempat kami bermalam.

So aktiviti kami sebenarnya pada hari ini iaitu Sabtu 17 Mei 2014. Kami hanya datang apabila leader kami Aisah dari Labuan ingin membantu group Shaklee mereka yang sedang berkembang di Kota Kinabalu.

Jujurnya saya kagum dengan leader yang present tadi iaitu Aisah dan Farizah. Mereka sangat berkeyakinan dan pastinya mereka boleh berjaya seperti orang lain juga.

Alhamdulillah selesai dengan baiknya session sharing di Shaklee Kota Kinabalu dan semoga ada rezeki kita bertemu lagi.

Shaklee Master


Shaklee Master

Hidup untuk berjaya atau tidak ialah satu pilihan. Kita yang menentukan !
Shaklee Miri


Selamat malam Kota Kinabalu....



Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!