Selasa, 1 April 2014

# Diariku

Sihat tanpa kolestrol : Goreng tanpa minyak.

Selama 5 hari saya disana, tak heran pun nak ke booth mereka. Tapi sebab hari terakhir di sana abah lambat sangat kerana nak uruskan taxi balik hotel...so saya pun singgahlah ke booth ni. Dia jual airfryer. Menggoreng tanpa minyak.

Saya belajar dengan GM Shaklee Malaysia....kalau travel luar negara beli barang yang Malaysia tak de jual. So sebelum nak beli nasib abah AddinNasa sentiasa ber internet dan memandangkan Malaysia pun ada jual jadi kami tak beli la masa kat booth tu.

Nama dia airfyer !


Banyaklah kebaikan yang si penjual ni share kan. Dan saya memang tertarik dengan kebaikan yang dia share kan.

Tapi sebab banyak beli buku kat toko buku di sana so saya tak decide la nak beli kat sana. Lagipun ia besar [ bulky] jadi memang malas nak berangkut-angkut.

So balik aje Malaysia terus ajak abah AddinNasa pergi cari dan beli. Kalau harga di Indon lebih kurang Rp3.5 juta...syukur lah kat Malaysia murah sikit.

Senang nak goreng ikan sambil kita buat kerja lain. Memang takde la minyak yang melekit pada lantai dapur seperti kebiasaan bila banyak menggoreng.

Opsss saya TAK JUAL benda ni ya. So jangan pm atau whatsapp atau sms nak tanya harga termasuk pos macam entry saya pasal mesin jahit travelling hari tu.

Ia guna letrik, just set kan masa memasak. Tak payah nak terbalik-balikkan. Memang mudah alhamdulillah.

So lepas saya dah defrost apa-apa yang nak digoreng...masukkan dalam periuk....set kan suhu panas dan masa kemudian tinggal sahaja macam masak nasi. Sambil2 boleh buat kerja lain.

Alhamdulillah anak nak makan ayam goreng atau ikan goreng pun senang tak perlu masa kita menangok depan dapur.

Masak tanpa minyak.


Kekawan yang tanya mengapa tetiba rajin masak tu...inilah antara jawapannya. Nasib baiklah tak collect semua periuk Tefal Parkson...comfirm simpan dalam almari jek :)


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia