Berapa masa untuk ALLAH kita peruntukan sehari?

Hidup ini bukan berkisar tentang duit , harta atau untung rugi tetapi lebih dari itu.

Arwah abah pernah tanya saya satu masa dahulu...." Tahukah mengapa ALLAH beri kita 24 jam sehari?" Saya jawab tak tahu sebab masa tu saya baru umur 14 tahun.

Abah terangkan bahawa dalam masa itu perlu ada 3 perkara :

1. Masa untuk ALLAH
2. Masa untuk bekerja dan
3. Masa untuk berehat @ riadah.

8 jam setiap satu maka akan adalah 24 jam.

Namun kita banyak tertipu oleh masa. Masa untuk ALLAH biasanya diperuntukkan tak sampai 2 jam. 10 minit solat x 5 kali sehari = 50  minit. Kalau ada tambahan solat Dhuha, Tahajud atau taubat tambahlah lagi 30 minit.

Mana  lagi masa lain itu?

Kerja tetap 8 jam terutama kerja opis. Tidur pun tak cukup 8 jam. Mana baki masa itu?

Dikala diuji atau mendapat tarbiyah ALLAH, masa untuk ALLAH itu menjadi lebih sedikit tapi bila senang masa itu kembali hilang.

Berapa masa kita untuk mengaji? Berzikir?
Shaklee mIri


Sedekah ramai yang boleh buat....tapi mengaji? Sedangkan itulah masanya ALLAH sedang berbicara dengan kita.

Manusia yang selamat dari fitnah Dajjal ialah mereka yang memegang pada 2 iaitu Al Quran dan Sunnah.

Waktu ini, saya rindu bebelan arwah Abah....memang tegas tentang agama.

Moga ALLAH tempatkan abah dan mak di dalam golongan hambaNya yang dikasihi dan diredhaiNya.

Saya nak share juga tazkirah semalam dari TV 1 bertajuk Akaun Akhirat.

Wahai bakal-bakal jenazah, ada 7 jenis amalan wakaf yang pahalanya berterusan
1. Buat masjid
2. Mengalirkan air sungai
3. Menulis Al Quran
4. Menggali perigi
5. Tanam pokok
6. Mengajar ilmu
7. Meninggalkan anak soleh dengan syarat mendoakan kedua ibu bapanya.


Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catatan popular daripada blog ini

Cara menyimpan susu perahan

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Kurus dengan teh hijau!