Khamis, 20 Mac 2014

# Diariku # Tazkirah

Mesti datang dari hati

Pernah dengar ;  ikut hati mati ikut rasa binasa ikut nafsu lesu.


Norita Vitamin Shaklee

Namun benarlah kata orang hati ni memainkan peranan penting.

Hati yang benar-benar mahu akan mendorong kita lakukan sesuatu usaha dengan bersungguh dan istiqamah.

Bila kita mahu, semua yang menghalang itu akan menjadikan kita lebih agresif.

Contoh cerita drama, bila si anak dara nak kahwin dengan lelaki pilihan dia, kalau tak diberi atau tak direstui oleh orang tua, si anak dara ini ada yang sanggup melawan dan mahu juga berkahwin malah yang lebih dahsyat sanggup kahwin lari.

Inilah bila kita kata nafsu menguasai hati. Namun disebalik itu menunjukkan kalau mahu semua boleh.

Tapi bila tak mahu mulalah memberi alasan....oh lelaki ni tak sesuai, tak handsome, tak menepati ciri-ciri malah yang sopan sikit jawapannya, dia sangat baik dan saya tak sesuai untuk dia.

Hati ni memang besar peranannya.

Namun akal memainkan peranan untuk seimbangkan kata hati tadi. Kalau tak itulah jadinya pepatah tadi....ikut hati mati.

Oleh itu, apa juga nak lakukan....jom usahakan solat istikharah. Moga beroleh petunjuk ALLAH dalam banyak urusan.




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia