Sabtu, 17 Mei 2014

# Diariku

Home Schooling

Setiap Jumaat kami akan mula travel sejak 6 minggu lalu untuk pelbagai event Shaklee. Ahad akan pulang semula ke teratak kami di Miri kecuali flight penuh.

Suami selalu pesan jangan fikir letih kerana apa yang kita buat sekarang adalah pilihan. So kami decide nak buat home schooling bila anak mula ada tanda flu. Maklum bila travel, adakala tempat yang kita tuju suhu dia tak sama macam di Miri. 


Siapa kata mudah nak buat home schooling? Pertama kena tahu silibus sekolah dan topik yang akan masuk exam. Kalau mula dari awal memang mudah sebab anak kita boleh mendahului topik yang cikgu ajar kat sekolah.

Memandangkan 6 minggu kami travel berturut-turut tetapi kami baru mulakan sesi home schooling 2 minggu lepas. So datanglah panggilan Teacher Ibu dan Teacher Abah. Abah fokus on Sains dan English. Ibu fokus on Bahasa dan Matematik.

Norita Shaklee

Bestnya memang dapat rasa anak belajar dengan komited bila kita duduk sama-sama dengan mereka. Lihat mereka belajar, lihat mereka menulis dan mereka nampak bersungguh. Paling mereka seronok bila Teacher Abah buat eksperimen. Anak kata kat sekolah tiada makmal. So bila dapat buat eksperiman itulah keseronokkan dalam pembelajaran. Ni pun si Nasa dah merengek bila nak buat eksperimen tajuk Mikroorganisma walhal darjah satu takde tajuk tu.

Memang betul realiti zaman sekarang ibu ayah sibuk. Kita jarang beri masa pada anak seperti yang anak harapkan. Bukan mudah jadi ibu bapa sebenarnya. Cabaran zaman sekarang bila sibuk dengan kerja ditambah dengan banyak aplikasi yang adakala menjadikan kita jarak antara satu sama lain.

Hp saya dan abah Addinnasa pun sekarang dah tiada apps FB dan mesenger supaya update tak menarik perhatian kami. Ada whatsapp tapi silent pada notification. Bila free baru buka. Kalau urgent saya yakin orang tu akan terus call saya atau suami. Itu lebih mudah.

Harapan saya dan suami, semoga anak-anak kita sentiasa dekat dengan kita. Semoga mereka menjadi generasi hebat yang membangunkan agama, negara dan bangsa !

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia