Jumaat, 28 Februari 2014

# Diariku # Tazkirah

Untuk ubah kehidupan kena ubah diri?

Sering kita diberitahu bahawa nak ubah nasib kena ubah diri. Tapi hakikatnya apa yang dimaksudkan dengan ayat itu?


Sebenarnya banyak faktor yang buat kita berada pada takuk yang sama. Namun jarang sekali kita sedar apakah punca sebenarnya kehidupan kita tak pernah berubah.

Ada orang yang sering diberi ujian dalam kehidupan....dan bagi mereka yang lemah semangat akan mendapati nasibnya sentiasa malang. Walaubagaimanapun cuba kita lihat punca apa yang berlaku.

Solat


Bagi muslim, adakah kita menjaga solat 5 waktu? Adakah hanya solat di kala mendapat ujian sahaja? Ada juga yang solat bila suka [ belang harimau], tidak kurang mereka yang solat penuh tapi solat kelam kabut tanpa thoma'ninah.

Apa kata kita ubah :

Jika sebelum ini tak jaga solat, kini kita jaga solat 5 waktu. Kalau sebelum ini solat kelam kabut, kita usaha solat dengan tenang dan ada thoma'ninah. Jika sebelum ini tak pernah solat sunat, kita usahakan solat sunat Dhuha dan perlahan-lahan solat Taubat dan Tahajud.



Rezeki

Ramai yang mendapati duit sentiasa tak cukup malah sentiasa mendapat ujian yang mana kena keluarkan duit untuk membayar atas sebab yang tak dijangka. Seperti contoh, bila dapat gaji aje tayar pancit, anak demam, barang keperluan rosak dan sebagainya.

Apa yang boleh kita ubah?
Bila dapat gaji apa kata bayar zakat ... [ walau hanya 2.5%] tetapi impak pada barakah itu sangat besar. Jika sebelum ini bagi mak ayah duit bila balik kampung tapi apa kata kita bagi setiap bulan dengan konsisten. Nak bagi berapa? Bagilah yang kita mampu tanpa terfikir ia akan mengurangkan duit belanja kita kerana barakah buat baik pada mak ayah ni CUKUP HEBAT.
Jika sebelum ini untuk mak ayah dan zakat kita jaga, apa kata kita usaha buat sedekah dan infaq [ wakaf] kerana pada sedekah itu terdapat fadilat yang hebat.


Sifat diri

Apa jua yang berlaku sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri... Walaupun ramai yang cuba memberi alasan tetapi sebenarnya alasan itu hanya untuk menutup kelemahan diri sendiri tanpa sedar kita telah merendahkan diri kita sendiri. Walhal dalam sesuatu perkara kita boleh berubah.

Jika dulu kita tak sabar, cuba belajar bersabar. Jika sebelum ini tak pernah mengaji, usahakan walau sehelai mukasurat Al Quran sehari. Jika sebelum ini kita malas, cuba rajinkan diri. Jika dulu usaha separuh jalan, kini usahakan sehingga selesai.


Mungkin benarlah kata orang, kalau tak tahu berguru. Berguru pun ada cara. Kita murid yang mencari guru, bukan guru mencari murid.

Percayalah semua di atas itu hanya sebahagian dari yang kita boleh ubah dari dalam diri kita. Nescaya kita beroleh kehidupan yang lebih baik dan merasa barakah atas setiap amalan yang kita lakukan. InsyaALLAH.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia